Sunday, November 22, 2009

Dhill's cooking: mee goreng

Aku masak ini utk our dinner semalam.
Bahan2:
1/2 kilo mee kuning
1 biji tauhu (dipotong)
Sawi
2 biji tomato (potong 4)
Taugeh
Daun sup
2 biji Bawang merah - dihiris
2 ulas Bawang putih - di cincang
3 sudu besar cili kisar
1/2 cawan air
1 1/2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap
3 sudu besar sos cili
2 biji telur
Garam
2 sudu minyak masak
cara2- goreng tauhu- Bila tauhu sedikit kuning masukkan bawang merah sampai kuning then masuk bawang putih. Kacau then masuk cili kisar. Kacau sampai garing. Masukkan udang, air, sos cili & sos tiram. Bila didih masuk sawi, tomato & mee. Kacau rata & tuang kicap. Kacau lagi. Tambah garam klu perlu. Then masuk telur. Kacau. Then tabur taugeh. Kacau rata & tutup api.
Tabur daun sup. Boleh makan!

Dhill's cooking: Roast chicken with carrot & potato

Our dinner on 10/11(Isnin) & 14/11 (Sabtu) - ayam panggang dgn kentang & carrot.
*

Simple je bahan2 yg aku guna -
Ayam lebih kurang 6 ketul.
3 biji Kentang (potong wedges -6)
1 biji carrot (chunked)
4 biji bawang putih (tak payah buang kulit)
1 labu bawang besar (wdges)
1/2 sudu teh serbuk pati ayam
1/2 sudu teh garam
1 sudu besar sos tiram
1 sudu teh oregano
1 sudu teh rosemary
jus dr 1/2 biji lemon
- gaul semua. Masuk dlm foil dan seal. Then panggang dlm oven 200C selama 40-50 minit.

Thursday, November 19, 2009

Paella versi dhillo

Satu cara nak cepat2 masak.. masak le yg simple.
So itu le yg aku buat rabu & ahad minggu lepas. Masak paella my own version..
*
Ini yg aku masak pada hari rabu 11.11.09. Just ada ayam je dlm nasi tu.
*
Yg ni pulak aku masak pada hari ahad 16.11.09.
Selain ayam, aku jugak letak sotong & udang.

Nanti klu sempat aku letak resepi kat sini.

Update:
Bahan2 -

  • 2 cawan beras basmathi - cuci & rendam dgn 2 1/2 cwn air dlm rice cooker.

Sementara beras direndam siapkan bahan2 kat bawah ni-

  • 5 ketul ayam
  • 10 ekor udang saiz sederhana
  • 2-3 ekor sotong - dipotong bulat
  • 1 ulas bawang besar - dihiris
  • 2 ulas bawang putih -dicincang
  • 10 biji bunga cengkih
  • 1 sudu besar pes tomato
  • 1 1/2 sudu besar rempah beriani (optional - klu tak de letak rempah sup pun ok)
  • 1/4 kiub pati ayam
  • 1 1/2 sudu teh garam
  • 1 1/2 sudu teh gula
  • 1 sudu besar mentega & 1 sudu besar minyak masak.

Cara2:

  • Panaskan minyak masak & mentega dlm pan.
  • Tumis bawang besar sampai kuning. Masukkan bawang putih & cengkih - kacau sampai naik bau.
  • Masukkan ayam - biar sampai sedikit kuning.
  • Masukkan pes tomato, rempah beriani/sup, stok ayam & sedikit air. Kacau dan masukkan sotong & ayam. Kacau lagi dan masukkan gula & garam.
  • Tuang dlm rice cooker yg berisi beras. Kacau rata & masak nasi seperti biasa.

Apple pie


Masak applepie ni utk hubby sabtu lepas.. bila aku dah buat baru dia ckp dia nak apple-pie macam yg biasa aku buat tu.. yg macam karipap. Klu sempat nanti aku post reepi kat sini. Ngantuk dah nak tidur..

