Sunday, June 28, 2009

Mengidam si raja buah aka durian

Dah beberapa hari aku dok cari durian at last dpt jugak merasa Rabu lepas. Skrg ni si raja buah ni tengah galak mengeluarkan hasil especially kat Pahang. Dengar cerita kat Perak pun ada jugak tp tak le semeriah kat Pahang. Hopefully biar le gugur sebelum puasa.. or else kurang le pulak rezeki pemilik dusun bila harga jatuh teruk.
Cerita pasal durian, aku fikir pihak yang berkenaan patut berusaha melakukan penyelidikan ataupun lebih gigih mengkomersialkan hasil penyelidikan agar durian Malaysia yg terkenal dgn keaslian rasa dapat menembusi negara2 luar dgn lebih luas. Sebagai contoh menggalakkan penggunaan teknik pembungkusan nyahbau agar mendapat pasaran yg lebih luas. Aku dapat tahu Australia sudah mula mengeluarkan durian tanpa duri (nak kena tukar nama ke pulak?)..especially utk pasaran di Jepun. Jgn pulak nanti negara lain yg lebih ke depan dlm memasarkan durian.. tak kira le durian segar atau durian by-product.
Klu lebih banyak durian Malaysia pergi ke pasaran luar, lebih banyak le hasil para pemilik dusun..
Berbalik kepada citer durian yg dibeli hari tu.. memang puas dpt makan. Beli 7 biji.. makan dlm 4 biji- selebihnya simpan dlm freezer.
Lepas makan - habis 'isi', sepah dibuang!!!

Read my post last year on durian http://rapheydhillo.blogspot.com/2008/11/raja-buah.html

2 comments:

nestumrasberi said...

uh terliur dah ni.

rapheydhillo said...

memang menggiurkan;)