Wednesday, January 28, 2009

Food hunting: Popiah Basah Taiping

Adik aku beli this famous popiah masa kat Taiping baru2 ni. Can't get enough of popiah.. mkn macam tak nak berhenti je.
Mmg best.. fillingnya taugeh, sengkuang, udang kering, telur etc.

Dhill's cooking : Cucuq pisang (jemput2)

Aku masak cucuq pisang ni kat Teping masa balik sana during Chinese New Year.
Yg ni aku pakai pisang restali. Belasah je buat sebenarnya. My mom cucuq pisang is still the best.
My version is as follows:
1 kg pisang restali (mesin pakai blender - no water added)
about 350-400 gm tepung gandum (agak2 je sebenarnya)
1 sudu teh baking powder
Gula & garam - optional (which aku tak tarukpun!)
Cara2
- Gaul semua & ready utk digoreng. Mine a bit darker, sengaja sbb nak bagi kering sikit kat dlm.

Dhill's cooking: Ayam masak merah DHILLO I

Dah lama tinggalkan blog ni.. ingatkan bila dah abih study boleh le mengemas dan menghias rumah2 yg dah terabai ni selalu. Tp nampaknya rumah yg satu lagi tu je yg sempat kemas. Lepas ni all food related will be posted here.
Sebagai penguat semangat, ini 1st entri utk tahun 2009.
AYAM MASAK MERAH versi simple sesangat.
1/2 ekor ayam (potong 6, gaul garam-kunyit & goreng)
*3 ulas bawang putih
*3 ulas bawang merah
*1 inci halia
*3 biji buah keras
3 sudu besar cili kering kisar
3 sudu besar cili sos
1 sudu besar sos tiram
1/2 cawan air
garam, gula
1 biji bawang besar (potong bulat)
4 tangkai daun sup (dipotong ikut suka)
-*semua ditumbuk kasar.
cara2:
Tumis bahan tumbuk, bila layu masuk cili kisar. Kacau sampai garing. Masuk air, sos cili, sos tiram, garam & gula. Biar mendidih sikit then masuk ayam. Biar lagi sampai sebati & pekat sikit. Masuk bawang besar. Bila bawang layu sikit, masuk daun sup dan gaul. Tutup api. Siap utk dihidang.

Tuesday, August 07, 2007

mee bandung muar n mee rebus johor

my dinner for tonight .. wholemeal gardenia slice, butterhead lettuce & cherry tomatoes. Sama mcm breakfast pagi tadi. Lunch aku mkn nasi kerabu kukus with hubby. Hubby pilih nasi kukus biasa.. ayam besar sgt, tak habispun mkn.


Ini pulak dinner kami last night. Restoran AJ (anak johor) kat jln lumut, near jln Ipoh. Tgk dlm cuti-cuti famili kat RTM1 the night b4. Kami mkn asam pedas daging n mee bandung. Tak best sgt.. best lagi kat kg baru tu.


Ini pulak masa mkn kat Plaza Damas on 6th August lepas. Pantang tahu kat mana ada jual Johor's food mesti hubby 'tergedik2' nak pi. Kira ok.. better than kat Restoran AJ tu!
Mee rebus n mee bandung muar.

Sunday, August 05, 2007

Citer mkn sebulan


mee bandung n nasi goreng kat small stall di jln solok, tangkak. simple, tapi kedai full house with malays, chinese & indian. harga rm2.50 sepinggan. pukul 3 dah sold out!!!

alip posing sambil tunjuk tahi lalat masa mkn kat famous doli char kuey teow kat teping.



lunch lauk terubuk masak tempoyak kat n9.. kat linggi, aku x ingat nama tempat tu. hubby mkn masak lemak cili api ayam.

*
Hubby's dinner masa aku outstation kat melaka july lepas. Nasi kat rasa ayamas!
*
Dinner kat Secret recipes masa sambut 9th anniversary!!!

black pepper chicken with herb rice, tom yam gung, hi-fibre carrot cheese cake

Friday, June 15, 2007

Mee Banjir Udang Mak Teh, Matang, Taiping, Perak

Biasanya aku klu nak mkn mee udang, mesti kat Sg. Dua, Penang je.. tempat tu je yg aku tau best. Rupa2nya ada satu kedai yg just about 15 minutes drive je dari kampung aku kat Teping tu... yg lebih murah, byk udang n rasapun memang setanding dgn kat Sg. Dua tu!!!

Nama kedai tu Mee Banjir Udang Mak Teh kat Matang. Dah pernah masuk tv n klu googlepun byk review/ post pasal kedai ni..

Klu dari Tol Changkat Jering kena ikut jln lama ke Penang. Sampai kat pekan Simpang ada junction besar ke Taiping (kanan), Penang (terus) & Port Weld aka Kuala Sepetang (kiri). Amik kiri n terus je ikut main road. Nanti akan jumpa tempat sejarah kalau tak silap aku Datuk Maharajalela or Sagor (x ingat), then jumpa masjid Matang sebelah kanan. Terus lagi, then after selekoh ke Port Weld nampak le signage kedai ni kat sebelah kiri. Tapi sebelum kedai Mak Teh ni ada juga sebuah kedai yg jual mee udang jugak.

Ni le gambar2 mee udang kat situ. Ada beberapa pilihan mengikut jumlah udang yg dah ditetapkan. Tak mcm kat Sg. Dua where we have to pick our own udang. Aku order 6 mangkuk mee + 1 dibungkus dgn air sekali baru kena RM50 lebih. Klu kat Sg. Dua mahu dah lebih 100.
Mee Banjir Udang - RM 6 sepinggan - about 15 ekor udang!
Aish & Ira excited tgk udang penuh pinggan. .. but remember "Ada mee di sebalik UDANG!!!"
First time aku n hubby ke sini. Padahal bukannya jauh dari rumah. Lagi pulak itu lah jalan klu nak ke rumah Tok aku dulu.

