Tuesday, May 18, 2010

Dhill's apple pie


Aku tengok ramai gak yg buat apple pie similar to my version. Mula-mula Kak Ina (aka Inahar), then ada a few bloggers. I'll list those blog here:

  1. http://myinahar67.blogspot.com/2009/07/apple-pie-ala-mcd.html
  2. http://mynurkasih.blogspot.com/2009/07/apple-pie-mcas-ke-mek-as.html
  3. ... yg lain tak jumpa lagi (macam le bagus sgt ko punya apple pie sampai ramai yg nak buat ;-)

Dorang buat sikit punya cantik.. aku punya asal ada je..

Aku sebenarnya tengah cari kekuatan nak buat apple pie ni.. teringin lak nak makan tapi malas sesangat. Tu yg cari ilham pi jenguk blog orang.

Monday, May 03, 2010

AWARD from AIN

Dalam sedih2 sempat lagi aku buat assignment utk award ni (read here for citer sedih tu!).



Sebagai syarat kena lak buat assignment kat bawah ni:


1. Thank and link the person that give you the award
Thanx berbillion lemon untuk AIN yang sudi bagi anugerah yang tak ternilai ni.. ada juga org yg sudi singgah teratak aku yang tak seberapa ni..


2. Pass this award to 10/20/30/all bloggers you've recently discover
Alamak.. ini yang susah ni.. nanti kita pass kan klu sempat.


3. Contact said blogs and let them know they've won this award
Tak sempat lagi nak buat...


4. State 7 things about yourself

  • asal teping, anak sulung dr 5 beradik
  • Suka mee rebus.. suka kuey teow Doli teping jugak
  • suka entertain people with food (klu kelapangan)
  • jarang masak sbb asyik tak sempat
  • graduated in marketing, tp tak pernah keje marketing line
  • cengeng.. senang sgt nak nangis
  • Bela 4 ekor kucing.. 2 baru mati baru2 ni.. sob..sob..

AIN, task tak complete pun kira boleh la ye!!!

Sunday, May 02, 2010

Pasar Malam Jln TAR

Tak plan pun nak ke sini sebenarnya. Tp sbb dah park kat area Masjid India tu, aku & hubby pun terjah le jugak ke pasar mlm nih petang semalam!
Mula2 beli popiah goreng nih..
Harga rm1 sekeping. Kitaorang beli 2. Sambal dia best, tp kulit dia a bit keras especially kat hujung bahagian berlipat tu. But still sedap! Masa aku beli ada one lady nak beli gak.. siap tanya kat aku sedap tak popiah ni? Mana le kita tau, kita pun baru 1st time nak merasa. ;-)
***
Lepas tu beli kuih2 lain sikit. 5 ketul RM2. Aku beli karipap, bingka ubi, kole kacang & bingka tepung. Selalu gak beli kat sini klu pi pasar mlm nih. Byk giler pilihan kat sini!




***
Beli wajik durian gak. RM3 sebekas ni.
Too sweet.. klu kurang sikit ok. Aku teringin sgt nak mkn wajik yg org kat kampung Air Kuning, Teping buat. Mkn cam crunchy sikit. Klu beli kat luar sure pulut dia tak crunchy. Tak original le pada aku klu camtu!

Makan2 Sari Ratu Subang Parade

7th APril 2010.. Aku & officemate had lunch @ Sari Ratu, Subang Parade.
Nasi padang le pulak weh!!

Semua best.. paling aku suka air alpukat tu, nyum! nyum!
***


Nasib le ye muka korang kluar kat sini!!

Makan2 @ MONrods Shah Alam

AKu pi MONrods ni on 27/3/10. Dah lama.. tp sbb M besar punya ada atas kepala, baru hari ni aku upload kat sini.
**
aku pi sini dgn are-ju. Xcited je nak mkn kat sini..
***
Ini buku menu

byk choice gak..







**
For drinks, mula2 are-ju order mocha ice blended & aku order mineral water. Sedap punya pasal, aku order cappucino blended lak..

**
Sambil nak menunggu food sampai sempat le menerawang bijik mata tengok sekeliling. This is waht they put on the wall... the history of MONrods.

***
Kami order nasi ayam istana sbb yg ni je yang ada :-( . Sampai dah lepas lunch hour so yg lain2 dah abih.
Food presentation cantik.. tp nasi dah tak berapa panas. .. but still sedap.


Semua sekali RM 31.82.

***
For those yg berminat nak pegi, MONrods ni terletak di Laman Seri Business Park, Sek 13, Shah Alam.
**
Ingatkan lepas tu nak ushar hubby lak pegi MONrods ni, tp terbabas lak pegi kedai sebelah. Will story later!

Saturday, May 01, 2010

welcome back dhillo!!!

