Sunday, February 21, 2010

Masak2: Karipap rangup by dhillo

Hari ni betul2 marathon update blog! Biasale time keje memang tak sempat.. harap weekend je la baru boleh nak update.
Ini gambar2 proses membuat karipap semalam. Made this for hubby's meeting today. Isteri mithali katakan! Chewah!!!

Inti karipap. Biasanya aku buat inti daging but since ada pelbagai bangsa so aku pakai udang this time.
For inti i'm using the following
10 biji kentang (didadu)
bawang putih 4 ulas (dihiris)
Daun kari
cili kisar 1 sudu besar
Rempah kari daging dlm 4-5 sudu besar (main agak2 je)
bawang holland 2 biji (didadu)
Udang dlam semangkuk (dihiris saiz sama macam kentang)
Gula 3 sudu besar
Garam (dlm 1 sudu besar)
Daun sup (dihiris)
Air dlm 1 1/2 cawan
Minyak utk menumis dlm 3 sudu besar
Method
Panaskan minyak dlm pan. Tumis bawang putih & daun kari, masuk cili kisar & kacau sampai garing, then masuk rempah yg dah dibancuh. Tumis sampai pecah minyak. Then masuk kentang & air. Tutup pan dgn cover. Bila dah kentang dah almost masak (& inti dah almost kering) masukkan udang. Kacau sampai udang masak. Maukkan gula & garam. Gaul & masukkan daun sup. Tutup api & sejukkan.
***
Persiapan utk menggentel karipap.
I'll post the ingredients for kulit later.. dah tak larat nak pikir nih!
Adunan utk kulit..termasuk satu yg aku dah canai kat gambar bawah ni, boleh dpt dlm 70-80 ketul, depending on the size of ur karipap!
***

Peralatan yg diperlukan..
***
Sebelum mengelim karipap.. tak pakai acuan tau!
***
Dah siap kelim..
yg 1st batch ni terbesar sikit sbb canai tebal sikit.. so kena stretch kan dia. Tu yg terbesar sikit!

Bila dah siap aku masuk dlm fridge. Klu nak simpan lama boleh le letak dlm freezer. Since aku nak goreng hari ni, aku just letak kat fridge bawah je.
***
Dah siap goreng.. sgt rangup (tp tak le keras).
Memang best.. my all time favourite karipap!!!

Udang kering buatan sendiri (homemade dried shrimp)

This udang kering made by my mum.. thanx emak for making this wonderful udang kering for me. Aju bawak masa dia balik ke Taiping masa cuti CNY last week.
Aku rasa ramai yg dah tengok gambar2 udang kering yg tengah dijemur kat Kuala Gula. Memang tak lalu nak mkn klu tengok gambar tu. Dah le jemur kat tepi jln dgn lapik plastik hitam, then ada anjing dok jln kat situ.. siap kencing-berak pun kat area situ gak. Meloyakan! Klu org lain tengok gambar je.. aku pernah tengok sendiri masa our 1st fishing trip kat situ!
Sbb tu aku still prefer yg homemade.. not by me lar.. by my emak!!
Still belum asingkan kepala
***
Udang ni beli direct from nelayan kat Port Weld aka Kuala Sepetang. Aku tak sure berapa.. rasanya tak sampai RM5 sekilo. Sgt murah sebab klu kat luar boleh sampai RM11 sekilo.. ini udang yg ditangkap, bukan yg bela kaler gelap tu. Sgt manis & sedap especially klu buat cucur udang atau mee rebus favourite aku tu. Sebab tu Port Weld sgt terkenal dgn mee udang. Pernah pi makan Mee Banjir Udang Mak Teh kat Kuala Sepetang tak? Read here
Dah asingkan kepala
***
pagi semalam emak call suruh aku jemur lagi udang tu sbb hari tu jemur sat ja.. emak suruh aku goncangkan plastik udang tu utk leraikan kepala udang. Semua gambar kat sini dah lepas aku jemur. Jemur tak sampai 2 jam dah kering sbb cuaca memang elok panas terik semalam.


Kepala udang.. jgn buang. Sedap klu buat mee rebus.
***
Dah siap masuk dlm bekas. Satu udang yg diasingkan kepala.. sedap klu masuk dlm nasi goreng.. Satu tu kepala & segala serdak yg halus2 tu!
***
Aku tak sure macam mana emak aku buat before jemur udang ni.. but according to aju emak gaul dgn garam then masuk dlm kuali. Masak sikit sampai keluar air udang tu sikit.. jgn lama2 sgt. Then boleh jemur.
Sgt best & terjamin bersih.
No preservative & additive except garam!

