Showing posts with label kuih-muih. Show all posts
Showing posts with label kuih-muih. Show all posts
Thursday, March 24, 2011
Wednesday, June 02, 2010
Dhill's cooking: Cucur udang jagung carrot
***
Ini favourite aku & hubby.. memang suka cucur carrot & jagung.. then letak udang or ikan bilis.
***
Ini bahan2 penting..
jagung, carrot & bawang besar
***
jugak udang from port weld.. yg ni emak dah rebus dgn sedikit garam.. frozen for future use for mee goreng or cucuq.. nasi goreng pun ok gak!
***
Julienne karrot & bawang.. jagung lak dihiris..
Nak lagi best tambah hirisan daun sup & cili kisar.
Then letak serbuk kunyit, garam, gula sikit & tepung dlm 2 - 2 1/2 cawan. Masuk air & gaul sebati.. goreng!!!
***
Sunday, February 21, 2010
Masak2: Karipap rangup by dhillo
Hari ni betul2 marathon update blog! Biasale time keje memang tak sempat.. harap weekend je la baru boleh nak update.
Ini gambar2 proses membuat karipap semalam. Made this for hubby's meeting today. Isteri mithali katakan! Chewah!!!
Inti karipap. Biasanya aku buat inti daging but since ada pelbagai bangsa so aku pakai udang this time.
For inti i'm using the following
10 biji kentang (didadu)
bawang putih 4 ulas (dihiris)
Daun kari
cili kisar 1 sudu besar
Rempah kari daging dlm 4-5 sudu besar (main agak2 je)
bawang holland 2 biji (didadu)
Udang dlam semangkuk (dihiris saiz sama macam kentang)
Gula 3 sudu besar
Garam (dlm 1 sudu besar)
Daun sup (dihiris)
Air dlm 1 1/2 cawan
Minyak utk menumis dlm 3 sudu besar
Method
Panaskan minyak dlm pan. Tumis bawang putih & daun kari, masuk cili kisar & kacau sampai garing, then masuk rempah yg dah dibancuh. Tumis sampai pecah minyak. Then masuk kentang & air. Tutup pan dgn cover. Bila dah kentang dah almost masak (& inti dah almost kering) masukkan udang. Kacau sampai udang masak. Maukkan gula & garam. Gaul & masukkan daun sup. Tutup api & sejukkan.
***
I'll post the ingredients for kulit later.. dah tak larat nak pikir nih!
***
Peralatan yg diperlukan..
Sebelum mengelim karipap.. tak pakai acuan tau!
***
Dah siap kelim..
yg 1st batch ni terbesar sikit sbb canai tebal sikit.. so kena stretch kan dia. Tu yg terbesar sikit!
Bila dah siap aku masuk dlm fridge. Klu nak simpan lama boleh le letak dlm freezer. Since aku nak goreng hari ni, aku just letak kat fridge bawah je.
***
Dah siap goreng.. sgt rangup (tp tak le keras).
Memang best.. my all time favourite karipap!!!
Sunday, February 14, 2010
Masak2: Lempeng kelapa aka tempek nyiok dan sambal sardin
Sabtu 6 Feb 2010 ...
Dah lama tak makan tempek nyiok (lempeng kelapa).. lama sesangat! Since kelapa ada dlm fridge, aku pun bancuh le tepung utk buat tempek ni..
Bahan2 sgt simple:
Tepung gandum about 1 1/2 cawan
Kelapa parut dlm 1/2 cawan
Garam
Susu cair dlm 1/4 cawan (optional)
Air
Bancuh adunan & masak atas kuali rata
Aku makan tempek ni dgn sambal sardin yg simple je..
Sunday, January 31, 2010
Dhill's cooking: Cucur bilis with jagung & veggies
Hari ni agak rajin. Masak for lunch (rasa cam lama je tak masak for lunch). Hari ni lunch kitaorang nasi dgn gulai ayam, sayur campur & sotong goreng dgn breadcrumb.. then buat cucur lak utk minum petang. Dah le te'rajin' buat cucur.. ter'gigih' pulak to amik gambar WIP (work-in-progress)! For those yg nak try, boleh cuba resepi kat bawah:
***
Ingredients
Ikan bilis dlm segenggam (cuci & rendam dlm 1 cawan air)
Jagung dihiris dlm 1/2 biji
Carrot saiz kecik 1 biji (diparut)
Kobis yang dihiris nipis dlm semangkuk kecik
Bawang besar 1 biji (didadu)
Daun kucai (dipotong 1 inci panjang)
Daun sup (dihiris)
Cili besar 1 biji (dihiris)
2 1/4 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh serbuk pati bilis
Air
***
Rendam bilis dulu sebelum prepare bahan2 lain. By the time bahan2 lain dah siap potong, bilis ni pun cukup lembut utk dihancurkan.
