Wednesday, January 06, 2010

Food hunting: Selera Johor, Larkin

Balik Johor masa Krismas baru2 ni..kali ni bawak emak, are-ju, Alif, Haikal & Hakimi. Sempat le jugak singgah kat Selera Johor for dinner pd hari Krismas tu.
***
Gerai Mee Rebus Stulang & Laksa Johor yg turut jual mee bandung.
***
Seperti biasa aku mesti order Kacang Pool Haji.
My comment - Kacang Pool ni makin lama makin sikit lak aku rasa.
***
Kami jugak order rojak asma
Pada aku, sekali-sekala mkn rojak asma ok la.. sbb aku still prefer pasembur kat penang tu or rojak mamak kat Au2 Keramat.
***
Tercapai jugak hajat nak mkn kat sini lepas tak dpt mkn masa balik raya puasa hari tu.. masa tu dah lambat sgt & gerai dah tutup. Time raya org tak berniaga lak..

Sunday, January 03, 2010

Dhill's baking: Lots of Fibre Choc Chip Cookie

I bake this cookie petang tadi lepas mkn cucur bilis. Semalam sgt frust masa makan Famous Amos Choc Chip Pecan Cookie - pada aku biskut tu terlalu manis. Really tak enjoy. Itu yg aku decide buat cookie sendiri.. lagipun byk lagi bahan2 utk baking dlm lemari aku tu..
Bahan2:
Bahan A
250 gm butter
3/4 cawan gula halus
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh coklat emulco
Bahan B (diayak bersama)
1/2 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung jagung
1/4 cawan susu tepung
1/4 cawan serbuk koko
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1//2 sudu teh emplex
Bahan C (digaul bersama bahan B)
1/2 cawan choc chip
1/2 cawan oat
3/4 cawan cornflake (dikisar kasar)
1/2 cawan nestum
1/4 cawan kelapa kering
1/4 cawan badam cincang
Cara2:
Pukul butter & gula sehingga sedikit kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji & pukul. Masukkan esen vanilla & choc emulco. Pukul lagi.
Masukkan ke dalam adunan B & C sedikit demi sedikit - gaul rata.
Sudukan dalam tray yg ditabur sedikit tepung. Bakar dlm pre-heated oven ( 175C utk selama 17 minit).

Dalam tray.
***
Biskut sgt crispy & tak manis sgt. Aku suka!!!

Masak2: Cucur bilis & sayur


Hari ni terlebih rajin lak.. walaupun tinggal berdua je dgn hubby, rajin lak buat cucur bilis utk minum petang.
Bahan2:
1 1/4 cawan tepung gandum
1 biji Carrot saiz sederhana - diparut kasar
1 biji kentang - diparut kasar atau didadu
1/2 labu bawang bombay di dadu
daun sup - di cincang
ikan bilis ( cuci & rendam - then ramas utk hancurkan sedikit sblm di gaul dgn adunan lain)
1 sudu besar cili kisar
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh gula
1/2 sudu teh garam (ikut keperluan)
sedikit serbuk pati ikan bilis (optional)
Air
Cara2:
Campur semua bahan kecuali tepung & garam. Gaul rata. Masukkan tepung dan sedikit air. Gaul & masukkan air sedikit demi sedikit. Masukkan garam. Adunan jgn terlalu cair. Boleh mula menggoreng.
Nota:
  1. Jika byk sayur yg digunakan (especially kobis), adunan mestilah tidak terlalu cair. Sayur akan mengeluarkan jus terutama ketika menggoreng. Ini boleh menyebabkan cucur berminyak.
  2. Kurangkan garam dalam adunan kerana ikan bilis sudah mengandungi garam. Sama jugak klu menggunakan pati ikan bilis.

Saturday, January 02, 2010

Food hunting: Saba' Restaurant, Cyberjaya (middle eastern cuisine)

Semalam pi sini 2 kali. Ingat kan dorang bukak awal for lunch. Rupa2nya lepas Jumaat baru bukak (pukul 2 pm). So itu yg kami pi lunch kat Putrajaya. For dinner kami pi sekali lagi tempat ni.. dpt le jugak makan kat sini akhirnya..
***
This place was introduced & recommended by my Office-mate hari khamis lepas. Balik je dr opis terus ckp kat hubby ajak pi sana. Gigih cari direction kat web takut tersesat. Maklum le mmg tak biasa jln kat sana. Mujur senang je nak pegi.. thanx for other bloggers yg share info..
***
Before 6 kami dah sampai.. klu ikut review mlm memang ramai.. masa kami sampai still ada lagi tempat kosong . Dlm 6 lebih sikit dah penuh. Ada yg berdiri tunggu meja kosong.
*
Restoran Saba' dari luar..

