Wednesday, January 13, 2010

Food hunting: Kopitiam Cempaka Sari, Bandar Puchong Jaya

Update (18/01/2010)
baru sempat nak kasi review on Cempaka Sari Kopitiam.
aku & hubby pegi sana masa lunch break last week. Aku pi TM point kat Puchong Jaya, so lepas tu dok cari2 tempat lunch yg boleh makan before masuk opis balik. Then nampak nando's kat IOI mall (block baru tu yg extended from old building).. Masa nak pusing cari parking kat block yg sebaris dgn IOI mall tu ternampak le pulak this new kopitiam..
kat luar nampak signage CEMPAKA SARI KOPITIAM.. citarasa Pantai Timur. So tak jadi nando's, kita pi kopitiam lak..
Bila masuk kopitiam ni nampak ada pekerja je.. pelanggan sorang pun tak de. Padahal masa tu lunch hour.. tak sedap ke food kat sini?
**
Kat sini ada macam2!!
Aku order nasi putih dgn sup tulang
*
Ni set nasi.. siap sambal, telur asin & sayur kubis. Nasi tu rasanya nasi kukus kut, sama mcm my dear hubby punya. Aku suka!!
Yg ni pulak sup tulang.. suka sebab banyak, boleh share 2 orang. Then memang sedap sup dia.. berempah tapi tak terlalu kuat.. sgt best!!
***
For hubby, nasi kukus with ayam rempah.
-Nasi kukus, jelatah & sambal belacan. Ayam not so fresh, rasanya dorang re-heat je ni..
***
Aku order jantung pisang .. 50sen je semua ni. Byk lagi ulam lain on the menu.. boleh pilih mkn macam2 klu suka!
***
Suasana kopitiam yg lengang.. pekerja lagi ramai dr pelanggan :(

***
On the menu.. macam2 ADA!
Pilihan Nasi
Nasi Sup & Roti

For Breakfast & afternoon Tea
***
Overall, konsep sangat bagus. Harga sangat berpatutan. Food presentation menarik. Tp ayam goreng rempah tu kena kasi fresh lagi- jgn re-cycle.
Tempat agak terlindung dari mainroad.. so maybe bcoz of that kut tak de org datang. Sayang klu berterusan macam ni.. nanti tak boleh survive. Klu dah kena tutup macam mana lak aku nak pi lagi ;)
Tempat ni actually kat building baru bersebelahan dengan IOI Mall, Puchong. Klu nak pi sana tak payah masuk IOI tu, park je kat luar before parking IOI.
Alamat:
G-13, Jalan Merbah 1, Bandar Puchong Jaya,
47170 Puchong, Selangor

3 comments:

Jun said...

wahhh dhill sedapnyer makan2 kat luar..restoren zul yahya tu sedap ek? selalu pegi area tu sbb g bagus..tp x pernah mkn kt situ, hehe

imMa ~vOguE```~~~ said...

Mesti sedap nasi kukus tu kan??? xtahan...

rapheydhillo said...

Jun,
Mee ketam tu best le jugak.. lain dari mee rebus biasa. Tp klu makan banyak2 boleh kembang tekak dibuatnya sbb banyak starch utk pekatkan kuah ;).

ImmaVogue,
Ayam utk nasi kukus tu tak berapa fresh.. tp sup memang saya suka. Nanti saya post review yek!