***
Ni gambar segala veggies, jagung .. yg tak de bawang & cili je dlm gambar ni.
Masuk semua bahan kecuali air. Air masuk sikit2. Make sure adunan tak cair sangat. Klu cair nanti bila goreng cucur ni akan serap minyak..
***
***
Ini adunan yg dah dibancuh
dlm pan tengah menggoreng... make sure utk leraikan cucur ni lepas masukkan dlm kuali. Klu tak nanti cucur melekat dan susah utk leraikan.
Ready utk dimakan!!!
Cucur ni crispy kat luar & lembut kat dalam. Yummy!! tp tak leh mkn selalu ;)
***
Nak story sikit pasal cucur..
kat teping (rumah mak-abah aku) memang selalu buat cucur. Klu savoury memang cucur udang je yg emak buat. Tak pernah rasanya buat cucur bilis. Klu cucur manis pulak cuma cekodok pisang or cucur durian je yg emak buat..
Lepas dah kahwin baru le aku terbiasa buat cucur bilis/sayur/kentang. Ada sekali tu masa dorang dtg rumah, aku buat cucur bilis, abah macam pelik je.
Wednesday, January 06, 2010
Dhill's cooking: Kuih Keria
Kuih Keria.
Masa on the way balik ke KL dari Langkawi, kami singgah kat Cameron Highland. Sempat le aku beli Japanese Sweet Potatoes sampai 3 1/2 kg (which is for RM10). Banyak sgt sampai tatau nak buat apa. Bila rebus yg makan aku & hubby je. Padahal masa tu kat rumah meriah jugak dgn the kids ( hubby's child) & anak2 menakan aku. Dari dok terbiar aku pun buat le kuih keria. Laju lak dorang makan bila dah jadi kuih ni!
Rasanya macam dah bertahun aku tak buat keria.. malas nak makan manis2 ni.
Recipe:
No accurate measure for this..
just rebus keledek & lenyek sampai halus. Then gaul tepung gandum sikit-sikit... jgn letak tepung banyak sgt. Then bentukkan spt gegelang.. goreng.
***
Bila dah siap goreng boleh tabur gula aising.. for those yg suka manis boleh juga sira dgn gula which pada aku is not healthy. Manis sgt jadinya nanti... so kita letak gula aising light-light je!
Makan-makan: Dorayaki by Ms. Akiko
Dorayaki given by Yonezu, the trainee from Japan a few days before he left Malaysia. Dorayaki is a Japanese famous delicacies and this one was made by his wife Akiko.
Sunday, January 03, 2010
Masak2: Cucur bilis & sayur
Hari ni terlebih rajin lak.. walaupun tinggal berdua je dgn hubby, rajin lak buat cucur bilis utk minum petang.
Bahan2:
1 1/4 cawan tepung gandum
1 biji Carrot saiz sederhana - diparut kasar
1 biji kentang - diparut kasar atau didadu
1/2 labu bawang bombay di dadu
daun sup - di cincang
ikan bilis ( cuci & rendam - then ramas utk hancurkan sedikit sblm di gaul dgn adunan lain)
1 sudu besar cili kisar
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh gula
1/2 sudu teh garam (ikut keperluan)
sedikit serbuk pati ikan bilis (optional)
Air
Cara2:
Campur semua bahan kecuali tepung & garam. Gaul rata. Masukkan tepung dan sedikit air. Gaul & masukkan air sedikit demi sedikit. Masukkan garam. Adunan jgn terlalu cair. Boleh mula menggoreng.
Nota:
- Jika byk sayur yg digunakan (especially kobis), adunan mestilah tidak terlalu cair. Sayur akan mengeluarkan jus terutama ketika menggoreng. Ini boleh menyebabkan cucur berminyak.
- Kurangkan garam dalam adunan kerana ikan bilis sudah mengandungi garam. Sama jugak klu menggunakan pati ikan bilis.
Wednesday, November 18, 2009
Cucur sayur dgn ikan bilis
Aku buat cucur sayur ni Sabtu lepas for breakfast. Bahan2 sgt simple.. tak de sukat2pun, main agak2 je:
- Tepung 2 cawan
- ikan bilis segenggam - cuci & rendam dlm air bersih. Bila dah lembut ramas sampai sedikit hancur.
- Kubis dihiris nipis
- Isi jagung dlm 3/4 cawan
- 2 sudu besar cili kisar
- 1/2 sudu teh serbuk kunyit
- 1 1/2 sudu teh garam
- 1 1/2 dudu teh gula
- Air
Satukan semua bahan dan gaul rata. Masuk air agak2 adunan tak terlalu pekat or cair. Rasa garam.. klu ok sedia utk digorang.
Biasanya aku taruk grated carrot jugak.. tp hari tu stok carrot tak de..
