Monday, February 09, 2009

Award from Dr. Ina lagi

I received these awarda from k.ina <http://myinahar67.blogspot.com/>. Thanx k.ina for sharing all these awards with your readers.


Suka yg ni .. walaupun i ni bukan cat blogger.. cuma sesekali je post entri on my 2 cats .. Ben & Cik Bella here <http://rapheydhillo.blogspot.com/>.. gambar kat atas remind me of my former Sr. GM.. bukan rupa gambaq kucing tu macam dia.. tp sebab dia suka kucing species macam
tu..english shorthair.. ye la.. aku tau kesukaan dia yg maskulin, gelap & seksi.. ha3x .. ya ampun matila aku klu dia baca nih!!

Anyway, to my fellow readers.. aku nak extend these awards to all of u... sudi2 kan lah yek!

Saturday cooks : Gulai teluq, ikan kering goreng & sayur kubis with suhun & fucuk

For lunch yesterday.. ini lah menjadi santapan kami..
Gulai telur.. permintaan hubby!
Ikan kering goreng (klu ikut kat label tulis ikan malong.. ntah ikan apa tatau. Aku ni mmg buta ikan.. yg aku tau pari, bawal je.. keli & sembilang pun aku boleh confuse tatau to differentiate!).
BTW, aku goreng iikan ni dgn cili padi, cili kering & bawang hiris. For sayur.. shredded kubis dgn suhun & fucuk goreng (eja betul2 FUCUK.. jgn ada miss pulak any word, or gatal2 nak tulis shortform.. nanti tak pepasal org ingat aku mencarut..nyaris dah tadi sebenarnya.. nasib baik double check!).. taruk kunyit sikit kasi kaler berseri sikit (kononnya la!)

Sunday, February 08, 2009

Saturday cooks: Apam Mekar

Klu ana <http://anatahir4ever.blogspot.com/> tengok apam mekar aku ni sure dia gelak guling2..
Org buat apam ni bentuk bulat, aku punya jadi bentuk diamond le pulak.. ini kes tak de acuan apam le nih! Tp cantik gak kan.. tak pernah org buat!!
Apam ku ni merekah.. walaupun tak le merekah cantik sgt.. xtually aku altered sikit recipe yg aku amik kat MyR - Hanielieza punya sbbnya tak berani nak tiru ana punya (resepi dia apam coklat- akak ni tak berani le nak pepandai alter resipi tu nak bagi jadi apam kaler2 mcm kat atas tu, nanti tak jadi pulak!).. tp aku rasa anapun amik hanielieza punya jugak kut.
Walaupun pakai resipi hanielieza, aku still tukar - aku reducekan gula. As usual aku mesti reducekan gula in all my cooking.. itu yg payah tu, mesti hasilnya tak seberapa! Anyway, jadi jugak, walaupun aku rasa i shud also reduce kan tepung sikit..

Bahan2 (dpt dlm 25 ketui):
100gm gula halus *
1 biji telur *
1/2 sudu teh ovallette (or quick 75 - cake stabilizer)*
1/2 sudu teh esen vanilla*
100 ml susu segar
150 gm tepung gandum
Pewarna hijau, merah, kuning telur (klu suka le.. klu tak biar je kaler batter yg ori tu)

cara2:
Pukul bahan * sampai kembang. Then masuk tepung berselang seli dgn susu sambil pukul rata.
Masuk adunan dlm piping bag (or platik bag yg bungkus lauk berkat tu.. ini org johor mesti tau!). Titiskan pewarna dlm plastik bag (Ini strategi utk minimisekan bekas utk dicuci.. terror tak aku!) .. gaul rata then boleh pipe dlm papercup. Aku taruk yg kaler kuning dulu, then merah.. last sekali hijau. Kukus selama 10-15 minute dlm pengukus yg dah dipanaskan.