Wednesday, November 18, 2009

Cucur sayur dgn ikan bilis

Aku buat cucur sayur ni Sabtu lepas for breakfast. Bahan2 sgt simple.. tak de sukat2pun, main agak2 je:
  • Tepung 2 cawan
  • ikan bilis segenggam - cuci & rendam dlm air bersih. Bila dah lembut ramas sampai sedikit hancur.
  • Kubis dihiris nipis
  • Isi jagung dlm 3/4 cawan
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 1/2 sudu teh garam
  • 1 1/2 dudu teh gula
  • Air

Satukan semua bahan dan gaul rata. Masuk air agak2 adunan tak terlalu pekat or cair. Rasa garam.. klu ok sedia utk digorang.

Biasanya aku taruk grated carrot jugak.. tp hari tu stok carrot tak de..


Butter cake

Butter cake yg mak long aku turunkan resepinya!
Requested by hubby last week. Sejak ada oven baru ni & sejak dapur aku dah siap minor renovasi.. hubby asyik le suruh aku masak. Baru2 ni dia mintak buat carrot cake. Barang2 dah beli kat Bake With Yen tp blm sempat nak buat lagi.. maybe besok baru aku buat.

Saturday, November 07, 2009

Dhill's cooking: Nasi minyak & ayam masak merah

Selepas lebih sebulan aku tak masak btl2 (selain mee goreng & mee segera), hari ni terlebih rajin lak masak nasi minyak masa bfast pagi tadi. Aku masak lebih sikit so that boleh mkn for lunch.. tp rupa2nya bukan setakat lunch, sampai dinnerpun cukup.
For nasi minyak:
4 pot kecik beras basmathi (cuci & sukat air dlm rice cooker - then rendam 1/2 jam)
1 biji bawang besar dihiris (kes tak de bwg kecik)
1 inci halia di hiris halus (julienne)
Bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis
Daun pandan
Garam & gula
1 sudu besar pes tomato (optional)
1 sudu besar jus limau nipis
1 1/2 sudu besar minyak sapi
1/2 sudu besar minyak masak.
Cara2:
Tumis bawang dlm minyak sapi+minyak masak sampai kuning, masukkan halia, bunga cengkih, bunga lawang & kulit kayu manis. Bia dah bawang sedikit garing, masukkan ke dalam rice cooker yg dah ada rendaman beras. Masukkan garam, gula, pes tomato, jus limau nipis & daun pandan. Kacau & masak nasi macam biasa.

-Nasi minyak rapheydhillo-

Saturday, October 24, 2009

Masak2: Kuih cara manis

Cara manis ni adik aku buat masa balik teping ogos hari tu (tp rasanya emak yg buat adunan ni).. dulu masa time still sekolah aku rajin gak buat ni. Dah lama btul tak buat.
Adunan kuih ni lebih kurang sama macam buat bingka.. cumanya bingka kena pekat lagi & dicampur dgn gula.
Biasanya tak de le sukat betul2 adunan dia.. main agak2 je. Bahan2:
Telur
Daun pandan yg dimesin dengan santan cair & tapis
Santan pekat
Tepung gandum
garam sikit
Gula utk ditabur atas kuih masa tengah masak dlm acuan.
Cara: Gaul semua bahan kecuali gula sampai sebati.. biasanya lepas tu kena tapis supaya boleh buang mana yg tak sebati/bergentel.
Aku malas bila time nak masak.. klu tak silap dlm setiap acuan ada 7 atau 9 je.. baru je angkat dah ramai yg menunggu.. tak sempat masak yg next punya, yg masak sebelum tu dah selesai kena ngap!

Kuih cara manis!

Makan2 bulan puasa

Ni semua gambar masa awal puasa hari tu.. 30th august 2009, sehari before bDay emak.
*
Hubby tunggu abah amik udang galah kat bot.