Saturday, October 24, 2009
Masak2: Kuih cara manis
Cara manis ni adik aku buat masa balik teping ogos hari tu (tp rasanya emak yg buat adunan ni).. dulu masa time still sekolah aku rajin gak buat ni. Dah lama btul tak buat.
Adunan kuih ni lebih kurang sama macam buat bingka.. cumanya bingka kena pekat lagi & dicampur dgn gula.
Biasanya tak de le sukat betul2 adunan dia.. main agak2 je. Bahan2:
Telur
Daun pandan yg dimesin dengan santan cair & tapis
Santan pekat
Tepung gandum
garam sikit
Gula utk ditabur atas kuih masa tengah masak dlm acuan.
Cara: Gaul semua bahan kecuali gula sampai sebati.. biasanya lepas tu kena tapis supaya boleh buang mana yg tak sebati/bergentel.
Aku malas bila time nak masak.. klu tak silap dlm setiap acuan ada 7 atau 9 je.. baru je angkat dah ramai yg menunggu.. tak sempat masak yg next punya, yg masak sebelum tu dah selesai kena ngap!
Sunday, June 28, 2009
Food hunting: apam balik
Monday, March 09, 2009
Kuih Karas
This is kuih karas.. which is very famous at the northern region.
Ini mak ndak aku yg bagi masa pi rumah dia ahad last week.
Ini mak ndak aku yg bagi masa pi rumah dia ahad last week.
Mmg best! Rangup.. tak berapa manis. Klu nak beli ni kena hati2 sikit. Bukannya apa, takut terbeli yg dah lama.. yg dah perat. Masti tak best.I found the recipe here http://www.geocities.com/mystecurious/recipe3.htm
Aku copy-paste kat sini..
480g Rice Flour
400g Sugar
560g Hot Water
2 ladles Cooking Oil
Method
Dissolve sugar in hot water. Add hot syrup into Rice Flour gradually to get a smooth, thick batter. Leave at room temperature for 20 - 30 minutes.
Heat oil in frying pan. Pour some batter into a kuih karas mould and move it in a circular motion to form a thin, lacy pancake in the hot oil.
When the colour turns golden brown, fold it into half and let it cool in a plate.
This recipe can prepare 8 - 10 pieces of Kuih Karas (diameter 150mm).
Kat bawah ni ada tunjuk cara2 nak buat kuih ni..
Monday, February 09, 2009
Sunday cooking : Sagu dgn sos santan
Ini namanya Inno-reno.. lebihan kuih sagu aku tu dr tak terusik aku buat le cam ni.... aku kukus balik then letak sos santan.. ala2 sagu gula melaka la.. cumanya ini ada tukar sikit.bahan utk sos santan tu:
1/2 cawan santan pekat (tadi pakai santan kotak je)
1/2 cawan air
1 sudu besar tepung beras
Garam about 1/2 sudu teh
Gula 1/2 sudu besar (sebagai tambahan sbb sagu tu kurang manis)
- Masak atas api sampai mendidih dan pekat sikit.. kena kacau selalu. Klu terlebih pekat, masuk je air sikit kasi cair sikit. Memang yummy!!!
- Masak atas api sampai mendidih dan pekat sikit.. kena kacau selalu. Klu terlebih pekat, masuk je air sikit kasi cair sikit. Memang yummy!!!
Sunday, February 08, 2009
Saturday cooks: Apam Mekar
Klu ana <http://anatahir4ever.blogspot.com/> tengok apam mekar aku ni sure dia gelak guling2..Org buat apam ni bentuk bulat, aku punya jadi bentuk diamond le pulak.. ini kes tak de acuan apam le nih! Tp cantik gak kan.. tak pernah org buat!!
Apam ku ni merekah.. walaupun tak le merekah cantik sgt.. xtually aku altered sikit recipe yg aku amik kat MyR - Hanielieza punya sbbnya tak berani nak tiru ana punya (resepi dia apam coklat- akak ni tak berani le nak pepandai alter resipi tu nak bagi jadi apam kaler2 mcm kat atas tu, nanti tak jadi pulak!).. tp aku rasa anapun amik hanielieza punya jugak kut.
Walaupun pakai resipi hanielieza, aku still tukar - aku reducekan gula. As usual aku mesti reducekan gula in all my cooking.. itu yg payah tu, mesti hasilnya tak seberapa! Anyway, jadi jugak, walaupun aku rasa i shud also reduce kan tepung sikit..
Bahan2 (dpt dlm 25 ketui):
100gm gula halus *
1 biji telur *
1/2 sudu teh ovallette (or quick 75 - cake stabilizer)*
1/2 sudu teh esen vanilla*
100 ml susu segar
150 gm tepung gandum
Pewarna hijau, merah, kuning telur (klu suka le.. klu tak biar je kaler batter yg ori tu)
cara2:
Pukul bahan * sampai kembang. Then masuk tepung berselang seli dgn susu sambil pukul rata.