** aku pernah buat kuih ni masa zaman sekolah dulu.. namanya kek span kukus. Aku tiru dlm buku resepi budak yang amik sains rumah tangga (SRT)- skrg ni rasanya dah tukar jadi ekonomi rumah tangga kut.. buku ni aku jumpa kat dlm meja aku masa form 5 kut.. tak ingat le pulak.. or maybe form 4 kut. Berhari2 aku simpan buku resepi ni tp takde pulak org tuntut.. so brg tak dituntut terus le jadi milik org yg jumpa tu.. sampai le skrg ni aku still simpan buku tu (n still tak de org tuntut!).. bagus betul, sbb aku betul2 teruja tengok resepi dlm buku tu.. dah byk jugak yg aku belajar dr situ. Oh ye.. nama pemilik buku tu.. ROSALIND Foo Suan Bee. Dear Rosalind, if you read this.. thanx for 'sharing' (unintendedly for almost 20 years!) the book with me.. if you wish to get back this recipe book please leave your comment here ;)... peace!!

Saturday cooks: Mee goreng with meatball

Klu biasanya kita jumpa meatball dlm pasta.. this time korang jumpa pulak mee goreng with meatball. Apa2 lah aku ni.. ini kes malas nak kopek udang le ni!!! Since adunan meatball the day b4 ada lagi.. aku pun masuklah meatball dlm mee goreng... resipi mee mcm biasa yg aku buat.. boleh refer kat sini http://rapheydhillo.blogspot.com/2009/01/dhills-cooking-mee-goreng-seafood.html

Dhill's cooking: MY Meatball

I made this meatball last Friday. Tak plan pun.. ingatkan nak buat tauhu kering (tauhu mee kari tu!) sumbat with kentang. Tak dak jual pulak.. so dpt idea buat meatball nih.. bergedil daging le tu.
Bahan2- lebih kurang je la, sbb tak sukat pun. Main campak2 je..
3 biji Kentang (medium size - skinned & rebus sampai empuk - dilecek)
1 cup minced meat
1 biji telur
Bawang besar 1 biji (dicincang)
3 ulas bawang putih ( bakar & cincang halus)
Daun bawang (dlm 1 stalk - about 5-7 helai- hiris halus)
1 biji cili merah (dicincang)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu teh lada hitam kisar
Garam secukup rasa
1/2 cawang tepung gandum (aku nak pakai roti.. tp x de stok le pulak.. boleh jugak pakai serbuk roti)
Cara2- gaul semua & goreng macam buat jemput2 tu. Aku tak salut dgn apa2 pun. Goreng cam tu je..
boleh jugak taruk susu or cream sikit dlm adunan..

Wednesday, February 04, 2009

Food hunting : Nasi ayam & Mee rebus @ Tasik Kelana Jaya

Mkn kat sini on 30th Jan 2009.
Mee rebus ni tak tau version mana.. tak best!
*
Nasi ayam dlm pinggan yg besar.. boleh tahan sedap.

Food hunting: Char Kuey Teow & Satay Kajang at TTDI, Shah ALam

28 Jan 2009.. after kerja kami pi tengok rumah. Lepas tu pi merayau kat TTDI nak cari tempat mkn.. sekali ternampak restoran char kuey teow ni. Xtually restoran ni jual macam2.. 3 buah lagi restoran tu!
*Ini le gambaq char kuey teow tu..
for me biasa2 saja. Best lagi yg jual kat stall kat rumah aku & yg jual kat Kerinchi tu..udangnya mmg terasa. Yg ni harap rasa sos & kicap je.. but still ok le..Klu nak lagi baik punya kena le pi makan kat Penang!
*
Satay kajang mmg best.. daging sgt le lembut & paling penting sambal kacang tak terlalu manis..utk 10 cucuk satay dgn nasi impit baru RM7.50. Memang berbaloi!!
Memang boleh pi lagi kedai ni.. especially klu nak pekena satay!

