Showing posts with label chicken/meat. Show all posts
Showing posts with label chicken/meat. Show all posts

Sunday, January 23, 2011

Roast Chicken & mutton with potato & carrot

Aku buat ni for our late lunch last thursday.. super-simple Mutton & chicken roasted with potato & carrot.


Sunday, February 21, 2010

Masak2: Ayam goreng dgn lada hitam

Ayam lada hitam makan dgn bubur nasi..
Simple je buat dia. Isi ayam yg di hiris kecik2 then gaul dgn lada hitam & jintan yg dikisar, sos tiram & garam. Goreng sampai almost garing.

Sunday, February 14, 2010

Masak2: Ayam panggang dgn coleslaw

For our dinner tonight.
Dah byk kali buat..



Wednesday, January 06, 2010

Dhill's cooking: BBQ nite at Rapheydhillo's on 19/12/2009

Anak menakan aku suka sgt klu aku buat 'majlis'..
'Majlis' is referred to BBQ dinner..
Kitaorang buat BBQ ni on 19/12/2009. Buat simple je... just ada ayam, lamb shoulder, sotong, sosej, crab stick, kentang & jagung. Aku jugak buat air asam for dipping.
Utk marinate aku guna bawang merah, bawang putih, serai, halia, ketumbar, jintan manis, rempah kari, serbuk kunyit, garam, sos tiram. Mesin semua & gaul dgn ayam/daging. Perap selma 4-6 jam before memanggang.
***
Adik makan crab stick
***

Saturday, January 02, 2010

Food Hunting: Nasi Ayam, Cucur Udang & Bihun Sup di Medan Selera Presint 8 Putrajaya

Semalam (Jumaat 01.01.2010) plan nak makan kat cyberjaya for early lunch.. tp restoran yg kita nak pegi still blm bukak. So pi le ke Medan Selera kat Presint 8 Putrajaya. Aku & hubby memang le buta jln2 kat sana.. main redah je. Tatau short-cut so mmg ikut signage je.. punya le jauh kitaorang pusing. Padahal aku rasa tempat tu mmg dekat je dgn cyberjaya. At last sampai gak before 12.
***
Lapaq gila masa tu coz still blm bfast. Aku actually tak ingat apa yg office-mate aku cakap specialty kat situ.. So bila nampak kedai nasi ayam baru le ingat yg nasi ayam kat sini best. Aku suruh hubby order yg ligh2 je.. coz petang nanti nak pi cyberjaya lak mkn kat restoran yg kami pi earlier.
Hubby order nasi ayam & bihun sup utara style.. then dia tanya nak cucur udang tak? Oo baru aku ingat according to my Office-mate, cucur udang kat sini memang special. Hubby siap minta 2, aku ckp 1 set cukup. Nanti tak terabih lak..
***
So ini le set cucur udang .. serves with kuah kacang yg tak de dlm gambar. Telur rebus tu tak fresh sgt so aku mkn sikit je. Cucur udang & kuah kacang best. Tauhu mcm masam sikit tp still ok.
Aku suruh hubby order teh ais kurang manis, dia pi order teh tarik.. mujur tak manis sgt. Best jugak sbb lama tak pekena TT!
Bihun sup utara..

Nasi ayam yg best!
Memang murah.. semua kat atas tak termasuk TT baru RM9.

Sunday, November 22, 2009

Dhill's cooking: Roast chicken with carrot & potato

Our dinner on 10/11(Isnin) & 14/11 (Sabtu) - ayam panggang dgn kentang & carrot.
*

Simple je bahan2 yg aku guna -
Ayam lebih kurang 6 ketul.
3 biji Kentang (potong wedges -6)
1 biji carrot (chunked)
4 biji bawang putih (tak payah buang kulit)
1 labu bawang besar (wdges)
1/2 sudu teh serbuk pati ayam
1/2 sudu teh garam
1 sudu besar sos tiram
1 sudu teh oregano
1 sudu teh rosemary
jus dr 1/2 biji lemon
- gaul semua. Masuk dlm foil dan seal. Then panggang dlm oven 200C selama 40-50 minit.