*
Ni pulak mud crab .. sgt murah. RM5/kg.. semuanya klu tak silap baru RM13.
*
Ketam berlada

*
Udang yg kecik2 aku buat buttered prawn
*
Kari kepala ikan yg heaven by emak
*
Jantung pisang yg buat aku terliur time2 lapaq pagi ni

Saturday, August 29, 2009

Roti John Home-made


23 ogos 2009: Hari kedua berpuasa aku buat roti john. Gambar kat atas aku tersalah letak roti yg kat sebelah atas tu.. terbalik le pulak. Ni sebab kelam kabut sgt nak amik gambar sebab dah masuk waktu berbuka. BTW, aku tak guna roti yg biasa utk roti john. Aku guna roti putih yg macam roti benggali tu.. beli kat tesco.. seringgit je sebuku.
Untuk campuran telur tu aku tumis bawang putih & bawang besar yg dicincang. Bila dah layu masuk rempah kari dlm 1 sudu besar. Then masuk daging cincang, garam & sikit sos tiram. Bila dah masak angkat & masukkan dlm mangkuk.
Bila nak masak roti tu, masukkan 2 biji telur dlm daging tadi. Pukul.
Panaskan pan & taruk minyak sikit. Masuk campuran telur & daging atas pan. Ratakan agak2 boleh letak 2 keping roti kat atas. Letak roti & biar masak atas api sederhana. Sekejap je dah masak. Boleh angkat.
Kat tengah, aku taruk kobis, carrot (dua2 aku shreded), tomato & timun dihiris dan lettuce. Yg bestnya lettuce ni aku tanam sendiri. Sapu mayonnaise & letak sos cili sikit. Jemput makan!!
***
Hubby suka roti ni, so nampak nya sepanjang puasa aku kena masak benda yg hubby boleh mkn dgn roti ni.. paling senag roti john sgn sup. Hubby memang dah tak sentuh nasi lebih sebulan.. pening kepala gak aku nak pikir masak apa utk berbuka/sahur. Klu dulu aku masak nasi utk berbuka kira sekali utk sahur. Senang le sbb tak payah nak masak 2 kali. This time mmg tak dpt le.. unless aku masak sup utk berbuka.. boleh le dia cicah dgn roti ni masa sahur.
Pernah sekali aku buatkan roti bakar dgn strawberry jam & peanut butter utk hubby for sahur. Mujur tak banyak kerenah.

Mee Bandung Muar Hj Senan

19 ogos 2009: masak mee bandung guna rempah mee bandung Hj Senan yg diberi by my office-mate yg beli masa dia balik Muar.
Aku rebus daging.. bila lembut masuk je rempah tu. Masuk garam sikit then taruk udang. Bila didih masuk sawi & tomato. Lepas u masuk telur. Aku celur mee asing... takut terlebih kembang klu masak sekali. Masuk mee dlm mangkuk & curah kuah kat atas. Jemput makan!
Selain rempah bandung, aku suka beli rempah beriani hj senan.. memang selalu ada stok rempah ni dlm fridge. Selain nasi, boleh guna utk masak daging atau ayam.

Mee Bandung Muar Hj Senan

Mee Rebus

Sunday 16 ogos 2009 : aku masak mee rebus utk lunch masa kat teping.

Hubby enjoying his mee rebus.

Roti canai kampung


16 ogos 2009: Sempat pi breakfast kat stall depat kelinik kesihatan ckt jering masa balik teping trip 2 minngu lepas.
Kat atas ialah roti telur yg sgt best. Rasa mcm nak pi cari sekarang ni.. hubby lak tidoq. Klu pegipun blm tentu bukak. Kat teping ni blm pernah lagi kedai jual roti canai waktu malam selain kedai mamak.
Roti canai kosong.. sgt lembut dan sedap. Tambah pulak minum dgn teh tarik.. lg terangkat. Tapau 8 keping.. tp tak habis sbb dorang dah mkn nasi goreng. Sampai patang still lembut. Aku siap panaskan dan mkn lagi.

Ini hubby punya.. mihun goreng dgn sambal sotong.

Keropok Ikan cap 2 ikan cindai Kemaman Part II




Remember my posting on super sedap keropok ikan that i bought in Kemaman? (please read here http://foodsmania.blogspot.com/2009/07/keropok-ikan-kemaman.html).
Ini le rupa keropok ni bila dah goreng. Tengok gambar ni dah cukup buat aku terliur. Mujur aku ada stok lagi.. tp kat rumah aku le. Sekarang ni aku kat teping.. nanti balik Subang boleh goreng.
Keropok ni tak tebal sgt & tak nipis.. just nice. Klu mkn macam tak boleh berhenti1
BTW, aku tengah menaip dlm gelap ni.. hubby dah tidur, so lampu kena tutup! Asyik le aku salah taip...

Keropok ikan cap 2 ikan cindai from Kemaman.. sgt le best!

Wednesday, August 26, 2009

Food hunting: Medan Ikan Bakar @ Kuala Sungai Baru

On our way back from jb, we decided to have our dinner at Melaka. Hubby suggested for us to have seafood. Aku ckp why not cuba kat Kuala Sg Baru. The place was recommended by my office-mate. Bila aku tanya hubby, is the place far from the hi-way. Dia ckp ok, tak jauh sgt. Masa pegi kira ok lagi walau nyaris nak sesat.. mana taknya bila mlm memang dah tak boleh nak cam jln kat sana. Padahal bertahun tinggal kat melaka & dah berapa kali pegi kuala sg baru tu. Kami exit kat Ayer Keroh and took more than 1/2 hour nak sampai ke sana.

Kat luar medan ikan bakar tu..

we tried to keep simple.. tapi terbabas jugak.
Ini sotong goreng tepung yg best !

pari sambal.

kerang bakar.. hubby expect kerang bakar biasa, sekali datang siap yg ada sambal.. almost semua food bersambal le pulak.

ini pulak ketam berlada.

tak habis .. kami bungkus!
sgt murah.. dlm rm 50 je utk semua..

Food hunting: Selera Johor at Plaza Larkin

We went back to hubby's hometown end of July. If i'm not mistaken the last time we went back was during Chinese New Year.. lama betul rasanya. Aku xcited nak balik jb not only got to see my in-laws but also to have johor's food b4 puasa begin. Since hubby had no programme during that weekend, we agreed to had balik kampung trip. i applied for leave on monday to prolonged our balik kg trip.
After submitting my leave i had chit-chat with my boss and he told me to go to selera johor if i wanted to find johor's specialties. He even drew me a simple map on how to get there!
*
This is Selera Johor. It is adjacent to Plaza Larkin and very near to Larkin Bus Station. The food are heaven.. all stalls are selling johor specialties or food commonly found in Johor. Ada mee bandung, mee rebus, rojak asma etc.

We went there on Saturday (July 25, 09) lepas amik Aish & Ira.
*
Aish digging into his mee rebus while hubby into lai-chi kang.

Hj Kacang pool- my all time favourite!


Rojak Asma - hubby's fav.


Mee bandung - tak ingat sapa punya. Hubby kut?
Tak best sgt kuah dia..
So, lepas ni klu nak makan pegi je kat Selera Johor.

Sunday, August 09, 2009

Pulut durian

I love pulut durian so much.. walaupun berjaya menahan diri dari makan masa kat pasar malam seberang jaya tu.. tp aku excited sangat bila besoknya aku dpt makan masa singgah kat umah emak kat teping..

Pulut durian.. pulut kukus, fresh durian yg sangat yummy.. curah santan yg dicampur sedikit garam.. memang on top of the world betul!!!
Klu musim durian, memang tak miss makan pulut durian.. klu tak percaya boleh check kat sini!

More photos on Pasar Malam Seberang Jaya

Murtabak LEE yg sedap giler ..read my post about it here..

Pulut durian.. nyaris nak pi beli tp aku berya menahan diri. YAHOOO!!!
Laksa buyong..


Cendol for are-ju.. menarik betul..itu yg buat aku pun terbabas pi curik sikit from are-ju!


Tuesday, August 04, 2009

Pasar Malam Seberang Jaya (near Sunway Hotel)

Malam ni baru aku sempat upload those gambar amik masa pegi pasar malam kat Seberang Jaya.
***
Cucur meniram .. klu sebelah selatan panggil kuih denderam.
Ini pulak stall jual laksa buyung..
Deretan petai bergantungan.. liuk-lentuknya sangat menggiurkan!!
Cendol!!!
Buah langsat.
Masa ni memang musim langsat..boleh dpt RM1 sekilo!
Aku nak upload gambaq lagi tp ntah kenapa tak boleh lak!!