Showing posts with label durian. Show all posts
Showing posts with label durian. Show all posts

Sunday, August 09, 2009

Pulut durian

I love pulut durian so much.. walaupun berjaya menahan diri dari makan masa kat pasar malam seberang jaya tu.. tp aku excited sangat bila besoknya aku dpt makan masa singgah kat umah emak kat teping..

Pulut durian.. pulut kukus, fresh durian yg sangat yummy.. curah santan yg dicampur sedikit garam.. memang on top of the world betul!!!
Klu musim durian, memang tak miss makan pulut durian.. klu tak percaya boleh check kat sini!

Tuesday, August 04, 2009

Pesta durian

Aku teringin sangat nak mkn durian sekarang ni.. agak2 klu balik teping tengah bulan ni ada durian lagi tak?
BTW, masa pegi utara 2 mingu lepas dapat jugak aku makan durian yg sangatle superb. Yg tak best dorang jamu durian right after lunch.. memand tak fully enjoyed the durians.. sebab perut dah penuh dengan nasik dgn pecal.
***
Durian blm dikopek..
Durian tengak dikopek
Ulas durian yg very-the-very drooling
Memang sgt sedap.. lemak berkrim!!!
BTW, durian ni from kuala kangsar.

Sunday, June 07, 2009

Dhill's cooking: cucur durian

Aktiviti hari minggu..
Pagi lepas solat aku lepak kat bawah, sambil tengok tv aku kasi Ben & Bella makan. Then tak lama hubby turun.. aku ingatkan dia nak amik barang apa, rupanya sambung lepak atas sofa. Then hubby naik atas.. aku lak goreng karipap yg aku buat semalam. Dah lebih 2 minggu hubby minta aku buat karipap, tp baru semalam sempat buat. Tp tak best sangat sbb rempah kari tak cukup. Siap je goreng karipap hubby turun dah siap nak pegi padang. Hubby sekarang sibuk volunteer coach satu team bola. Dia memang ajak aku pegi & initially i've agreed. Tp bila dia turun aku cakap malas le nak pegi.. aku nak lipat baju yg bertimbun tu. Tp dia beriya jugak ajak.. ok lah, boleh jugak aku join jogging.
Balik dah almost 12.. perut lapaq sgt. Are-ju masak nasik, aku buat ayam black pepper & bakar terung utk di cicah dgn sambal belacan yg emak bawak hari tu. Aku dah amik gambar pakai my N73, tp tak boleh upload dlm pc pulak. Aku blm install Nokia pc suite lagi after re-format laptop aku nih.
Lepas lunch aku pengsan tidur. Letih sgt lepas pusing about 15 round padang. Bukan padang bola, padang kecik tepi padang bola! Dan aku lebih byk brisk walking dr jogging!!!!
About 5 hubby ngendeng suruh aku buat cucur durian. Being Perakian, kami mkn durian dlm pelbagai cara. Tempoyak, lempuk, pengat .. itu mmg common. Tapi hardly jumpa org lain yang makan durian dgn nasi atau buat cucur durian. Hubby pun tak pernah mkn sblm kahwin dgn aku. Klu kat kampung aku mmg selalu mkn durian dgn cara yg pelik2 ni. Masa kecik kat rumah Wan aku klu musim durian mmg pagi2 selalu breakfast cucur durian ni.
I'm not really expert buat cucur aka jemput2. But this time jadi ok pulak. Tak measure pun.. main belasah je.
Cara2- Isi durian & tepung gandum sama byk, then campur gula about 1 sudu besar, sikit baking soda (emak aku tak taruh ni).. air sikit (dlm 1 sudu besar). Gaul rata & gorang macam biasa.. klu boleh api sederhana baru dia kembung & pluffy.
Ini hasil gorengan yg pertama. Tak pluffy sgt sebab kuali terlebih panas.
Luar sedikit crispy.. kat dlm gebu lembut.
Gambar ni aku amik with my D60, so boleh le upload dlm laptop..

Sunday, May 17, 2009

Dhill's cooking: Ayam Halia & Nasi goreng daun kesum

Since pokok kesum aku yg emak bawak menjadi je.. aku pun mula la mereka masak guna daun kesum ni. Klu selalunya pakai utk laksa atau asam pedas, kali ni aku bubuh daun kesum dalam ayam halia aku.. hubby ckp sedap..
Simple je..
Kentang (wedges) & goreng..
Isi ayam dipotong nipis2.. letak garam, kunyit & sos tiram.. gaul & tos dgn tepung jagung.. goreng garing
Karot(dihiris panjang)
Daun kesum
Halia (2 inci - julienne)
Bawang besar dihiris
Bawang putih diketuk
Cili padi dihiris nipis
Garam & sos tiram
*
Tumis halia, bawang besar, cili padi & bawang putih.. masuk karot, daun kesum & air. Bila dah didih masuk ayam, kentang, garam & sos tiram (BTW sos tiram kegemaranku punya la mahal sekarang.. dulu boleh dpt RM3.79 sebotol sekarang dah jadi RM5.50!!)...
Gaul & angkat..
*
Ini pulak yg aku masak semalam, kali ni campur udang & ayam..
Utk dinner malam semalam aku masak nasi goreng.. taruk daun kesum gak..
RESEPI Nasi Goreng Daun Kesum Dhillo
Bahan2:
Nasi dlm 3 cawan (utk 3 org)
Daun kesum dlm 3 tangkai
1 sudu besar sos cili
1 1/2 sudu besar sos tiram
Garam
Utk menumis (semua ditumbuk kasar)
Cili padi dlm 10 biji
ikan bilis segenggam
bawang putih 2 ulas
bawang besar 1/2 biji
Cara2:
Tumis bahan tumis sampai garing, masuk sos cili, sos tiram, garam- gaul.
Masuk daun kesum & nasi.. goreng rata & hidangkan.. Memang terangkat!!!
Ini pulak pulut durian masak minggu lepas.. baru ni sempat upload.. buat atas permintaan hubby..