Saturday, November 07, 2009

Dhill's cooking: Nasi minyak & ayam masak merah

Selepas lebih sebulan aku tak masak btl2 (selain mee goreng & mee segera), hari ni terlebih rajin lak masak nasi minyak masa bfast pagi tadi. Aku masak lebih sikit so that boleh mkn for lunch.. tp rupa2nya bukan setakat lunch, sampai dinnerpun cukup.
For nasi minyak:
4 pot kecik beras basmathi (cuci & sukat air dlm rice cooker - then rendam 1/2 jam)
1 biji bawang besar dihiris (kes tak de bwg kecik)
1 inci halia di hiris halus (julienne)
Bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis
Daun pandan
Garam & gula
1 sudu besar pes tomato (optional)
1 sudu besar jus limau nipis
1 1/2 sudu besar minyak sapi
1/2 sudu besar minyak masak.
Cara2:
Tumis bawang dlm minyak sapi+minyak masak sampai kuning, masukkan halia, bunga cengkih, bunga lawang & kulit kayu manis. Bia dah bawang sedikit garing, masukkan ke dalam rice cooker yg dah ada rendaman beras. Masukkan garam, gula, pes tomato, jus limau nipis & daun pandan. Kacau & masak nasi macam biasa.

-Nasi minyak rapheydhillo-

Sunday, May 17, 2009

Dhill's cooking: Ayam Halia & Nasi goreng daun kesum

Since pokok kesum aku yg emak bawak menjadi je.. aku pun mula la mereka masak guna daun kesum ni. Klu selalunya pakai utk laksa atau asam pedas, kali ni aku bubuh daun kesum dalam ayam halia aku.. hubby ckp sedap..
Simple je..
Kentang (wedges) & goreng..
Isi ayam dipotong nipis2.. letak garam, kunyit & sos tiram.. gaul & tos dgn tepung jagung.. goreng garing
Karot(dihiris panjang)
Daun kesum
Halia (2 inci - julienne)
Bawang besar dihiris
Bawang putih diketuk
Cili padi dihiris nipis
Garam & sos tiram
*
Tumis halia, bawang besar, cili padi & bawang putih.. masuk karot, daun kesum & air. Bila dah didih masuk ayam, kentang, garam & sos tiram (BTW sos tiram kegemaranku punya la mahal sekarang.. dulu boleh dpt RM3.79 sebotol sekarang dah jadi RM5.50!!)...
Gaul & angkat..
*
Ini pulak yg aku masak semalam, kali ni campur udang & ayam..
Utk dinner malam semalam aku masak nasi goreng.. taruk daun kesum gak..
RESEPI Nasi Goreng Daun Kesum Dhillo
Bahan2:
Nasi dlm 3 cawan (utk 3 org)
Daun kesum dlm 3 tangkai
1 sudu besar sos cili
1 1/2 sudu besar sos tiram
Garam
Utk menumis (semua ditumbuk kasar)
Cili padi dlm 10 biji
ikan bilis segenggam
bawang putih 2 ulas
bawang besar 1/2 biji
Cara2:
Tumis bahan tumis sampai garing, masuk sos cili, sos tiram, garam- gaul.
Masuk daun kesum & nasi.. goreng rata & hidangkan.. Memang terangkat!!!
Ini pulak pulut durian masak minggu lepas.. baru ni sempat upload.. buat atas permintaan hubby..

Wednesday, January 28, 2009

Dhill's cooking: Ayam masak merah DHILLO I

Dah lama tinggalkan blog ni.. ingatkan bila dah abih study boleh le mengemas dan menghias rumah2 yg dah terabai ni selalu. Tp nampaknya rumah yg satu lagi tu je yg sempat kemas. Lepas ni all food related will be posted here.
Sebagai penguat semangat, ini 1st entri utk tahun 2009.
AYAM MASAK MERAH versi simple sesangat.
1/2 ekor ayam (potong 6, gaul garam-kunyit & goreng)
*3 ulas bawang putih
*3 ulas bawang merah
*1 inci halia
*3 biji buah keras
3 sudu besar cili kering kisar
3 sudu besar cili sos
1 sudu besar sos tiram
1/2 cawan air
garam, gula
1 biji bawang besar (potong bulat)
4 tangkai daun sup (dipotong ikut suka)
-*semua ditumbuk kasar.
cara2:
Tumis bahan tumbuk, bila layu masuk cili kisar. Kacau sampai garing. Masuk air, sos cili, sos tiram, garam & gula. Biar mendidih sikit then masuk ayam. Biar lagi sampai sebati & pekat sikit. Masuk bawang besar. Bila bawang layu sikit, masuk daun sup dan gaul. Tutup api. Siap utk dihidang.