Showing posts with label biscuit. Show all posts
Showing posts with label biscuit. Show all posts

Tuesday, September 07, 2010

Projek Biskut Raya

Semalam walaupun penat.. dengan gigihnya aku menyinsing lengan menyiapkan 2 jenis biskut. Dah le kena masak for berbuka, walaupun aku pagi2 lagi dah ckp kat mr. hubby yg aku taknak masak.. tp dia dok suruh jugak aku masak.. simple food pun jadi la.. so berbuka semalam just mihun goreng, karipap & cucur badak sorang seketul.. dgn watermelon juice.

Back to citer biskut.. semalam aku tambah buat tart kelopak. Last weekend dah buat, tp macam sikit je. So, tambah lagi satu adunan. Lepas tu walaupun penat, aku buat lak biskut badam rangup.. recipe from CMG. Nasib baik buat berdua dgn are-ju, cepat le sikit. By 11pm dah siap. Boleh tidur!

Yg tak bestnya aku 1st time lak terbabas sahur.. pagi tadi 5.59 baru tersedar. Gone case le!!! Apa nak buat :-(

nota kaki- harap2 puasa hari ni selamat.. ye la berbuka smlm just mihun sepinggan & kuih 2 ketul je!

Sunday, February 14, 2010

Let's Bake: Biskut Cornflake Thumbprint

Happy Chinese New Year!!!
Sempena CNY hari ni, aku dgn bersemangatnya buat biskut ni pagi tadi. First time buat masa raya hari tu.. since jam nanas byk lagi, akupun buat le biskut ni pagi tadi. Buat 1/2 adunan je.. dapat le dlm 40 ketul. Jadile utk mkn berdua.
Biskut CORNFLAKE THUMBPRINT
Bahan2:
110g mentega
1 sudu besar gula kaster
1 biji kuning telur
1 1/4 cawan tepung
1/2 sudu teh esen vanilla
1/2 cawan cornflake (dikisar - utk disalut pada doh)
Jam nanas
Cara2:
Pukul telur dgn gula agak sedikit kembang. Masukkan telur & esen vanilla, gaul sebati. Masukkan tepung gandum & gaul sehinga tak melekat di tangan. Klu still melekat boleh le tambah tepung sikit.
Bentukkan bulat2 & golekkan atas cornflake kisar. Gunakan jari utk bentukkan lubang bagi mengisi jam. Walaupun biskut ni nama dia thumbprint, aku tak gunakan thumb utk buat lubang tu.. gunakan jari telunjuk (index finger) lagi senang..
Bakar dlm suhu 170C untuk selama 12 minit.

Dapatle sebalang kecik biskut ni!

Sunday, January 03, 2010

Dhill's baking: Lots of Fibre Choc Chip Cookie

I bake this cookie petang tadi lepas mkn cucur bilis. Semalam sgt frust masa makan Famous Amos Choc Chip Pecan Cookie - pada aku biskut tu terlalu manis. Really tak enjoy. Itu yg aku decide buat cookie sendiri.. lagipun byk lagi bahan2 utk baking dlm lemari aku tu..
Bahan2:
Bahan A
250 gm butter
3/4 cawan gula halus
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh coklat emulco
Bahan B (diayak bersama)
1/2 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung jagung
1/4 cawan susu tepung
1/4 cawan serbuk koko
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1//2 sudu teh emplex
Bahan C (digaul bersama bahan B)
1/2 cawan choc chip
1/2 cawan oat
3/4 cawan cornflake (dikisar kasar)
1/2 cawan nestum
1/4 cawan kelapa kering
1/4 cawan badam cincang
Cara2:
Pukul butter & gula sehingga sedikit kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji & pukul. Masukkan esen vanilla & choc emulco. Pukul lagi.
Masukkan ke dalam adunan B & C sedikit demi sedikit - gaul rata.
Sudukan dalam tray yg ditabur sedikit tepung. Bakar dlm pre-heated oven ( 175C utk selama 17 minit).

Dalam tray.
***
Biskut sgt crispy & tak manis sgt. Aku suka!!!

Sunday, June 14, 2009

Dhill's cooking : Chocolate cookies


Terlebih rajin semalam.. pi 'rumah' orang asyik nampak dok buat biskut aku pun teringin jugak nak buat. Kononnya nak cari feel utk buat biskut raya nanti.. so, pagi semalam lepas hubby keluar coach bola aku pun mulale operasi buat biskut.

I don't really follow any recipe, main belasah je (macam bagus...)
The ingredients:
A
250g butter
3/4 cup brown sugar
2 eggs (only take 1 whole egg + 1 egg yolk)
1 teaspoon vanilla essence
1 table spoon susu pekat manis
B
1 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung jagung
1/4 cawan serbuk koko
1 teaspoon emplex
1 teaspoon double action baking powder
1 cawan nestum
1/2 cawan oat segera
1 cawan cornflake (coarsely crushed)
Cara:
Bahan2 B - Ayak tepung gandum, tepung jagung, emplex, baking powder & serbuk koko. Then masukkan bahan2 B yg lain gaul rata.
Bahan2 A- Pukul butter & gula.. bila dah kembang sikit masuk telur & gaul rata.. then masuk vanilla essence & susu. Bila dah rata masuk semua bahan A & gaul. Adunan agak melekit - jangan sampai jadi doh yg biasa utk diterap tu. Scoop dgn sudu atas dulang & bakar dlm suhu 170C for about 10-12 minit or sehingga masak. Bila masak cooki ni memang a bit tricky nak tau dia masak ke tak.. dah le warnanya gelap, klu tunggu sampai garing sure kat bawah dah hangus.. nak tau dah boleh angkat ke tak bila keliling dah agak keras.. walaupun kat tengah still soft, sebenarnya dah boleh angkat.. nanti bila sejuk biskut akan rangup. Klu tak rangup pun jgn risau, masuk je dlm oven & bakar balik.