*
On the menu.. memang pening nak pilih. Mujur ingat recommendation dr bloggers lain..
*
Dah order dpt kad ni..*
Lepas order pakat termenung tunggu food sampai.
*
Tak lama tunggu food sampai. Tak sampai 10 minit kut rasanya..
For hubby Lamb Kabsah (Regular RM 15)
*
For me Chicken Hanith (quarter RM10)
Tak larat abih.. byk sgt!
*
Ada sambal dan timun potong mcm jelatah tu
*
Ingat nak order BARBICAN tp tak de.. so amik BAVARIA peach flavor. Waiter kat situ ckp sama je cam BARBICAN.. non-aloholic malt drink.
Kami share air ni and add 1 mineral water.
*
Sgt sedap.. lamb & ayam sgt best. Harga very reasonable. Mesti pi lagi lepas ni. Utk semua kat atas + 1 mineral water baru RM29. Berbaloi-baloi!
Tp rasanya lepas ni kena bawak ramai sikit so boleh share. Dan kena betul2 lapaq baru boleh betul2 mkn..
**
Address
SABA' RESTAURANT
4800 Suite, 0-2 Groud Floor, Block A1, Jln Perdana, CBD Perdana, CYBERJAYA
TEL: 03-83202544
***
Klu nak ke sana bila dah sampai cyberjaya cari je CDB Perdana. Restaurant ni 1 building dgn Cyberjaya International College.
p/s- byk lagi yg aku nak blog tp still tak de mood..

Food Hunting: Nasi Ayam, Cucur Udang & Bihun Sup di Medan Selera Presint 8 Putrajaya

Semalam (Jumaat 01.01.2010) plan nak makan kat cyberjaya for early lunch.. tp restoran yg kita nak pegi still blm bukak. So pi le ke Medan Selera kat Presint 8 Putrajaya. Aku & hubby memang le buta jln2 kat sana.. main redah je. Tatau short-cut so mmg ikut signage je.. punya le jauh kitaorang pusing. Padahal aku rasa tempat tu mmg dekat je dgn cyberjaya. At last sampai gak before 12.
***
Lapaq gila masa tu coz still blm bfast. Aku actually tak ingat apa yg office-mate aku cakap specialty kat situ.. So bila nampak kedai nasi ayam baru le ingat yg nasi ayam kat sini best. Aku suruh hubby order yg ligh2 je.. coz petang nanti nak pi cyberjaya lak mkn kat restoran yg kami pi earlier.
Hubby order nasi ayam & bihun sup utara style.. then dia tanya nak cucur udang tak? Oo baru aku ingat according to my Office-mate, cucur udang kat sini memang special. Hubby siap minta 2, aku ckp 1 set cukup. Nanti tak terabih lak..
***
So ini le set cucur udang .. serves with kuah kacang yg tak de dlm gambar. Telur rebus tu tak fresh sgt so aku mkn sikit je. Cucur udang & kuah kacang best. Tauhu mcm masam sikit tp still ok.
Aku suruh hubby order teh ais kurang manis, dia pi order teh tarik.. mujur tak manis sgt. Best jugak sbb lama tak pekena TT!
Bihun sup utara..

Nasi ayam yg best!
Memang murah.. semua kat atas tak termasuk TT baru RM9.

Saturday, December 12, 2009

Kuih Karas & Cucur Meniram aka Denderam @ Kota Mahsuri Langkawi

Aku memang dah plan nak beli kuih karas bila pi Makam Mahsuri ni. Aku suka kuih karas kat situ.. freshly cook. Tak de le rasa perat/tengik.
PIL & the kids pun suka..
**
ini kakak yg tengah buat kuih karas.. masih guna traditional equipment.. pakai tempurung kelapa untuk kirai adunan dlm kuali.



***
Kuih karas 5 bungkus ye.. RM2 sebungkus..

***
Aku jugak beli cucur meniram aka denderam. Ini first time aku beli kat sini. Saiz besar sikit dr yg biasa aku jumpa kat sebelah utara ni. Tak ingat pulak harga berapa. Rasanya RM0.50 sekeping kut. Memang sedap.. paling sedap yg pernah aku makan!!! Lightly crisp kat luar dan lembut kat dalam.

Cucur meniram yg best!!