Monday, February 02, 2009

Dhill's cooking : Cucur Kelapa Manis

Lebihan kelapa parut utk kuih sagu aku buat cucur@jemput2. Permintaan frm hubby sebenarnya.
Bahan2:
1 cawn kelapa parut
2 1/2 cawan tepung
1/4 cawan gula (yg ni utk kurang manis- rasanya klu letak 1/2 cwn ok kut)
1 sudu teh garam
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh bread improver
Air - agak2 je.
- Bancuh semua bahan & goreng.
Cucur aku ni rangup kat luar.. lebut di dalam. Best klu makan dgn kopi 'o' panas!!

Dhill's cooking: Sayur campur & sambal bilis

Harapan warga kuala lumpur..sempena hari wilayah semalam..
for me.. jln tak jam, rakyat kelas pertama sejajar dgn infra kelas pertama- tidak pengotor, tahu menghargai kemudahan, lebih byk sale ;-)
Semalam utk lunch aku masak sayur campur.. ada holland peas, brocoli, carrot & udang, stok ayam. Tambah tepung jagung utk pekatkan kuah.
For lunch tadi aku masak sambal ikan bilis.. selain ayam goreng & sup sayur. Resepi sgt simple.. aku yakin org lain buat lagi best!

Dhill's cooking: Kuih Sagu

Umie Aida yg maintain cantik despite umur dah over 30. Aku???
Siang tadi b4 hubby pegi kerja sempat lagi aku buat kuih ni.
Hajat hati nak buat kuih lompang/kasui lepas tengok kat blog kak zu <http://zumurphy.blogspot.com/>, tp lupa lak nak beli barang. Yg ada kat rumah just stok sagu.. so jadi le kuih sagu ni ( aku check kat net kuih ni jugak org panggil kuih bronok).
Ini 1st time buat.. so main agak2 je:
Bahan2:
2 cawan sagu
1 cawan gula (klu suka manis lebihkan sikit)
3 cawan air
1 sudu kecil pewarna merah (aku pakai concentrate sirap ros tamin- best sikit bau dia)
2 helai daun pandan
Kelapa muda parut & garam untuk coating.
Cara2:
Dlm periuk, masuk gula air, daun pandan, sagu & pewarna.. masak sampai pekat.. then transfer sagu dlm dulang. Kukus about 20-30 minutes.
Bila dah masak, sejukkan before potong dan coat dgn kelapa yg dah digaul dgn garam.

Dhill's cooking: Kecoh di Perak & mee goreng

Kecoh di Perak.. itu headline kat muka depan Utusan hari ni. Apa le nak jadi.. jadi ke BN take-over BA? kita tunggu je la.. sambil2 tu meh layan mee goreng yek..
Hubby kononnya cuti hari ni, so akupun amik cuti jugak. Alih2 tengahari tadi dia pi kerja.. tinggal ler aku with are-ju, Ben & Cik Bella kat rumah. For breakfast hubby mintak aku goreng mee.. terpaksa la aku ke kedai beli mee & bahan2 to accompany the mee.. hari ni aku terlebih cili, so terpedas sikit!

Sunday, February 01, 2009

Sunday cooking: Cucur udang

Jemput makan!
Breakfast cucur udang bertemankan Anuar Zain.. WAH!!!
Cucur udang kali ni aku letak grated carrot dgn kentang. Lagi best dpt cicah dgn sos pedas buatan sendiri..
*Jerit WAH mcm stacy af jerit!

Food hunting : Mee rebus & Hot n spicy chicken @ Tesco Xtra Cheras

Dinner smlm kat Food Court Tesco Xtra Cheras..
For hubby Nasi putih dgn Hot & Spich Chicken. Sedap jugak..
Yg ni lagi sedap.. mee rebus.. similar to mee rebus johor tp tak pekat sgt. Cumanya kuah tu tak dipanaskan.. klu tak lagi best

Mee Banjir Udang Mak Teh Kuala Sepetang

Semalam TV3 buat coverage on Mee banjir Udang Mak Teh kat Kuala Sepetang (formerly Port Weld). Aku cuma sempat tengok kat hujung2 je.. balik lambat after pegi shopping kat tesco. then lepas tu gatal pegi singgah kat pasar malam bandar tun razak pulak.. bukan beli apapun, setakat cili api , ayam goreng & burger seketul!
*
Mak teh tengah diinterview.


Yg amik order ni anak or menantu dia kut..

*
Ini le rupa mee banjir udang kat situ. (gambar kecik je, tak jumpa mana aku simpan gambar yg versi lebih besaq). memang kena selak udang baru nampak mee. Selain mee rebus ada jugak mee goreng & nasi goreng. Konsepnya sama.. kena selak udang baru nampak mee or nasi!
*
Kedai ni mmg dekat dgn rumah family aku kat teping.. tepi jln nak pegi ke Kuala Sepetang. Klu nak pegi ke hutan bakau Port Weld tu mmg lalu kat gerai ni. Mmg nostalgic sbb aku dulu sekolah kat sini. Citer about mee banjir mak teh aku dah post earlier kat sini..
http://www.blogger.com/post-edit.g?blogID=5038879&postID=4243513133747965635
http://foodsmania.blogspot.com/2007/06/mee-banjir-udang-mak-teh-matang-taiping.html

Saturday, January 31, 2009

Arrow head / ngaku

23rd Jan.. berhenti kat Petronas petrol pump RSA Rawang masa on the way balik teping during CNY.. dpt minum nescafe free..
*
Ini kali ke-3 aku beli ngaku ni.. 1st kat Tesoco, 2nd kat Jusco and this time kat the Store teping. Murah sgt.. tp aku beli sekilo je sbb malas nak memilih.. lagipun are-ju tengah tunggu dlm kete.

Ini le rupanya ngaku ni.. yg ramai beli chinese. jarang nampak melayu yg beli.. aku slice & lepas tu goreng.. lebih sedap dr kerepek ubi or kentang. Lemak manis.. x sempat nak amik gambar kerepek ngaku ni.. cepat benar habis tipa kali aku goreng!

Food hunting : Restoran Sup Matsirat @ Bandar Kinrara

1st time mkn kat sini lepas shopping grocery kat Giant on 22 Jan 2009. Best jugak mkn kat sini..


Sup matsirat & nasi putih *
Nasi goreng bistagi (betul ke? tak ingat le pulak..) ada papedom, ayam goreng & telur mata. Harga RM7.

Makan2 : Six Sigma Training at PJ

20 Jan 2009
Pagi- breakfast with hubby kat Pantai Dalam.. 1st time mkn kat sini.


Roti kosong & roti telur.. best!!

Nasi lemak dgn ayam goreng rempah.. kongsi berdua!
Teabreak training aku mkn ni pulak.. mana tak membesar bdn aku nih!

6 Sigma Training at PJ

19 Jan 2009..
Training kat PJ. Lapar sgt .. so aku beli karipap ni & mkn dlm kete on d way ke sana!

*For lunch.. meriah lauk aku



*Afternoon teabreak - jamah bubur kacang sikit. Then mkn pizza & kek gulung (swiss roll)


Food hunting:Mihun Sup Utara @ Chow Kit

Hujan lebat tengahari tadi menyebabkan aku & hubby stranded di pasar chow kit. Hubby suggested kami mkn mihun sup utara kat situ. Aku pernah tapau a few time.. tp x pernah lagi kami mkn kat situ .. infact tak pernah mkn kat mana2 geraipun kat chow kit tu!
Gambar gerai mihun sup utara.. bekas steel besar kat sebelah kanan tu le tempat isi sup. Mmg byk giler! I was introduced to this gerai by tealady opis aku about 10 years ago.. and the stall is still standing kat chow kit sampai sekarang! Hubby yg tak sabar nak mkn mihun sup.. masa ni mmg hujan mencurah2 kat sebelah tu..see air hujan jatuh dr bumbung. Itu yg best tu.. tengah sejuk2 tu dpt mkn sup panas!
close-up..Kat meja tu jugak ada hidang tapai pulut..
Mmg best sbb kurang manis & rasa yg betul2 mesra...itu yg mkn sampai 3 bungkus sorang tu!




