Sunday, June 07, 2009

Dhill's cooking: cucur durian

Aktiviti hari minggu..
Pagi lepas solat aku lepak kat bawah, sambil tengok tv aku kasi Ben & Bella makan. Then tak lama hubby turun.. aku ingatkan dia nak amik barang apa, rupanya sambung lepak atas sofa. Then hubby naik atas.. aku lak goreng karipap yg aku buat semalam. Dah lebih 2 minggu hubby minta aku buat karipap, tp baru semalam sempat buat. Tp tak best sangat sbb rempah kari tak cukup. Siap je goreng karipap hubby turun dah siap nak pegi padang. Hubby sekarang sibuk volunteer coach satu team bola. Dia memang ajak aku pegi & initially i've agreed. Tp bila dia turun aku cakap malas le nak pegi.. aku nak lipat baju yg bertimbun tu. Tp dia beriya jugak ajak.. ok lah, boleh jugak aku join jogging.
Balik dah almost 12.. perut lapaq sgt. Are-ju masak nasik, aku buat ayam black pepper & bakar terung utk di cicah dgn sambal belacan yg emak bawak hari tu. Aku dah amik gambar pakai my N73, tp tak boleh upload dlm pc pulak. Aku blm install Nokia pc suite lagi after re-format laptop aku nih.
Lepas lunch aku pengsan tidur. Letih sgt lepas pusing about 15 round padang. Bukan padang bola, padang kecik tepi padang bola! Dan aku lebih byk brisk walking dr jogging!!!!
About 5 hubby ngendeng suruh aku buat cucur durian. Being Perakian, kami mkn durian dlm pelbagai cara. Tempoyak, lempuk, pengat .. itu mmg common. Tapi hardly jumpa org lain yang makan durian dgn nasi atau buat cucur durian. Hubby pun tak pernah mkn sblm kahwin dgn aku. Klu kat kampung aku mmg selalu mkn durian dgn cara yg pelik2 ni. Masa kecik kat rumah Wan aku klu musim durian mmg pagi2 selalu breakfast cucur durian ni.
I'm not really expert buat cucur aka jemput2. But this time jadi ok pulak. Tak measure pun.. main belasah je.
Cara2- Isi durian & tepung gandum sama byk, then campur gula about 1 sudu besar, sikit baking soda (emak aku tak taruh ni).. air sikit (dlm 1 sudu besar). Gaul rata & gorang macam biasa.. klu boleh api sederhana baru dia kembung & pluffy.
Ini hasil gorengan yg pertama. Tak pluffy sgt sebab kuali terlebih panas.
Luar sedikit crispy.. kat dlm gebu lembut.
Gambar ni aku amik with my D60, so boleh le upload dlm laptop..

6 comments:

inahar ali said...

dhill..waduh terliur akak nengok cucur durian nih! akak pun pestaim rasa cucur durian ni bila my SIL wat masa mula2 kawin ngan hubby akak(owg perak la tu)..perghh! mmg best woo!!

rapheydhillo said...

k.ina,
semlm dapat sikit je.. rasa macam nak pi cari durian lagi..

Zue Murphy said...

Tak pernah kak zu rasa cucur durian. Durian makan dengan nasi memang dah biasa makan. Semalam pergi asian store tapi tak ada durian. Next month kata tokeh tu. So kak zu beli kucai dan togeh. Buat cucur udang ajer. Lain kali kak zu nak try cucur durian ni.

rapheydhillo said...

k.zu,
i tak pandai sgt buat cucur durian ni, selalu pandai mkn je..but this time menjadi pulak.
Semlm memang asalnya nak buat cucur udang, tp hubby pulak mintak cucur durian..

nino mok said...

memang terliur tengok cucur durian tu. kat kampong buah durian baru nak belajar jatoh. 2 minggu lagi boleh terjah sana.
resepi cucur durian tu memang camtu dhill. durian/tepung sama banyak. mak ai cakap cara nak gaul just guna ujung jari je. tapi ai siap guna senduk lagi.

rapheydhillo said...

nestum,
mmg i fail buat cucur ni.. melainkan cucur savoury i.e. cucur udang , bilis atau sayur..