Makan2 @ Langkawi- Day1 (6th Dec 2009)

Arrival at Kuah Jetty about 1pm, bilik blm ready.. so, pi cari lunch. Hubby cakap pi makan kat depan Tiara Hotel yg aku dengar dah tutup.. Nampak kedai still ada tapi hotel nampak macam dah buruk. Bila tengok signage hotel tu dah tukar Bella Vista Hotel.
Dulu kitaorang suka mkn kat gerai kat situ sebab ada pasembur ketam. Kali ni masa aku tanya dia kata ada.. aku pun order la.. sekali datang just pasembur without ketam.. sos pun rasanya dah lain, bukan macam dulu2. Lupa lak aku nak amik gambar sbb lapaq sgt masa tu.
**
Aku je order pasembur.. the rest makan nasi ayam.
**
petang kitaorang jln2 kat Dataran Lang.. setiap kali ke LKV mesti pi sini.. maklumlah setiap kali dtg dengan org lain. Kena la bawak ke sini. Lepas jln2 kami pekena Laksa Penarak kat gerai tepi parking area. Tak le best sgt.. masin. Dan pada aku agak mahal klu banding dgn average harga laksa kat kawasan utara ni. RM3 sepinggan..
***
Malam masa kluar shopping kat pekan kuah, lepas dok pusing kat Haji Ismail Group (HIG) kitaorang cari le pulak Idaman Suri (IS).. aku ni tatau IS dah pindah. Pi le cari tempat dulu.. penat berpusing tak jumpa2 gak.. last2 kitaorang decide mkn kat 1 stall yg nampak cam best je sbb ramai org. Gerai ni btl2 depan Kondo Istana.. macam2 ada dijual. Nasi campur, sate, roti canai, roti arab, char kuwy teow, kuey teow kerang, burger etc.
**
Aku & hubby order roti canai, roti arab, sate & kuey teow kerang. Semua best!!
Roti arab RM2 sekeping, cicah dgn gulai.
Sate ayam & daging cenonet harga klu tak silap RM0.20 or RM0.15 secucuk. Sgt murah!!

Sunday, November 22, 2009

Let's bake: Carrot cake

First time buat carrot cake. Itupun lepas hubby sibuk sgt suruh buat kek selain dari butter cake or moist choc cake. Cake turn out great. Moist dan sgt best walaupun tak de frosting. Aku dah beli cream cheese tp hubby tak nak frosting.
I'm using Carrot Cake III recipe from allrecipe (with alteration - in pink) after reading good review from readers.
So ini le recipenya. CNP je dr http://allrecipes.com/Recipe/carrot-cake-iii/Detail.aspx
Ingredients
4 eggs
1 1/4 cups vegetable oil
2 cups white sugar (i'm using 1 1/2 cup)
2 teaspoons vanilla extract
2 cups all-purpose flour
2 teaspoons baking soda
2 teaspoons baking powder
1/2 teaspoon salt (omitted)
2 teaspoons ground cinnamon (omitted)
3 cups grated carrots
1 cup chopped pecans (replaced with walnut)
1/4 cawan preserved kulit limau (chopped)
3 keping dried apricot (chopped)
Susu pekat manis & strawberry jam about 1 table spoon - jadikan 1/4 cawan
Frosting (omitted):
1/2 cup butter, softened
8 ounces cream cheese, softened
4 cups confectioners' sugar
1 teaspoon vanilla extract
1 cup chopped pecans
Directions
Preheat oven to 350 degrees F (175 degrees C).
  1. Grease and flour a 9x13 inch pan.
  2. In a large bowl, beat together eggs, oil, white sugar and 2 teaspoons vanilla. Mix in flour, baking soda, baking powder, salt and cinnamon. Stir in carrots. Fold in pecans. Pour into prepared pan.
  3. Bake in the preheated oven for 40 to 50 minutes, or until a toothpick inserted into the center of the cake comes out clean. Let cool in pan for 10 minutes, then turn out onto a wire rack and cool completely.
  4. To Make Frosting: In a medium bowl, combine butter, cream cheese, confectioners' sugar and 1 teaspoon vanilla. Beat until the mixture is smooth and creamy. Stir in chopped pecans. Frost the cooled cake.
*
Ini satu review yg boleh diguna sebagai panduan:
gneebeanie Dec. 8, 2006
After reading through 4-5 pages of the reviews, I consolidated the most referred alterations to this recipe to: 1) using 1 cup brown sugar and 1 cup white sugar 2) adding an extra teaspoon of vanilla extract 3) adding 1 8oz. can of crushed pineapple (I squeezed out most of the juice before adding it, I didn't want any extra fluids in the cake) 4) Added 1/4 teaspoon of nutmeg 5) added 1 extra teaspoon of cinnamon 6) used 3/4 cup canola oil and 1/2 cup applesauce. The result came out incredibly delicious - the cake was very flavorful and moist. For the frosting, I only used 3.5 cups of powdered sugar, and it was more than sweet enough, with a nicely balanced cream cheese vs. sweet flavor. If I would change anything again, I would use less pecans - it's a bit too nutty for my personal tastes. Also, I followed another reviewer's suggestion of grating the carrots with the large grater side (the one you use for cheese) so that you don't end up with a bunch of carrot mush and juice that can't be used. Will definitely make again! This is probably the best carrot cake I've ever had.
***
Rasanya aku bakar lebih-kurang 1/2 jam. Cepat betul dah masak. In future aku mungkin akan kurangkan gula lagi. Maybe jadi 1 1/4 cawan je. Klu 1 1/2 cwn ok cumanya aku lebih suka klu lagi kurang manis.. boleh le letak frosting nanti.

