Sunday, June 07, 2009

Food hunting: Nasi Goreng Udang @ Ipoh Railway Station

Aku bersekolah di Ipoh dulu. Dari Form 1 sampai Form 3 kat Sek Men Raja Chulan, Jalan Dairy. Klu mengadap ke main road, sebelah kiri Maktab Perguruan (aku tak ingat apa nama maktab tu), depan RTM Ipoh, selebihnya dikelilingi Politeknik Ungku Omar (PUO). Sekolah tu jugak berdekatan dgn Sek Tunku Abdul Rahman (STAR), Sek. Teknik & Sek Men Agama Izzudin. Dah lama aku tak ke situ. Ke Ipoh pun jarang. Dulu kalau outing selalu pegi TC (Taman Cempaka). Teringat kuey teow goreng dgn sambal bilis kat situ yg best.
Teringat jugak masa Cikgu Sabri dan Jamal Abdillah berlari merentas padang kat RTM Ipoh sambil berpelukan macam saudara kandung yg baru bertemu lepas bertahun terpisah! Masa tu Jamal baru je lepas dr pusat tahanan.
Lagi satu bila Ellina (duet partner Anuar Zain) dtg kat hostel masa lepas interview session kat RTM.
Hari Ahad aku selalu pegi beli mee segera rebus kat gerai sebelah pagar RTM (berdepan pagar sekolah aku). Klu tak pun beli banjo yg letak cili boh pedas!
Kengkadang klu outing ada jugak aku ke pekan Ipoh.. paling kerap aku ke Ipoh Kinta atau Cresendo. Aku dah lupa satu lagi supermarket yg aku selalu pegi.. masa tu tak de Ipoh Parade .. apa lagi Tesco atau Jusco. Greentown Mall pun ada bila aku dah pindah sekolah kat Taiping.
Jumaat lepas pagi aku antar family balik kampung. Petang aku terpaksa balik kl sbb hubby ada game on Saturday. On the way back aku ajak hubby singgah Ipoh... nak makan nasi goreng udang kat railway station.
Bila sampai tengok tempat tu penuh dgn kereta je.. tak de gerai pun. Dulu seingat aku klu mengadap station tu kat sebelah kiri ada deretan gerai & kat depan station ada org berjualan. Aku tunggu & tinjau sekeliling.. macam takde tanda2 ada kawasan gerai. Aku decide pegi tanya org yg ada kat ditu.. dia cakap gerai dah pindah kat sebelah BSN. So kami ke sana. Aku cuma pernah mkn sekali je kat sini.. so tatau gerai yg mana satu. Byk gerai tapi yg bukak 3-4 buah je.. at last decide mkn kat gerai paling tepi..

Hubby order kerang rebus..

dengan sotong kangkung..
Ini nasi goreng udang..
Nasi ni biasa je.. boleh tahan. Udang mmg obvious lebih byk klu nak compare dengan masa makan kat Padang Kota last month.
So.. tertunai jugak hajat nak ke Ipoh kali ni!!!

9 comments:

nino mok said...

maktab perguruan kat sebelah sek raja chulan tu dah lebih 10 tahon tutup. tak silap semua transfer ke maktab perguruan kinta kat ulu kinta.
masa tu shopping complex yg ada super kinta dan yik foong belakang superkinta. superkinta dah lama tutop selepas ada ipoh parade, jj, makro (pun dah tutop)dan tesco.
kat ipoh ni tu je shoping complx yang ado.
dan gerai kat tepi railway tu pun dah lebih 5 6 tahon pindah kat sebelah bsn.
kalo datang ipoh memang mati akal taktahu nak pegi mane. takde tempat yang menarik.

rapheydhillo said...

ooo banyak yg dah tutup ke..punya le lama tak pegi jln2 kat ipoh ni. Mmg klu nak cari mkn memang tatau nak pegi mana..

Jun said...

dhill..masa jun dok ipoh dulu x pernah tau pon ada tempat mkn tu n nasi goreng udang? mak oiii..byk tul udang dia..sedap ye? nnti nk p ipoh cr lah..

rapheydhillo said...

Jun,
maybe famous kat org yg dok luar ipoh kut? BTW, jgn terlebih expectation tu.. sbb tak le extraordinary nasi goreng udang tu.. cuma klu dah ke ipoh nak le jugak cuba..

jalita said...
This comment has been removed by the author.
jalita said...

you batch tahun berapa kt src... saya ex stu src gak.....


p/s saya le yg buat maggi n benjo tu... anak wak roger.

rapheydhillo said...

saya kat src dr form 1 sampai form 3 je..dr '85 sampai '87. Lepas tu balik teping. U pulak tahun bila?

jalita said...

saya 83-87 spm 87.... kami ada almuni src batch 83-87 joint saya kt face book... nama saya faiz zanny

rapheydhillo said...

kengakawan saya semua tatau kat mana dah. Teringin jugak nak jumpa dorang. Nnt sy join fb.. tq