Masak2: Sambal Tumis Udang

Teringin betul nak makan sambal udang after reading K.zu's posting. I made this for our dinner on 16/2/2020. Sblm tu dok terbau sambal tumis yg dimasak by jiran kitaorang. Hubby ckp "bestnya bau!". Aku tanya nak ke klu buat sambal tumis udang? Dia ckp ok. Tu yg jadi sambal udang tuh!
Bahan2:
Udang
Bawang besar sebiji ( aku pakai bawang holland - didadu)
Cili kisar
Air asam jawa
Sos cili
Belacan (optional - biasanya aku tak letak, tp macam best lak klu letak belacan siam given by my adik)
Garam
Cara2:
Tumis bawang besar sampai layu. Masukkan cili kisar & tumis sampai pecah minyak. Then masuk air asam jawa, belacan (dibancuh dgn air sikit), sos cili. Biar didih sikit & masukkan udang. Bila udang dah masak baru masuk garam. Angkat.
***
Memang best sambal ni tp pedas sgt.. cili kering ni memang terover pedas. Berasap telinga! Tapi mkn tetap bertambah.
***
For sayur, very simple. Aku blanch sweet pea, carror & tomato. Toast dgn minyak sawit premium yg kaler oren tu & garam.

Masak2: Kuey teow goreng

Goreng kuey teow for breakfast during CNY holiday bebaru ni..
Tak berseri sgt sbb tak de sayur hijau. Just guna apa yg ada dlm fridge je.. yet taste still great!

Masak2: Ayam goreng dgn lada hitam

Ayam lada hitam makan dgn bubur nasi..
Simple je buat dia. Isi ayam yg di hiris kecik2 then gaul dgn lada hitam & jintan yg dikisar, sos tiram & garam. Goreng sampai almost garing.

Masak2: Bubur nasi aka Moi

Moi for our late lunch on 15/2/2020.
Very simple to cook and yet so yummy!
Ingredients:
Beras
Air
Santan
Lada hitam & jintan manis (ditumbuk)
Karot
Halia
Serai (dititik)
Garam
Serbuk pati bilis (optional)
Daun sup utk ditabur masa menghidang
Masak semua dlm periuk sampai jadi bubur..
Aku mkn dgn bilis goreng bercili & ayam lada hitam (takde dlm gambar)

Saturday, February 20, 2010

Foodhunting: Restoran Tarbush, Ampang Point

Sabtu last week time org sibuk nak sambut CNY, aku pulak terpaksa ikut hubby pi kerja. Dia nak kena pi KL sekejap je... itu yg sibuk ajak aku teman dia. Aku sebenarnya dok plan nak stay kat rumah je.. takde mood nak jenjalan. Tp ikut le jugak.. tak pepasal lunch kat Tarbush ni. Actually late lunch.. dah pukul 2.30pm masa tu.
Ini our 1st visit ke sini.. lama gak tebelek2 menu dia. Tatau nak amik apa. Klu ikut plan aku nak mkn yg light2 je.. tp akhirnya terbabas lak.
***
On the Menu



***
Terbabas sampai dua2 order beriani..

***
beriani ayam utk aku
Pd aku nasi agak berempah & gravy tu agak masin. Ayam half bird. Sgt le byk utk aku. Klu tau amik satu je share dgn hubby. Masa order taknak check betul2!
***
Lamb Beriani for hubby.
Sama gak gravy agak masin!


**
Overall, we still prefer Saba' Resataurant kat Cyberjaya tu. Nasi lebih light, tak berempah sgt & lagi sedap. Cumanya lauk kat situ agak dry without gravy except dia punya sauce.
Harga kat Tarbush ni pun lebih mahal klu nak banding dgn kat Saba'.