Aju nak tunjuk mee udang ke.. or nak tanyang lengan!!!
"Asal (apasal) udang Aish 14 je?" Siap kira second time.. tapi bukan lagi banyak, lagi kurang adalah.. mana taknya, sekor jatuh atas tanah.
Seronok le dpt udang ngam-ngam 15 ekor, tapi tak abih makanpun!!!
Depan kedai Mak Teh.
*
From the main road.
Signboard kat tepi jln. Aku mula2 nyaris tak pegi kedai lain sblm kedai Mak Teh ni.
Lagi gambar depan kedai.

Wednesday, May 23, 2007

Food hunting : Nando's

Kitaorang selalu jugak pegi mkn kat nando's. Dulu2 every 2-week. Tapi sekarang dah kurang sikit. Rasanya aku mula mkn kat sana tahun 1998/1999. masa tu kat china town. aku suka its grilled chicken with peri2 sauce (flaming hot of course) + tomato ketchup + garlic sauce. chips, rice n coleslaw pun best. Ok lah, tak mahal sgt.






Mine.. quarter chicken.. flaming hot.. chips and coleslaw.







Hubby tgh cari mood nak mkn (quarter chicken meal - peri2 lemon, rice and coleslaw).





Selection of peri2 sauce - garlic, hot, flaming hot and tomato ketchup.






Monday, May 14, 2007

Food hunting : Larut Matang, Taiping


Ini masa aku n hubby pi mkn kat bawah super Larut & Matang kat teping on Sunday, 29th April 2007. Lama tak makan kat situ. Kitaorang order rojak sotong, mee rebus n popiah. Dulu kat situ ada sorang pak cik india-muslim jual popiah basah n very-the-sedap one. Tapi dah lama tak de. Ada yg kata dia dah balik india.

Tuesday, May 30, 2006

bingka labu

semalam aku masak bingka aka bengkang labu. Sabtu lepas beli 2 biji labu (berat >< 1 kg sebijik), hubby suruh buat kuih. Sunday, hubby kena duty kat kat KLIMS. Aku pun beli ler kelapa nak buat kuih. Sekali bila dah masuk rumah, aku cari labu tak jumpa. Aku call hubby, rupa2nya labu still dlm bonet kereta. Baru semlm dpt buat bengkang tu.

Aku dah lama tak buat bengkang, apa lagi bengkang labu. Tak pernah buat pun. Yang aku selalu buat bengkang tepung + pandan. Tok ajar aku dulu masa zaman sekolah. Tok buat memang sedap. Akupun dah tak ingat sukatan resepi dia. Yg aku tahu ada air pandan, santan, tepung, telur n gula. Tak silap aku : 3 cwn santan+ air pandan, 2 cwn tepung, 2-3 telur, 1 cwn gula.

Semlm aku main masuk je. Tak de nak sukat. Main agak. Mmg elok masaknya. Cuma masa panas lembik sikit. Hubby kata aku letak tepung tak cukup. Aku kata mmg mcm tu, klu byk nanti bila sejuk keras le pulak. Mmg betul, bila sejuk elok pun.

Thursday, January 05, 2006

nasi dal n kari udang

hari ni aku masak nasi dal for breakfast.. makan dgn kari udang yg aku masak mlm semlm. Mula2 hubby suruh aku masak cucur udang. Tp aku ckp, takkan tiap2 nak mkn cucur udang.. at last dia kata, ikut suka akuler nak masak apa. Teringin pulak nak makan kari udang. Aku tak pernah buat pun.. tp tak apa, dah siap potong bawang, halia, kentang n carrot... dah siap kopek udang.. aku still belum decide nak buat cucur ke or nak masak kari.. masak kari le.. dah siap buat kari, aku dok fikir nak makan dgn apa pulak? Nasi putih or roti... aha.. dpt idea nak baut nasi dal. Lebih halia n bawang tu cukup le nak menumis 4 nasi nanti. Aku rendam kacang dal yg still ada sikit dlm fridge. Baru2 ni aku ada beli lagi 1/2 kg dal, tp still simpan kat store.

Wednesday, January 04, 2006

lepat labu

hari Sabtu lepas aku pegi rumah M.Ndak kat Bt. Kentomen. M.ndak bagi aku labu sebijik.. teringat pulak betapa sedapnya makan lepat labu kat RSA Rawang masa singgah kat situ bulan puasa lepas. Masa tu balik cuti nuzul Quran [aku tak cuti sebenarnya.. hubby yg cuti, so aku pun apply ler cuti].. tapi dpt sekeping je, 'coz dah abih.

Petang Ahad aku rebus labu. Mlmnya kami [aku, hubby n are-ju-adik aku] pegi jln raja alang. Beli daun pisang. Aku tak pernah buat lepat labu sebenarnya. Ini 1st time. Tak tahu nak kena rebus ke atau sagat labu tu.. aku main gamble je pi rebus labu tu. Bila aku tgk resepi kat Mesra.net, baru le aku confident sikit. Tapi aku tak ikut exactly resepi tu.. aku tambah 2 cb tepung ubi. Emak yg ajar aku dulu, klu buat lepat pisang taruk tpg ubi sikit. Baru cantik.. Hubby tak kasi taruk. Dia suruh masuk tph gandum je.. tp masa tu aku dah masukkan tpg ubi pun..

Nasib baik jadi. Cantik n sedap jugak. Tp tak manis sgt.. hubby ckp ok..elok le tak manis sgt.