Sunday, February 14, 2010

Let's Bake: Biskut Cornflake Thumbprint

Happy Chinese New Year!!!
Sempena CNY hari ni, aku dgn bersemangatnya buat biskut ni pagi tadi. First time buat masa raya hari tu.. since jam nanas byk lagi, akupun buat le biskut ni pagi tadi. Buat 1/2 adunan je.. dapat le dlm 40 ketul. Jadile utk mkn berdua.
Biskut CORNFLAKE THUMBPRINT
Bahan2:
110g mentega
1 sudu besar gula kaster
1 biji kuning telur
1 1/4 cawan tepung
1/2 sudu teh esen vanilla
1/2 cawan cornflake (dikisar - utk disalut pada doh)
Jam nanas
Cara2:
Pukul telur dgn gula agak sedikit kembang. Masukkan telur & esen vanilla, gaul sebati. Masukkan tepung gandum & gaul sehinga tak melekat di tangan. Klu still melekat boleh le tambah tepung sikit.
Bentukkan bulat2 & golekkan atas cornflake kisar. Gunakan jari utk bentukkan lubang bagi mengisi jam. Walaupun biskut ni nama dia thumbprint, aku tak gunakan thumb utk buat lubang tu.. gunakan jari telunjuk (index finger) lagi senang..
Bakar dlm suhu 170C untuk selama 12 minit.

Dapatle sebalang kecik biskut ni!

No comments: