Saturday, January 31, 2009

Arrow head / ngaku

23rd Jan.. berhenti kat Petronas petrol pump RSA Rawang masa on the way balik teping during CNY.. dpt minum nescafe free..
*
Ini kali ke-3 aku beli ngaku ni.. 1st kat Tesoco, 2nd kat Jusco and this time kat the Store teping. Murah sgt.. tp aku beli sekilo je sbb malas nak memilih.. lagipun are-ju tengah tunggu dlm kete.

Ini le rupanya ngaku ni.. yg ramai beli chinese. jarang nampak melayu yg beli.. aku slice & lepas tu goreng.. lebih sedap dr kerepek ubi or kentang. Lemak manis.. x sempat nak amik gambar kerepek ngaku ni.. cepat benar habis tipa kali aku goreng!

Food hunting : Restoran Sup Matsirat @ Bandar Kinrara

1st time mkn kat sini lepas shopping grocery kat Giant on 22 Jan 2009. Best jugak mkn kat sini..


Sup matsirat & nasi putih *
Nasi goreng bistagi (betul ke? tak ingat le pulak..) ada papedom, ayam goreng & telur mata. Harga RM7.

Makan2 : Six Sigma Training at PJ

20 Jan 2009
Pagi- breakfast with hubby kat Pantai Dalam.. 1st time mkn kat sini.


Roti kosong & roti telur.. best!!

Nasi lemak dgn ayam goreng rempah.. kongsi berdua!
Teabreak training aku mkn ni pulak.. mana tak membesar bdn aku nih!

6 Sigma Training at PJ

19 Jan 2009..
Training kat PJ. Lapar sgt .. so aku beli karipap ni & mkn dlm kete on d way ke sana!

*For lunch.. meriah lauk aku



*Afternoon teabreak - jamah bubur kacang sikit. Then mkn pizza & kek gulung (swiss roll)


Food hunting:Mihun Sup Utara @ Chow Kit

Hujan lebat tengahari tadi menyebabkan aku & hubby stranded di pasar chow kit. Hubby suggested kami mkn mihun sup utara kat situ. Aku pernah tapau a few time.. tp x pernah lagi kami mkn kat situ .. infact tak pernah mkn kat mana2 geraipun kat chow kit tu!
Gambar gerai mihun sup utara.. bekas steel besar kat sebelah kanan tu le tempat isi sup. Mmg byk giler! I was introduced to this gerai by tealady opis aku about 10 years ago.. and the stall is still standing kat chow kit sampai sekarang! Hubby yg tak sabar nak mkn mihun sup.. masa ni mmg hujan mencurah2 kat sebelah tu..see air hujan jatuh dr bumbung. Itu yg best tu.. tengah sejuk2 tu dpt mkn sup panas!
close-up..Kat meja tu jugak ada hidang tapai pulut..
Mmg best sbb kurang manis & rasa yg betul2 mesra...itu yg mkn sampai 3 bungkus sorang tu!




Thursday, January 29, 2009

Dhill's cooking : (i) Macaroni cheese with tiger prawn (ii) Maggie Mee


Macaroni cheese with Tiger Prawn
Recipe similar to this , cuma tambah lada hitam & tiger prawn yg amik kat Port Weld/Kuala Sepetang.
*
Utk dinner tadi hubby masak maggie mee pedas with ayam..lain kali boleh masak lagi ye ;-).

Makan2 @ Taiping

Kuih-muih hidangan kat Taiping semasa Chinese New Year baru2 ni.
*
Kuih bakar @ bangkit yg melt in your mouth..
*
Super moist choc cake with ice-cream, requested by dear hubby.
*
Kuih cara manis.. tak tau siapa yg bancuh batter tu. Yg aku tau adik aku Yanz yg bakar atas dapur.. aku tahu ngap je!
Dulu masa aku sekolah, cara manis ni mmg selalu aku buat.
Sukat main agak je.. bahan2 dia -daun pandan (mesin dgn santan cair & perah), santan pekat, tepung, telur & garam. Bancuh semua & tapis. Acuan mesti letak minyak sikit utk elak dr melekat. Bila acuan dah panas, masukkan bancuhan dgn sudu. Then masuk gula kat tengah. Tutup & biar sampai masak baru angkat. Lecehnya sbb kena tunggu lama kat dapur. Memang berebut mkn ni.. masak macam siput, makan macam arnab! Tak sempat masak next round, yg sblm tu dah abih..

Wednesday, January 28, 2009

Food hunting: Popiah Basah Taiping

Adik aku beli this famous popiah masa kat Taiping baru2 ni. Can't get enough of popiah.. mkn macam tak nak berhenti je.
Mmg best.. fillingnya taugeh, sengkuang, udang kering, telur etc.

Dhill's cooking : Cucuq pisang (jemput2)

Aku masak cucuq pisang ni kat Teping masa balik sana during Chinese New Year.
Yg ni aku pakai pisang restali. Belasah je buat sebenarnya. My mom cucuq pisang is still the best.
My version is as follows:
1 kg pisang restali (mesin pakai blender - no water added)
about 350-400 gm tepung gandum (agak2 je sebenarnya)
1 sudu teh baking powder
Gula & garam - optional (which aku tak tarukpun!)
Cara2
- Gaul semua & ready utk digoreng. Mine a bit darker, sengaja sbb nak bagi kering sikit kat dlm.

Dhill's cooking: Ayam masak merah DHILLO I

Dah lama tinggalkan blog ni.. ingatkan bila dah abih study boleh le mengemas dan menghias rumah2 yg dah terabai ni selalu. Tp nampaknya rumah yg satu lagi tu je yg sempat kemas. Lepas ni all food related will be posted here.
Sebagai penguat semangat, ini 1st entri utk tahun 2009.
AYAM MASAK MERAH versi simple sesangat.
1/2 ekor ayam (potong 6, gaul garam-kunyit & goreng)
*3 ulas bawang putih
*3 ulas bawang merah
*1 inci halia
*3 biji buah keras
3 sudu besar cili kering kisar
3 sudu besar cili sos
1 sudu besar sos tiram
1/2 cawan air
garam, gula
1 biji bawang besar (potong bulat)
4 tangkai daun sup (dipotong ikut suka)
-*semua ditumbuk kasar.
cara2:
Tumis bahan tumbuk, bila layu masuk cili kisar. Kacau sampai garing. Masuk air, sos cili, sos tiram, garam & gula. Biar mendidih sikit then masuk ayam. Biar lagi sampai sebati & pekat sikit. Masuk bawang besar. Bila bawang layu sikit, masuk daun sup dan gaul. Tutup api. Siap utk dihidang.