Semalam (Jumaat 01.01.2010) plan nak makan kat cyberjaya for early lunch.. tp restoran yg kita nak pegi still blm bukak. So pi le ke Medan Selera kat Presint 8 Putrajaya. Aku & hubby memang le buta jln2 kat sana.. main redah je. Tatau short-cut so mmg ikut signage je.. punya le jauh kitaorang pusing. Padahal aku rasa tempat tu mmg dekat je dgn cyberjaya. At last sampai gak before 12.
***
Lapaq gila masa tu coz still blm bfast. Aku actually tak ingat apa yg office-mate aku cakap specialty kat situ.. So bila nampak kedai nasi ayam baru le ingat yg nasi ayam kat sini best. Aku suruh hubby order yg ligh2 je.. coz petang nanti nak pi cyberjaya lak mkn kat restoran yg kami pi earlier.
Hubby order nasi ayam & bihun sup utara style.. then dia tanya nak cucur udang tak? Oo baru aku ingat according to my Office-mate, cucur udang kat sini memang special. Hubby siap minta 2, aku ckp 1 set cukup. Nanti tak terabih lak..
***
So ini le set cucur udang .. serves with kuah kacang yg tak de dlm gambar. Telur rebus tu tak fresh sgt so aku mkn sikit je. Cucur udang & kuah kacang best. Tauhu mcm masam sikit tp still ok.
Aku suruh hubby order teh ais kurang manis, dia pi order teh tarik.. mujur tak manis sgt. Best jugak sbb lama tak pekena TT!
No comments:
Post a Comment