Masak2: Lontong goreng

Masak for dinner on 12 Feb 2010. Actually tak tau nak masak apa hari tu.. bukak fridge tengok ada 4 ketul nasi impit, so dr membazir baik le aku buat something utk ngabihkan dia.. and end-up jadi le lontong goreng. Tp tak de le macam yg aku pernah tengok kat tv tu. Mine is very simple & gunakan bahan2 yg ada kat umah je.
Aku pun dah ingat2 lupa apa yg aku letak dlm lontong ni. Klu tak silap aku guna bahan as below:
mini nasi impit 4 bungkus (potong kecik2)
Kentang (dihiris & goreng)
bawang putih cincang
bawang besar dihiris
cili kisar dlm 1 sudu besar
daging cincang
karot (hiris memanjang)
kubis (hiris)
suhun (direndam)
sos tiram
sos cili
kicap
Telur 1 biji
garam
Minyak utk menumis
Cara2:
Tumis bawang putih & bawang besar sampai wangi. Masukkan cili kisar & kacau lagi sampai sedikit garing. Masukkan daging cincang, kacau sampai daging sedkit kering. Masukkan karot, kubis, nasi impit, suhun, ketang goreng, sos tiram, sos cili & kicap. Gaul sampai sebati. Buat lubang kat tengah & masukkan telur. Scramble telur tu & gaul rata. Masukkan garam klu perlu. Boleh le dihidangkan!

Sunday, February 14, 2010

Masak2: Ayam panggang dgn coleslaw

For our dinner tonight.
Dah byk kali buat..



Let's bake: Butter lemon cake with orange nibs & dried aprikot topped with almond nib

Butter cake for CNY cum valentine day celebration.
Aku buat kek lepas habis je bakar biskut cornflake thumbprint pagi tadi.
Actually, hubby request aku buat kek.. tp dia tak ckp pulak kek apa. So, aku belasah je buat butter cake. Dah pukul butter & gula, tetiba terpikir nak letak kulit limau & aprikot. Then terpikir lak nak tabur dgn badam. Masa bukak fridge terus amik lemon yg dah lama dlm fridge.. aku sagat kulit lemon sikit & jugak amik jus dlm 1 sudu teh. So, semuanya spontaneous..
KEK BUTTER LEMON DGN KULIT LIMAU & APRIKOT, DITABUR DGN BADAM
Bahan2:
1 cawan butter (suhu bilik)
1/2 cawan gula kaster
3 biji telur
1 sudu teh jus lemon
1/2 sudu teh esen vanilla
1/4 cawan susu pekat + 1/4 cawan air
2 cawan tepung naik sendiri
1/2 sudu teh baking powder
1/4 cawan campuran kulit limau & aprikot kering yg dicincang
1 sudu teh parutan kulit lemon
(Tepung & baking powder diayak & gaul dgn bahan2 lain)
Cara2:
Pukul butter dgn gula sampai kembang
Masukkan telur sebiji demi sebijik .. pukul lagi
masukkan esen vanilla & jus lemon.. gaul.
Masukkan campuran tepung & gaul. Last sekali masukkan susu & air. Gaul sebati.
Masukkan dlm loyang yg dah disapu dgn butter dan di tabur tepung.
Tabur almond nib atas adunan.
Bakar dlm oven yg dah dipanaskan pada suhu 170C utk selama 35-40 minit.
Hasilnya sgt best.. lembut gebu sangat. Boleh try lagi lepas ni!!

Let's Bake: Biskut Cornflake Thumbprint

Happy Chinese New Year!!!
Sempena CNY hari ni, aku dgn bersemangatnya buat biskut ni pagi tadi. First time buat masa raya hari tu.. since jam nanas byk lagi, akupun buat le biskut ni pagi tadi. Buat 1/2 adunan je.. dapat le dlm 40 ketul. Jadile utk mkn berdua.
Biskut CORNFLAKE THUMBPRINT
Bahan2:
110g mentega
1 sudu besar gula kaster
1 biji kuning telur
1 1/4 cawan tepung
1/2 sudu teh esen vanilla
1/2 cawan cornflake (dikisar - utk disalut pada doh)
Jam nanas
Cara2:
Pukul telur dgn gula agak sedikit kembang. Masukkan telur & esen vanilla, gaul sebati. Masukkan tepung gandum & gaul sehinga tak melekat di tangan. Klu still melekat boleh le tambah tepung sikit.
Bentukkan bulat2 & golekkan atas cornflake kisar. Gunakan jari utk bentukkan lubang bagi mengisi jam. Walaupun biskut ni nama dia thumbprint, aku tak gunakan thumb utk buat lubang tu.. gunakan jari telunjuk (index finger) lagi senang..
Bakar dlm suhu 170C untuk selama 12 minit.

Dapatle sebalang kecik biskut ni!

