Sunday, June 21, 2009

Dhill's cooking: Masak lemak cili api udang with daun kesum

Dah lama tak buat udang masak lemak.. semalam masa ke Giant aku replenish stock santan. So dpt le hari ni aku masak something different dari selalu. Biasanya masak sambal or kicap dgn lada hitam. Masa tkat Teping, aku suka masak lemak ikan yang emak buat.. rasa pedas, lemak & masam memang kena dengan tekak aku. Lagi best klu ada belimbing buluh. Utk hari ni aku guna je bahan2 yg ada kat rumah termasuk le daun kesum aku yg subur kat dalam pasu tu.
Bahan2 for my masak lemak udang:
Udang - sederhana dlm 20 ekor
Santan (aku guna santan kotak lebih kurang 1/2)
5 biji cili padi (klu ikut aku nak taruk lebih--tp hubby tak suka pedas sgt)
Tomato besar 1 biji (potong wedges)
Serbuk kunyit 1 sudu teh (aku takde stok kunyit hidup)
Daun kesum 4 tangkai
Daun kunyit 1 helai.
Air asam jawa (or asam gelugor aka asam keping)
Air 1/2 cawan
Garam
Cara2: Masuk semua dlm periuk, kacau perlahan2 sampai mendidih..
***
Aku tak guna bawang .. kawan aku ckp klu taruk bawang rasa dia lari (tak tau la lari ke mana lak..). Dia org nogori yg memang terkenal dgn masak lemak cili api, so memang sejak aku kenal dia, aku tak taruk bawang dlm masak lemak cili api aku lagi.. dan rasa memang lagi best!!!

4 comments:

nestumrasberi said...

selalunya masak lemak cili api ikan boh daun kesum
mmmm masak lemak udang pun boleh boh daun kesum yer...mesti try ni

rapheydhillo said...

nestum,
i belasah je masak.. ikut apa yg ada kat rumah. For me daun kesum memang sangat ok utk masak lemak.. tak kira le guna ikan or udang.

Zue Murphy said...

Ah! This dish looks delicious. I like shrimp in coconut milk. But have never try it with daun kesum.

rapheydhillo said...

k.zu,
klu letak bunga kantan lagi best.