Sunday, February 21, 2010

Masak2: Karipap rangup by dhillo

Hari ni betul2 marathon update blog! Biasale time keje memang tak sempat.. harap weekend je la baru boleh nak update.
Ini gambar2 proses membuat karipap semalam. Made this for hubby's meeting today. Isteri mithali katakan! Chewah!!!

Inti karipap. Biasanya aku buat inti daging but since ada pelbagai bangsa so aku pakai udang this time.
For inti i'm using the following
10 biji kentang (didadu)
bawang putih 4 ulas (dihiris)
Daun kari
cili kisar 1 sudu besar
Rempah kari daging dlm 4-5 sudu besar (main agak2 je)
bawang holland 2 biji (didadu)
Udang dlam semangkuk (dihiris saiz sama macam kentang)
Gula 3 sudu besar
Garam (dlm 1 sudu besar)
Daun sup (dihiris)
Air dlm 1 1/2 cawan
Minyak utk menumis dlm 3 sudu besar
Method
Panaskan minyak dlm pan. Tumis bawang putih & daun kari, masuk cili kisar & kacau sampai garing, then masuk rempah yg dah dibancuh. Tumis sampai pecah minyak. Then masuk kentang & air. Tutup pan dgn cover. Bila dah kentang dah almost masak (& inti dah almost kering) masukkan udang. Kacau sampai udang masak. Maukkan gula & garam. Gaul & masukkan daun sup. Tutup api & sejukkan.
***
Persiapan utk menggentel karipap.
I'll post the ingredients for kulit later.. dah tak larat nak pikir nih!
Adunan utk kulit..termasuk satu yg aku dah canai kat gambar bawah ni, boleh dpt dlm 70-80 ketul, depending on the size of ur karipap!
***

Peralatan yg diperlukan..
***
Sebelum mengelim karipap.. tak pakai acuan tau!
***
Dah siap kelim..
yg 1st batch ni terbesar sikit sbb canai tebal sikit.. so kena stretch kan dia. Tu yg terbesar sikit!

Bila dah siap aku masuk dlm fridge. Klu nak simpan lama boleh le letak dlm freezer. Since aku nak goreng hari ni, aku just letak kat fridge bawah je.
***
Dah siap goreng.. sgt rangup (tp tak le keras).
Memang best.. my all time favourite karipap!!!

4 comments:

ain said...

MESTI SEDAP NI... karipap ni mmg peberet!

rapheydhillo said...

ain,
memang best! ada sikit lagi dlm fridge tu.. demam punya pasal langsung tak de selera nak makan!

nino said...

dhill,
dah lama ai tak buat karipap
tak silap 12 tahun kot
ai nak kopipes resepi yer :)

rapheydhillo said...

nino,
sy pun agak lama tak buat karipap ni.. tp takde le sampai 12 tahun. Ada le dekat2 setahun kut..