Showing posts with label Dhill's cooking. Show all posts
Showing posts with label Dhill's cooking. Show all posts

Saturday, January 29, 2011

Currant-lemon nib-almond-apricot roll


Baked these little cuties this morning. Will bring them to Pak Ndak's this afternoon.

Thursday, January 20, 2011

Apple puff

Apple puff tk hidangan petang ni..

Port Weld's Tiger Prawn in Butter Sauce

Upload gambar dulu.. story nanti yek!

Cooked this last week. Baru realised aju bawak balik udang ni from Taiping. Here is the recipe

Port Weld Tiger Prawn in butter sauce (copied from my fb)
The recipe:
- For prawn (any size, mine is super-size!)
Sprinkle prawn with crushed black peper & salt (sikit je)
Panas kan minyak with about 1 tablespoon butter (in high flame)
Goreng d prawn sampai masak.. crispy ouside, juicy inside
Transfer into plate
- For butter sauce
Saute sliced onion, add chopped garlic, sliced cili padi & curry leaves
Add 1/2 cup water & 1 1/2 tbspoon oyster sauce- let it simmer
add 1/4 cup fresh/evaporated milk (maybe more klu suka lagi creamy)
Bila dah pekat sikit boleh letak garam (mine was not so thick), stir well & pour atas udang tu
Bon Appetit!

Wednesday, January 06, 2010

Dhill's cooking: BBQ nite at Rapheydhillo's on 19/12/2009

Anak menakan aku suka sgt klu aku buat 'majlis'..
'Majlis' is referred to BBQ dinner..
Kitaorang buat BBQ ni on 19/12/2009. Buat simple je... just ada ayam, lamb shoulder, sotong, sosej, crab stick, kentang & jagung. Aku jugak buat air asam for dipping.
Utk marinate aku guna bawang merah, bawang putih, serai, halia, ketumbar, jintan manis, rempah kari, serbuk kunyit, garam, sos tiram. Mesin semua & gaul dgn ayam/daging. Perap selma 4-6 jam before memanggang.
***
Adik makan crab stick
***

Dhill's cooking: Kuih Keria

Kuih Keria.Masa on the way balik ke KL dari Langkawi, kami singgah kat Cameron Highland. Sempat le aku beli Japanese Sweet Potatoes sampai 3 1/2 kg (which is for RM10). Banyak sgt sampai tatau nak buat apa. Bila rebus yg makan aku & hubby je. Padahal masa tu kat rumah meriah jugak dgn the kids ( hubby's child) & anak2 menakan aku. Dari dok terbiar aku pun buat le kuih keria. Laju lak dorang makan bila dah jadi kuih ni!
Rasanya macam dah bertahun aku tak buat keria.. malas nak makan manis2 ni.
Recipe:
No accurate measure for this..
just rebus keledek & lenyek sampai halus. Then gaul tepung gandum sikit-sikit... jgn letak tepung banyak sgt. Then bentukkan spt gegelang.. goreng.
***
Bila dah siap goreng boleh tabur gula aising.. for those yg suka manis boleh juga sira dgn gula which pada aku is not healthy. Manis sgt jadinya nanti... so kita letak gula aising light-light je!

Masak-masak : Bubur Asyura

Bubur Asyura sempena Ma'al Hijrah dimasak oleh mertua aku on 26th Dec 2009.
***
Sebelum balik kl kami singgah kat rumah mertua aku.. masa sampai dorang tengah masak bubur Asyura. Family aku dapat le merasa bubur Asyura style selatan. Klu kat Utara bubur Asyura kitaorang yg versi kuih manis campuran pelbagai kekacang. Kat Selatan lak bubur Asyura almost similar to Moi atau bubur nasi tapi lebih banyak bahan2 dimasukkan.
Aku mkn sikit je sebab terlalu kenyang lepas heavy breakfast di Medan Selera kat Bomba Larkin. Hubby lak walaupun dah breakfast heavy gila still boleh makan at least 3 pinggan!

Saturday, November 07, 2009

Dhill's cooking: Nasi minyak & ayam masak merah

Selepas lebih sebulan aku tak masak btl2 (selain mee goreng & mee segera), hari ni terlebih rajin lak masak nasi minyak masa bfast pagi tadi. Aku masak lebih sikit so that boleh mkn for lunch.. tp rupa2nya bukan setakat lunch, sampai dinnerpun cukup.
For nasi minyak:
4 pot kecik beras basmathi (cuci & sukat air dlm rice cooker - then rendam 1/2 jam)
1 biji bawang besar dihiris (kes tak de bwg kecik)
1 inci halia di hiris halus (julienne)
Bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis
Daun pandan
Garam & gula
1 sudu besar pes tomato (optional)
1 sudu besar jus limau nipis
1 1/2 sudu besar minyak sapi
1/2 sudu besar minyak masak.
Cara2:
Tumis bawang dlm minyak sapi+minyak masak sampai kuning, masukkan halia, bunga cengkih, bunga lawang & kulit kayu manis. Bia dah bawang sedikit garing, masukkan ke dalam rice cooker yg dah ada rendaman beras. Masukkan garam, gula, pes tomato, jus limau nipis & daun pandan. Kacau & masak nasi macam biasa.

-Nasi minyak rapheydhillo-

Saturday, October 24, 2009

Masak2: Kuih cara manis

Cara manis ni adik aku buat masa balik teping ogos hari tu (tp rasanya emak yg buat adunan ni).. dulu masa time still sekolah aku rajin gak buat ni. Dah lama btul tak buat.
Adunan kuih ni lebih kurang sama macam buat bingka.. cumanya bingka kena pekat lagi & dicampur dgn gula.
Biasanya tak de le sukat betul2 adunan dia.. main agak2 je. Bahan2:
Telur
Daun pandan yg dimesin dengan santan cair & tapis
Santan pekat
Tepung gandum
garam sikit
Gula utk ditabur atas kuih masa tengah masak dlm acuan.
Cara: Gaul semua bahan kecuali gula sampai sebati.. biasanya lepas tu kena tapis supaya boleh buang mana yg tak sebati/bergentel.
Aku malas bila time nak masak.. klu tak silap dlm setiap acuan ada 7 atau 9 je.. baru je angkat dah ramai yg menunggu.. tak sempat masak yg next punya, yg masak sebelum tu dah selesai kena ngap!

Kuih cara manis!

Sunday, June 28, 2009

Dhill's cooking: Another version of pan roti - BUTTERED PAN ROTI WITH BROWN SUGAR AND CINNAMON

I made more than a dozen of pan roti last 2 weeks and keep it frozen. Bila nak makan baru aku panaskan balik atas pan. Pagi tadi hubby ada game.. and as usual he'll asked for light breakfast. Biasanya roti dengan sekaya ataupun peanut butter. Tapi pagi tadi aku panaskan je pan roti.. tapi sebelum tu aku sapukan butter & lightly drizzled with brown sugar + cinnamon powder. Hubby love it! I like...
BUTTERED PAN ROTI WITH BROWN SUGAR AND CINNAMON

Sunday, June 21, 2009

Dhill's cooking: Masak lemak cili api udang with daun kesum

Dah lama tak buat udang masak lemak.. semalam masa ke Giant aku replenish stock santan. So dpt le hari ni aku masak something different dari selalu. Biasanya masak sambal or kicap dgn lada hitam. Masa tkat Teping, aku suka masak lemak ikan yang emak buat.. rasa pedas, lemak & masam memang kena dengan tekak aku. Lagi best klu ada belimbing buluh. Utk hari ni aku guna je bahan2 yg ada kat rumah termasuk le daun kesum aku yg subur kat dalam pasu tu.
Bahan2 for my masak lemak udang:
Udang - sederhana dlm 20 ekor
Santan (aku guna santan kotak lebih kurang 1/2)
5 biji cili padi (klu ikut aku nak taruk lebih--tp hubby tak suka pedas sgt)
Tomato besar 1 biji (potong wedges)
Serbuk kunyit 1 sudu teh (aku takde stok kunyit hidup)
Daun kesum 4 tangkai
Daun kunyit 1 helai.
Air asam jawa (or asam gelugor aka asam keping)
Air 1/2 cawan
Garam
Cara2: Masuk semua dlm periuk, kacau perlahan2 sampai mendidih..
***
Aku tak guna bawang .. kawan aku ckp klu taruk bawang rasa dia lari (tak tau la lari ke mana lak..). Dia org nogori yg memang terkenal dgn masak lemak cili api, so memang sejak aku kenal dia, aku tak taruk bawang dlm masak lemak cili api aku lagi.. dan rasa memang lagi best!!!

Dhill's cooking: Karipap daging


I made this last weekend.. but only today i'm able to upload the photo in my laptop. Dlm gambar tu selain karipap, ada jugak 2 ketul apple pie yg aku goreng.
Untuk filling karipap tu very simple: i'm using ..
kentang
daging dicincang
rempah kari
bawang besar
bawang putih
daun sup
garam
gula
Bahan2 utk kulit pulak aku dah post sebelum ni.