Dhill's cooking: mee goreng

Aku masak ini utk our dinner semalam.
Bahan2:
1/2 kilo mee kuning
1 biji tauhu (dipotong)
Sawi
2 biji tomato (potong 4)
Taugeh
Daun sup
2 biji Bawang merah - dihiris
2 ulas Bawang putih - di cincang
3 sudu besar cili kisar
1/2 cawan air
1 1/2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap
3 sudu besar sos cili
2 biji telur
Garam
2 sudu minyak masak
cara2- goreng tauhu- Bila tauhu sedikit kuning masukkan bawang merah sampai kuning then masuk bawang putih. Kacau then masuk cili kisar. Kacau sampai garing. Masukkan udang, air, sos cili & sos tiram. Bila didih masuk sawi, tomato & mee. Kacau rata & tuang kicap. Kacau lagi. Tambah garam klu perlu. Then masuk telur. Kacau. Then tabur taugeh. Kacau rata & tutup api.
Tabur daun sup. Boleh makan!

Dhill's cooking: Roast chicken with carrot & potato

Our dinner on 10/11(Isnin) & 14/11 (Sabtu) - ayam panggang dgn kentang & carrot.
*

Simple je bahan2 yg aku guna -
Ayam lebih kurang 6 ketul.
3 biji Kentang (potong wedges -6)
1 biji carrot (chunked)
4 biji bawang putih (tak payah buang kulit)
1 labu bawang besar (wdges)
1/2 sudu teh serbuk pati ayam
1/2 sudu teh garam
1 sudu besar sos tiram
1 sudu teh oregano
1 sudu teh rosemary
jus dr 1/2 biji lemon
- gaul semua. Masuk dlm foil dan seal. Then panggang dlm oven 200C selama 40-50 minit.

Thursday, November 19, 2009

Paella versi dhillo

Satu cara nak cepat2 masak.. masak le yg simple.
So itu le yg aku buat rabu & ahad minggu lepas. Masak paella my own version..
*
Ini yg aku masak pada hari rabu 11.11.09. Just ada ayam je dlm nasi tu.
*
Yg ni pulak aku masak pada hari ahad 16.11.09.
Selain ayam, aku jugak letak sotong & udang.

Nanti klu sempat aku letak resepi kat sini.

Update:
Bahan2 -

  • 2 cawan beras basmathi - cuci & rendam dgn 2 1/2 cwn air dlm rice cooker.

Sementara beras direndam siapkan bahan2 kat bawah ni-

  • 5 ketul ayam
  • 10 ekor udang saiz sederhana
  • 2-3 ekor sotong - dipotong bulat
  • 1 ulas bawang besar - dihiris
  • 2 ulas bawang putih -dicincang
  • 10 biji bunga cengkih
  • 1 sudu besar pes tomato
  • 1 1/2 sudu besar rempah beriani (optional - klu tak de letak rempah sup pun ok)
  • 1/4 kiub pati ayam
  • 1 1/2 sudu teh garam
  • 1 1/2 sudu teh gula
  • 1 sudu besar mentega & 1 sudu besar minyak masak.

Cara2:

  • Panaskan minyak masak & mentega dlm pan.
  • Tumis bawang besar sampai kuning. Masukkan bawang putih & cengkih - kacau sampai naik bau.
  • Masukkan ayam - biar sampai sedikit kuning.
  • Masukkan pes tomato, rempah beriani/sup, stok ayam & sedikit air. Kacau dan masukkan sotong & ayam. Kacau lagi dan masukkan gula & garam.
  • Tuang dlm rice cooker yg berisi beras. Kacau rata & masak nasi seperti biasa.