Thursday, January 29, 2009

Dhill's cooking : (i) Macaroni cheese with tiger prawn (ii) Maggie Mee


Macaroni cheese with Tiger Prawn
Recipe similar to this , cuma tambah lada hitam & tiger prawn yg amik kat Port Weld/Kuala Sepetang.
*
Utk dinner tadi hubby masak maggie mee pedas with ayam..lain kali boleh masak lagi ye ;-).

Makan2 @ Taiping

Kuih-muih hidangan kat Taiping semasa Chinese New Year baru2 ni.
*
Kuih bakar @ bangkit yg melt in your mouth..
*
Super moist choc cake with ice-cream, requested by dear hubby.
*
Kuih cara manis.. tak tau siapa yg bancuh batter tu. Yg aku tau adik aku Yanz yg bakar atas dapur.. aku tahu ngap je!
Dulu masa aku sekolah, cara manis ni mmg selalu aku buat.
Sukat main agak je.. bahan2 dia -daun pandan (mesin dgn santan cair & perah), santan pekat, tepung, telur & garam. Bancuh semua & tapis. Acuan mesti letak minyak sikit utk elak dr melekat. Bila acuan dah panas, masukkan bancuhan dgn sudu. Then masuk gula kat tengah. Tutup & biar sampai masak baru angkat. Lecehnya sbb kena tunggu lama kat dapur. Memang berebut mkn ni.. masak macam siput, makan macam arnab! Tak sempat masak next round, yg sblm tu dah abih..

Wednesday, January 28, 2009

Food hunting: Popiah Basah Taiping

Adik aku beli this famous popiah masa kat Taiping baru2 ni. Can't get enough of popiah.. mkn macam tak nak berhenti je.
Mmg best.. fillingnya taugeh, sengkuang, udang kering, telur etc.

Dhill's cooking : Cucuq pisang (jemput2)

Aku masak cucuq pisang ni kat Teping masa balik sana during Chinese New Year.
Yg ni aku pakai pisang restali. Belasah je buat sebenarnya. My mom cucuq pisang is still the best.
My version is as follows:
1 kg pisang restali (mesin pakai blender - no water added)
about 350-400 gm tepung gandum (agak2 je sebenarnya)
1 sudu teh baking powder
Gula & garam - optional (which aku tak tarukpun!)
Cara2
- Gaul semua & ready utk digoreng. Mine a bit darker, sengaja sbb nak bagi kering sikit kat dlm.

Dhill's cooking: Ayam masak merah DHILLO I

Dah lama tinggalkan blog ni.. ingatkan bila dah abih study boleh le mengemas dan menghias rumah2 yg dah terabai ni selalu. Tp nampaknya rumah yg satu lagi tu je yg sempat kemas. Lepas ni all food related will be posted here.
Sebagai penguat semangat, ini 1st entri utk tahun 2009.
AYAM MASAK MERAH versi simple sesangat.
1/2 ekor ayam (potong 6, gaul garam-kunyit & goreng)
*3 ulas bawang putih
*3 ulas bawang merah
*1 inci halia
*3 biji buah keras
3 sudu besar cili kering kisar
3 sudu besar cili sos
1 sudu besar sos tiram
1/2 cawan air
garam, gula
1 biji bawang besar (potong bulat)
4 tangkai daun sup (dipotong ikut suka)
-*semua ditumbuk kasar.
cara2:
Tumis bahan tumbuk, bila layu masuk cili kisar. Kacau sampai garing. Masuk air, sos cili, sos tiram, garam & gula. Biar mendidih sikit then masuk ayam. Biar lagi sampai sebati & pekat sikit. Masuk bawang besar. Bila bawang layu sikit, masuk daun sup dan gaul. Tutup api. Siap utk dihidang.