Masak2: Lempeng kelapa aka tempek nyiok dan sambal sardin


Sabtu 6 Feb 2010 ...
Dah lama tak makan tempek nyiok (lempeng kelapa).. lama sesangat! Since kelapa ada dlm fridge, aku pun bancuh le tepung utk buat tempek ni..

Bahan2 sgt simple:
Tepung gandum about 1 1/2 cawan
Kelapa parut dlm 1/2 cawan
Garam
Susu cair dlm 1/4 cawan (optional)
Air
Bancuh adunan & masak atas kuali rata
Aku makan tempek ni dgn sambal sardin yg simple je..

Wednesday, February 10, 2010

Foodhunting: Rojak Mamak, Mee Rebus & Cendol di AU2

Dah lama tak pi sini... stall kat Petronas AU2, Keramat. Stall ni lebih-kurang opposite kilang Pernec. Memang along jln kat tepi stesyen Petronas kat situ.
***
Cendol yg best jual by org Perak.
Ini pulak rojak mamak (made by Melayu!) yg marvelous kat gerai yg sama.. jarang jumpa Melayu yg jual rojak setanding rojak mamak.
Kat sebelah gerai dia ada pulak jual mee rebus yg jugak sgt best!!!

Saturday, February 06, 2010

Foodhunting: Restoran Ulam Desa, Bukit Jelutong, Shah Alam

Lately kerap pulak kitaorang pi makan kat Restoran Ulam Desa ni. Rasanya 3 kali dlm tempoh tak sampai 2 minggu. Lepas keje pi singgah sini b4 balik rumah. Memang satu jln nak ke rumah..
***
Our favourite bila pi mkn luar..limau kosong suam (kat sini dorang pakai lemon) & teh kosong. Dua2 tak de gula.
***
Mihun goreng & kuey teow goreng.. RM3.50 sepinggan

Cantik je hidang dlm pinggan square ni.. harga sgt reasonable.. tu yg selalu je singgah ;)
***
Lama dulu kami pernah dtg sini sekali.. masa tu order thai food.. tak best sgt. Lepas tu tak de dtg lagi. Yg aku ingat kek karot kat situ best. Harga beru RM4 sekeping.. besar gak portion kek tu. Tp sekarang dah tak nampak le pulak.
Sekarang ni rasa masakan dia best & konsisten. Tp tatau le tomyam rasa camne.. tak pernah order lagi. Pernah nampak tukang masak kat situ.. macam qualified chef je..
***
Besides ala-carte, ada jugak nasi campur, laksa, sate kajang.. pagi pulak ada roti canai, tp tak pernah rasa lagi.
Overall, memang berbaloi mkn kat sini.. murah & sedap!

Foodhunting: Nasi Briyani Gam An Nur, Kg Baru

27 Jan 2010 kami pi makan Nasi Briyani kat kedai ni Kg. Baru. Dah lama tak mkn kat sini sebenarnya.
Nasi seperti biasa best, tp frust sgt dengan kakak yg amik order kitaorang.. sgt rude. Amik order dgn muka yg masam.. macam tengah marah je.
****
Kami jugak order mihun bandung muar.. tp malangnya tak sanggup nak makan, nak sentuhpun tak de hati. Geram sgt sebab kakak yg hantar mihun ni boleh letak pinggan kasar sgt.. macam menghempas atas meja. Dgn muka masam & tak hormat langsung kat org. Hubby diam je... dua2 tengok je mihun tu. Then hubby terus bangun masuk kereta. Aku pi bayar & balik :(

Tuesday, February 02, 2010

Dhill's cooking: Banana & P'nut butter sandwich

I first learnt about this sandwich from Wilma 'the actress' who shared this similar sandwich in URTV long-long time ago. Masa tu dia tengah hangat with Ghazal utk Rabiah. Lepas tu aku tengok Nigella Lawson pun buat similar recipe. The different, Wilma is more healthy.. tak pakai butter or peanut butter. Just pisang, wholemeal bread, nuts & honey. Semuanya sandwichkan dlm roti and mkn macam tu je.
Nigella pulak mash kan pisang tu. Then letak atas roti yg dah disapu peanut butter. Sandwichkan dan bakar atas pan yg dah disapu butter. Aku suka !!!
gambar tak cantik sebab pakai phone camera... kes malas nak amik digital camera kat atas!!!
***
Sandwich ni paling simple & cepat. Aku guna pisang berangan yg aku beli kat Mydin bukit jelutong masa beli lala for my marinara. Buat ni sementara nak menunggu hubby utki mkn dinner.