It has been more than a month i'm neglecting this blog!!! sungguh le lama.. i promise i'll put my new post latest by tomorrow morning. Jgn penyakit M tu dok terus bertenggek lagi dah le!! Now got to do some housework!!!

Saturday, March 27, 2010

Masak2 @ D'sangkar Kelong, Telok Gong

27-28/2/2010 aku & hubby pi fishing trip kat D'sangkar Kelong di Telok Gong. It's only about 40 minutes drive dr rumah. Dekat je..
Nak ke sana kena naik bot ke Kelong yg terletak kat tengah2 Sg. Kelang tu.
***
Sempat lg aku masak kat atas kelong tu. Kat situ peralatan memasak mmg ada, so sbb dah kebuluran aku pun masak le dgn bahan2 yg ada kat situ.
***
Aku masak sotong & udang goreng kunyit & ikan goreng. Semua tu sebenarnya nak buat umpan utk fishing.. tp akhirnya terlepas dlm kuali lak ;-)
Atas rumah rakit pun ada pinggan comel cam ni..
***
Our lunch hari tu..

Sunday, February 21, 2010

Masak2: Karipap rangup by dhillo

Hari ni betul2 marathon update blog! Biasale time keje memang tak sempat.. harap weekend je la baru boleh nak update.
Ini gambar2 proses membuat karipap semalam. Made this for hubby's meeting today. Isteri mithali katakan! Chewah!!!

Inti karipap. Biasanya aku buat inti daging but since ada pelbagai bangsa so aku pakai udang this time.
For inti i'm using the following
10 biji kentang (didadu)
bawang putih 4 ulas (dihiris)
Daun kari
cili kisar 1 sudu besar
Rempah kari daging dlm 4-5 sudu besar (main agak2 je)
bawang holland 2 biji (didadu)
Udang dlam semangkuk (dihiris saiz sama macam kentang)
Gula 3 sudu besar
Garam (dlm 1 sudu besar)
Daun sup (dihiris)
Air dlm 1 1/2 cawan
Minyak utk menumis dlm 3 sudu besar
Method
Panaskan minyak dlm pan. Tumis bawang putih & daun kari, masuk cili kisar & kacau sampai garing, then masuk rempah yg dah dibancuh. Tumis sampai pecah minyak. Then masuk kentang & air. Tutup pan dgn cover. Bila dah kentang dah almost masak (& inti dah almost kering) masukkan udang. Kacau sampai udang masak. Maukkan gula & garam. Gaul & masukkan daun sup. Tutup api & sejukkan.
***
Persiapan utk menggentel karipap.
I'll post the ingredients for kulit later.. dah tak larat nak pikir nih!
Adunan utk kulit..termasuk satu yg aku dah canai kat gambar bawah ni, boleh dpt dlm 70-80 ketul, depending on the size of ur karipap!
***

Peralatan yg diperlukan..
***
Sebelum mengelim karipap.. tak pakai acuan tau!
***
Dah siap kelim..
yg 1st batch ni terbesar sikit sbb canai tebal sikit.. so kena stretch kan dia. Tu yg terbesar sikit!

Bila dah siap aku masuk dlm fridge. Klu nak simpan lama boleh le letak dlm freezer. Since aku nak goreng hari ni, aku just letak kat fridge bawah je.
***
Dah siap goreng.. sgt rangup (tp tak le keras).
Memang best.. my all time favourite karipap!!!

Udang kering buatan sendiri (homemade dried shrimp)

This udang kering made by my mum.. thanx emak for making this wonderful udang kering for me. Aju bawak masa dia balik ke Taiping masa cuti CNY last week.
Aku rasa ramai yg dah tengok gambar2 udang kering yg tengah dijemur kat Kuala Gula. Memang tak lalu nak mkn klu tengok gambar tu. Dah le jemur kat tepi jln dgn lapik plastik hitam, then ada anjing dok jln kat situ.. siap kencing-berak pun kat area situ gak. Meloyakan! Klu org lain tengok gambar je.. aku pernah tengok sendiri masa our 1st fishing trip kat situ!
Sbb tu aku still prefer yg homemade.. not by me lar.. by my emak!!
Still belum asingkan kepala
***
Udang ni beli direct from nelayan kat Port Weld aka Kuala Sepetang. Aku tak sure berapa.. rasanya tak sampai RM5 sekilo. Sgt murah sebab klu kat luar boleh sampai RM11 sekilo.. ini udang yg ditangkap, bukan yg bela kaler gelap tu. Sgt manis & sedap especially klu buat cucur udang atau mee rebus favourite aku tu. Sebab tu Port Weld sgt terkenal dgn mee udang. Pernah pi makan Mee Banjir Udang Mak Teh kat Kuala Sepetang tak? Read here
Dah asingkan kepala
***
pagi semalam emak call suruh aku jemur lagi udang tu sbb hari tu jemur sat ja.. emak suruh aku goncangkan plastik udang tu utk leraikan kepala udang. Semua gambar kat sini dah lepas aku jemur. Jemur tak sampai 2 jam dah kering sbb cuaca memang elok panas terik semalam.


