Sunday, May 17, 2009

Dhill's cooking: Ayam Halia & Nasi goreng daun kesum

Since pokok kesum aku yg emak bawak menjadi je.. aku pun mula la mereka masak guna daun kesum ni. Klu selalunya pakai utk laksa atau asam pedas, kali ni aku bubuh daun kesum dalam ayam halia aku.. hubby ckp sedap..
Simple je..
Kentang (wedges) & goreng..
Isi ayam dipotong nipis2.. letak garam, kunyit & sos tiram.. gaul & tos dgn tepung jagung.. goreng garing
Karot(dihiris panjang)
Daun kesum
Halia (2 inci - julienne)
Bawang besar dihiris
Bawang putih diketuk
Cili padi dihiris nipis
Garam & sos tiram
*
Tumis halia, bawang besar, cili padi & bawang putih.. masuk karot, daun kesum & air. Bila dah didih masuk ayam, kentang, garam & sos tiram (BTW sos tiram kegemaranku punya la mahal sekarang.. dulu boleh dpt RM3.79 sebotol sekarang dah jadi RM5.50!!)...
Gaul & angkat..
*
Ini pulak yg aku masak semalam, kali ni campur udang & ayam..
Utk dinner malam semalam aku masak nasi goreng.. taruk daun kesum gak..
RESEPI Nasi Goreng Daun Kesum Dhillo
Bahan2:
Nasi dlm 3 cawan (utk 3 org)
Daun kesum dlm 3 tangkai
1 sudu besar sos cili
1 1/2 sudu besar sos tiram
Garam
Utk menumis (semua ditumbuk kasar)
Cili padi dlm 10 biji
ikan bilis segenggam
bawang putih 2 ulas
bawang besar 1/2 biji
Cara2:
Tumis bahan tumis sampai garing, masuk sos cili, sos tiram, garam- gaul.
Masuk daun kesum & nasi.. goreng rata & hidangkan.. Memang terangkat!!!
Ini pulak pulut durian masak minggu lepas.. baru ni sempat upload.. buat atas permintaan hubby..

4 comments:

nestumrasberi said...

semua sedap2 belaka
terliur la pulak

rapheydhillo said...

nestum,
masak ikut mood.. itupun hubby mintak buat lagi.

Zue Murphy said...

Nasi goreng mix in with daun kesum taste good. My grandmother like to cook it that way too.

rapheydhillo said...

k.zu,
selain daun kesum, letak bunga kantan & serai pun best jugak. Kengkadang klu ada kacang botor, selom or pegaga, saya hiris halus2 & masuk dlm nasi goreng.. cili padi kena lebih sikit, mesti terangkat!!