Apple pie


Masak applepie ni utk hubby sabtu lepas.. bila aku dah buat baru dia ckp dia nak apple-pie macam yg biasa aku buat tu.. yg macam karipap. Klu sempat nanti aku post reepi kat sini. Ngantuk dah nak tidur..

Wednesday, November 18, 2009

Cucur sayur dgn ikan bilis

Aku buat cucur sayur ni Sabtu lepas for breakfast. Bahan2 sgt simple.. tak de sukat2pun, main agak2 je:
  • Tepung 2 cawan
  • ikan bilis segenggam - cuci & rendam dlm air bersih. Bila dah lembut ramas sampai sedikit hancur.
  • Kubis dihiris nipis
  • Isi jagung dlm 3/4 cawan
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 1/2 sudu teh garam
  • 1 1/2 dudu teh gula
  • Air

Satukan semua bahan dan gaul rata. Masuk air agak2 adunan tak terlalu pekat or cair. Rasa garam.. klu ok sedia utk digorang.

Biasanya aku taruk grated carrot jugak.. tp hari tu stok carrot tak de..


Butter cake

Butter cake yg mak long aku turunkan resepinya!
Requested by hubby last week. Sejak ada oven baru ni & sejak dapur aku dah siap minor renovasi.. hubby asyik le suruh aku masak. Baru2 ni dia mintak buat carrot cake. Barang2 dah beli kat Bake With Yen tp blm sempat nak buat lagi.. maybe besok baru aku buat.

Saturday, November 07, 2009

Dhill's cooking: Nasi minyak & ayam masak merah

Selepas lebih sebulan aku tak masak btl2 (selain mee goreng & mee segera), hari ni terlebih rajin lak masak nasi minyak masa bfast pagi tadi. Aku masak lebih sikit so that boleh mkn for lunch.. tp rupa2nya bukan setakat lunch, sampai dinnerpun cukup.
For nasi minyak:
4 pot kecik beras basmathi (cuci & sukat air dlm rice cooker - then rendam 1/2 jam)
1 biji bawang besar dihiris (kes tak de bwg kecik)
1 inci halia di hiris halus (julienne)
Bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis
Daun pandan
Garam & gula
1 sudu besar pes tomato (optional)
1 sudu besar jus limau nipis
1 1/2 sudu besar minyak sapi
1/2 sudu besar minyak masak.
Cara2:
Tumis bawang dlm minyak sapi+minyak masak sampai kuning, masukkan halia, bunga cengkih, bunga lawang & kulit kayu manis. Bia dah bawang sedikit garing, masukkan ke dalam rice cooker yg dah ada rendaman beras. Masukkan garam, gula, pes tomato, jus limau nipis & daun pandan. Kacau & masak nasi macam biasa.

-Nasi minyak rapheydhillo-

Saturday, October 24, 2009

Masak2: Kuih cara manis

Cara manis ni adik aku buat masa balik teping ogos hari tu (tp rasanya emak yg buat adunan ni).. dulu masa time still sekolah aku rajin gak buat ni. Dah lama btul tak buat.
Adunan kuih ni lebih kurang sama macam buat bingka.. cumanya bingka kena pekat lagi & dicampur dgn gula.
Biasanya tak de le sukat betul2 adunan dia.. main agak2 je. Bahan2:
Telur
Daun pandan yg dimesin dengan santan cair & tapis
Santan pekat
Tepung gandum
garam sikit
Gula utk ditabur atas kuih masa tengah masak dlm acuan.
Cara: Gaul semua bahan kecuali gula sampai sebati.. biasanya lepas tu kena tapis supaya boleh buang mana yg tak sebati/bergentel.
Aku malas bila time nak masak.. klu tak silap dlm setiap acuan ada 7 atau 9 je.. baru je angkat dah ramai yg menunggu.. tak sempat masak yg next punya, yg masak sebelum tu dah selesai kena ngap!

Kuih cara manis!

Makan2 bulan puasa

Ni semua gambar masa awal puasa hari tu.. 30th august 2009, sehari before bDay emak.
*
Hubby tunggu abah amik udang galah kat bot.

*
Ni pulak mud crab .. sgt murah. RM5/kg.. semuanya klu tak silap baru RM13.
*
Ketam berlada

*
Udang yg kecik2 aku buat buttered prawn
*
Kari kepala ikan yg heaven by emak
*
Jantung pisang yg buat aku terliur time2 lapaq pagi ni