Kepala udang.. jgn buang. Sedap klu buat mee rebus.
***
Dah siap masuk dlm bekas. Satu udang yg diasingkan kepala.. sedap klu masuk dlm nasi goreng.. Satu tu kepala & segala serdak yg halus2 tu!
***
Aku tak sure macam mana emak aku buat before jemur udang ni.. but according to aju emak gaul dgn garam then masuk dlm kuali. Masak sikit sampai keluar air udang tu sikit.. jgn lama2 sgt. Then boleh jemur.
Sgt best & terjamin bersih.
No preservative & additive except garam!

Masak2: Sambal Tumis Udang

Teringin betul nak makan sambal udang after reading K.zu's posting. I made this for our dinner on 16/2/2020. Sblm tu dok terbau sambal tumis yg dimasak by jiran kitaorang. Hubby ckp "bestnya bau!". Aku tanya nak ke klu buat sambal tumis udang? Dia ckp ok. Tu yg jadi sambal udang tuh!
Bahan2:
Udang
Bawang besar sebiji ( aku pakai bawang holland - didadu)
Cili kisar
Air asam jawa
Sos cili
Belacan (optional - biasanya aku tak letak, tp macam best lak klu letak belacan siam given by my adik)
Garam
Cara2:
Tumis bawang besar sampai layu. Masukkan cili kisar & tumis sampai pecah minyak. Then masuk air asam jawa, belacan (dibancuh dgn air sikit), sos cili. Biar didih sikit & masukkan udang. Bila udang dah masak baru masuk garam. Angkat.
***
Memang best sambal ni tp pedas sgt.. cili kering ni memang terover pedas. Berasap telinga! Tapi mkn tetap bertambah.
***
For sayur, very simple. Aku blanch sweet pea, carror & tomato. Toast dgn minyak sawit premium yg kaler oren tu & garam.

Masak2: Kuey teow goreng

Goreng kuey teow for breakfast during CNY holiday bebaru ni..
Tak berseri sgt sbb tak de sayur hijau. Just guna apa yg ada dlm fridge je.. yet taste still great!

Masak2: Ayam goreng dgn lada hitam

Ayam lada hitam makan dgn bubur nasi..
Simple je buat dia. Isi ayam yg di hiris kecik2 then gaul dgn lada hitam & jintan yg dikisar, sos tiram & garam. Goreng sampai almost garing.

Masak2: Bubur nasi aka Moi

Moi for our late lunch on 15/2/2020.
Very simple to cook and yet so yummy!
Ingredients:
Beras
Air
Santan
Lada hitam & jintan manis (ditumbuk)
Karot
Halia
Serai (dititik)
Garam
Serbuk pati bilis (optional)
Daun sup utk ditabur masa menghidang
Masak semua dlm periuk sampai jadi bubur..
Aku mkn dgn bilis goreng bercili & ayam lada hitam (takde dlm gambar)

Saturday, February 20, 2010

Foodhunting: Restoran Tarbush, Ampang Point

Sabtu last week time org sibuk nak sambut CNY, aku pulak terpaksa ikut hubby pi kerja. Dia nak kena pi KL sekejap je... itu yg sibuk ajak aku teman dia. Aku sebenarnya dok plan nak stay kat rumah je.. takde mood nak jenjalan. Tp ikut le jugak.. tak pepasal lunch kat Tarbush ni. Actually late lunch.. dah pukul 2.30pm masa tu.
Ini our 1st visit ke sini.. lama gak tebelek2 menu dia. Tatau nak amik apa. Klu ikut plan aku nak mkn yg light2 je.. tp akhirnya terbabas lak.
***
On the Menu



***
Terbabas sampai dua2 order beriani..

***
beriani ayam utk aku
Pd aku nasi agak berempah & gravy tu agak masin. Ayam half bird. Sgt le byk utk aku. Klu tau amik satu je share dgn hubby. Masa order taknak check betul2!
***
Lamb Beriani for hubby.
Sama gak gravy agak masin!


**
Overall, we still prefer Saba' Resataurant kat Cyberjaya tu. Nasi lebih light, tak berempah sgt & lagi sedap. Cumanya lauk kat situ agak dry without gravy except dia punya sauce.
Harga kat Tarbush ni pun lebih mahal klu nak banding dgn kat Saba'.