Saturday, November 07, 2009

Dhill's cooking: Nasi minyak & ayam masak merah

Selepas lebih sebulan aku tak masak btl2 (selain mee goreng & mee segera), hari ni terlebih rajin lak masak nasi minyak masa bfast pagi tadi. Aku masak lebih sikit so that boleh mkn for lunch.. tp rupa2nya bukan setakat lunch, sampai dinnerpun cukup.
For nasi minyak:
4 pot kecik beras basmathi (cuci & sukat air dlm rice cooker - then rendam 1/2 jam)
1 biji bawang besar dihiris (kes tak de bwg kecik)
1 inci halia di hiris halus (julienne)
Bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis
Daun pandan
Garam & gula
1 sudu besar pes tomato (optional)
1 sudu besar jus limau nipis
1 1/2 sudu besar minyak sapi
1/2 sudu besar minyak masak.
Cara2:
Tumis bawang dlm minyak sapi+minyak masak sampai kuning, masukkan halia, bunga cengkih, bunga lawang & kulit kayu manis. Bia dah bawang sedikit garing, masukkan ke dalam rice cooker yg dah ada rendaman beras. Masukkan garam, gula, pes tomato, jus limau nipis & daun pandan. Kacau & masak nasi macam biasa.

-Nasi minyak rapheydhillo-

2 comments:

Jun said...

salam dhill..lamanyer x makan nasi minyak..buat pon dah berkurun dulu..hehe

rapheydhillo said...

Jun,
xyah masak, lepas ni pegi je mkn kenduri time musim cuti ni.. sure tak larat nak atur rumah kenduri nak pi nanti;-)