Masuk adunan dlm piping bag (or platik bag yg bungkus lauk berkat tu.. ini org johor mesti tau!). Titiskan pewarna dlm plastik bag (Ini strategi utk minimisekan bekas utk dicuci.. terror tak aku!) .. gaul rata then boleh pipe dlm papercup. Aku taruk yg kaler kuning dulu, then merah.. last sekali hijau. Kukus selama 10-15 minute dlm pengukus yg dah dipanaskan.
** aku pernah buat kuih ni masa zaman sekolah dulu.. namanya kek span kukus. Aku tiru dlm buku resepi budak yang amik sains rumah tangga (SRT)- skrg ni rasanya dah tukar jadi ekonomi rumah tangga kut.. buku ni aku jumpa kat dlm meja aku masa form 5 kut.. tak ingat le pulak.. or maybe form 4 kut. Berhari2 aku simpan buku resepi ni tp takde pulak org tuntut.. so brg tak dituntut terus le jadi milik org yg jumpa tu.. sampai le skrg ni aku still simpan buku tu (n still tak de org tuntut!).. bagus betul, sbb aku betul2 teruja tengok resepi dlm buku tu.. dah byk jugak yg aku belajar dr situ. Oh ye.. nama pemilik buku tu.. ROSALIND Foo Suan Bee. Dear Rosalind, if you read this.. thanx for 'sharing' (unintendedly for almost 20 years!) the book with me.. if you wish to get back this recipe book please leave your comment here ;)... peace!!
Labels:
Dhill's cooking,
kuih-muih,
Saturday cooks
Sunday, February 01, 2009
Sunday cooking: Cucur udang
Jemput makan!
Breakfast cucur udang bertemankan Anuar Zain.. WAH!!!
Cucur udang kali ni aku letak grated carrot dgn kentang. Lagi best dpt cicah dgn sos pedas buatan sendiri..
*Jerit WAH mcm stacy af jerit!
Saturday, January 31, 2009
Makan2 : Six Sigma Training at PJ
20 Jan 2009
Pagi- breakfast with hubby kat Pantai Dalam.. 1st time mkn kat sini.
Thursday, January 29, 2009
Makan2 @ Taiping
Kuih-muih hidangan kat Taiping semasa Chinese New Year baru2 ni.
*
Kuih bakar @ bangkit yg melt in your mouth..
Super moist choc cake with ice-cream, requested by dear hubby.
Kuih cara manis.. tak tau siapa yg bancuh batter tu. Yg aku tau adik aku Yanz yg bakar atas dapur.. aku tahu ngap je!
Dulu masa aku sekolah, cara manis ni mmg selalu aku buat.
Sukat main agak je.. bahan2 dia -daun pandan (mesin dgn santan cair & perah), santan pekat, tepung, telur & garam. Bancuh semua & tapis. Acuan mesti letak minyak sikit utk elak dr melekat. Bila acuan dah panas, masukkan bancuhan dgn sudu. Then masuk gula kat tengah. Tutup & biar sampai masak baru angkat. Lecehnya sbb kena tunggu lama kat dapur. Memang berebut mkn ni.. masak macam siput, makan macam arnab! Tak sempat masak next round, yg sblm tu dah abih..
Dulu masa aku sekolah, cara manis ni mmg selalu aku buat.Sukat main agak je.. bahan2 dia -daun pandan (mesin dgn santan cair & perah), santan pekat, tepung, telur & garam. Bancuh semua & tapis. Acuan mesti letak minyak sikit utk elak dr melekat. Bila acuan dah panas, masukkan bancuhan dgn sudu. Then masuk gula kat tengah. Tutup & biar sampai masak baru angkat. Lecehnya sbb kena tunggu lama kat dapur. Memang berebut mkn ni.. masak macam siput, makan macam arnab! Tak sempat masak next round, yg sblm tu dah abih..
Wednesday, January 28, 2009
Dhill's cooking : Cucuq pisang (jemput2)
Aku masak cucuq pisang ni kat Teping masa balik sana during Chinese New Year. Yg ni aku pakai pisang restali. Belasah je buat sebenarnya. My mom cucuq pisang is still the best.
My version is as follows:
1 kg pisang restali (mesin pakai blender - no water added)
about 350-400 gm tepung gandum (agak2 je sebenarnya)
1 sudu teh baking powder
Gula & garam - optional (which aku tak tarukpun!)
Cara2- Gaul semua & ready utk digoreng. Mine a bit darker, sengaja sbb nak bagi kering sikit kat dlm.
Subscribe to:
Comments (Atom)



Teabreak training aku mkn ni pulak.. mana tak membesar bdn aku nih!