Sunday, June 14, 2009

Dhill's cooking: Simple Apple pie

Awal petang semalam (awal sbb lepas lunch!!) hubby suruh aku buat apple pie.. apahal lak ni, tak pernah2 mintak aku buat apple pie, tetiba pulak minta. Rasany dah bertahun tak buat. Aku tanya dia camne boleh dpt idea ni.. dia ckp tu apple hijau ada tu..teringin pulak nak makan. Aku cakap tunggu petang sikit.. tu yg aku buat jugak tu..
My version is very simple.. buat macam karipap je:
Untuk doh aku guna 2 cawan tepung gandum, 2 sudu besar tepung sagu (aku suka letak for apple pie- kasi rangup lagi), 3 table sppon butter + 2 table spoon cooking oil (ganti shortening), air + secubit garam dlm 3/4 cawan.
Gaul sampai jadi doh.. pandai2 le adjust klu ada apa yg kurang. Aku buat adunan ni byk sebab nak guna utk buat karipap juga.. hari tu buat doh tak cukup.. so nak kena abihkan inti karipap tu.
Utk filling:
2 biji apple (dadukan)
1/4 cawan gula perang (klu nak manis lebihkan)
Sedikit air (dlm 1/4 cawan)
1 sudu teh serbuk kulit kayu manis
1 sudu teh tepung jagung
1 sudu besar butter
-Masak semua bahan dlm api sederhana kecuali tepung jagung and butter. Bila dah almost kering masuk bancuhan tepung jagung - kacau lagi sampai pekat, tutup api & masuk butter- kacau dan biar sejuk.
- Apple pie ni boleh dibakar or goreng..

Dhill's cooking : Chocolate cookies


Terlebih rajin semalam.. pi 'rumah' orang asyik nampak dok buat biskut aku pun teringin jugak nak buat. Kononnya nak cari feel utk buat biskut raya nanti.. so, pagi semalam lepas hubby keluar coach bola aku pun mulale operasi buat biskut.

I don't really follow any recipe, main belasah je (macam bagus...)
The ingredients:
A
250g butter
3/4 cup brown sugar
2 eggs (only take 1 whole egg + 1 egg yolk)
1 teaspoon vanilla essence
1 table spoon susu pekat manis
B
1 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung jagung
1/4 cawan serbuk koko
1 teaspoon emplex
1 teaspoon double action baking powder
1 cawan nestum
1/2 cawan oat segera
1 cawan cornflake (coarsely crushed)
Cara:
Bahan2 B - Ayak tepung gandum, tepung jagung, emplex, baking powder & serbuk koko. Then masukkan bahan2 B yg lain gaul rata.
Bahan2 A- Pukul butter & gula.. bila dah kembang sikit masuk telur & gaul rata.. then masuk vanilla essence & susu. Bila dah rata masuk semua bahan A & gaul. Adunan agak melekit - jangan sampai jadi doh yg biasa utk diterap tu. Scoop dgn sudu atas dulang & bakar dlm suhu 170C for about 10-12 minit or sehingga masak. Bila masak cooki ni memang a bit tricky nak tau dia masak ke tak.. dah le warnanya gelap, klu tunggu sampai garing sure kat bawah dah hangus.. nak tau dah boleh angkat ke tak bila keliling dah agak keras.. walaupun kat tengah still soft, sebenarnya dah boleh angkat.. nanti bila sejuk biskut akan rangup. Klu tak rangup pun jgn risau, masuk je dlm oven & bakar balik.

Tuesday, April 28, 2009

Dhill's cooking: pulut mangga

1st time buat pulut mangga.. aku buat ni awal bulan ni. Teringin nak makan dah lama. Asyik dok tengok kat tv or recipe kat magazines je, tp aku tak pernah cuba lagi. So, disebabkan sekarang ni ada lambakan mangga kat pasaran, aku pun try le buat. Senang je nak buat tu.. tanak pulut macam biasa, utk sos aku masak santan dgn tepung beras sikit, gula & garam sikit. Makan dgn isi mangga yang ranum manis tu.. best!!
Pulut mangga sgt famous kat sebelah perlis, kedah & Thai. Klu pergi kat restoran sebelah sana mmg senang jumpa. Kat kl ni memang susah sikit. AKu pernah jumpa restoran thai kat puchong jual ni.. tp aku tak cuba pun.

Sunday, April 12, 2009

Mee rebus PERJO

Ada request utk aku buat mee rebus pada 28 Mar.. klu tak de request pun mmg aku nak buat jugak. So, meh jamu mata!!

Sunday, April 05, 2009

Hidangan pengantin

Hidangan pengantin for Zul's wedding kat Kg. Ayer Kuning, Taiping on 14 March 2009. Baru sekarang aku sempat uplad gambar2 ni..
Bakul buah.. aku buat simple je sebab masa tak mengizinkan nak ukir lebih2 sikit.
Udang gorengku yg nampak macam dah kena curi je..

Ayam beriani.

Yg ni Chik (adik emak aku) masak. Hati ayam masak kicap.

Siakap sweet & sour..
Puding coklat & custard.