Sunday, January 03, 2010

Masak2: Cucur bilis & sayur


Hari ni terlebih rajin lak.. walaupun tinggal berdua je dgn hubby, rajin lak buat cucur bilis utk minum petang.
Bahan2:
1 1/4 cawan tepung gandum
1 biji Carrot saiz sederhana - diparut kasar
1 biji kentang - diparut kasar atau didadu
1/2 labu bawang bombay di dadu
daun sup - di cincang
ikan bilis ( cuci & rendam - then ramas utk hancurkan sedikit sblm di gaul dgn adunan lain)
1 sudu besar cili kisar
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh gula
1/2 sudu teh garam (ikut keperluan)
sedikit serbuk pati ikan bilis (optional)
Air
Cara2:
Campur semua bahan kecuali tepung & garam. Gaul rata. Masukkan tepung dan sedikit air. Gaul & masukkan air sedikit demi sedikit. Masukkan garam. Adunan jgn terlalu cair. Boleh mula menggoreng.
Nota:
  1. Jika byk sayur yg digunakan (especially kobis), adunan mestilah tidak terlalu cair. Sayur akan mengeluarkan jus terutama ketika menggoreng. Ini boleh menyebabkan cucur berminyak.
  2. Kurangkan garam dalam adunan kerana ikan bilis sudah mengandungi garam. Sama jugak klu menggunakan pati ikan bilis.

No comments: