23 ogos 2009: Hari kedua berpuasa aku buat roti john. Gambar kat atas aku tersalah letak roti yg kat sebelah atas tu.. terbalik le pulak. Ni sebab kelam kabut sgt nak amik gambar sebab dah masuk waktu berbuka. BTW, aku tak guna roti yg biasa utk roti john. Aku guna roti putih yg macam roti benggali tu.. beli kat tesco.. seringgit je sebuku.
Untuk campuran telur tu aku tumis bawang putih & bawang besar yg dicincang. Bila dah layu masuk rempah kari dlm 1 sudu besar. Then masuk daging cincang, garam & sikit sos tiram. Bila dah masak angkat & masukkan dlm mangkuk.
Bila nak masak roti tu, masukkan 2 biji telur dlm daging tadi. Pukul.
Panaskan pan & taruk minyak sikit. Masuk campuran telur & daging atas pan. Ratakan agak2 boleh letak 2 keping roti kat atas. Letak roti & biar masak atas api sederhana. Sekejap je dah masak. Boleh angkat.
Kat tengah, aku taruk kobis, carrot (dua2 aku shreded), tomato & timun dihiris dan lettuce. Yg bestnya lettuce ni aku tanam sendiri. Sapu mayonnaise & letak sos cili sikit. Jemput makan!!
***
Hubby suka roti ni, so nampak nya sepanjang puasa aku kena masak benda yg hubby boleh mkn dgn roti ni.. paling senag roti john sgn sup. Hubby memang dah tak sentuh nasi lebih sebulan.. pening kepala gak aku nak pikir masak apa utk berbuka/sahur. Klu dulu aku masak nasi utk berbuka kira sekali utk sahur. Senang le sbb tak payah nak masak 2 kali. This time mmg tak dpt le.. unless aku masak sup utk berbuka.. boleh le dia cicah dgn roti ni masa sahur.
Pernah sekali aku buatkan roti bakar dgn strawberry jam & peanut butter utk hubby for sahur. Mujur tak banyak kerenah.
2 comments:
Somehow, your blog ni lambat nak load. Nasib baik today tak buat hal. Kak Zu suka roti john. Tapi tak pulak la letak sayur sayuran tu semua. Bagusnya you tanam kobis sendiri. Mesti lagi fresh.
k.zu,
i pun selalu problem nak masuk my blog. Tatau kenapa.
I sampai dah jemu nak mkn roti john.. tp itu yg senang utk berbuka. Lagi pun my hbby dah mogok nasi sekarang ni.. mkn roti je. BTW, yg tanam sendiri tu lettuce.. bukannya kobis. Baru belajar nak tanam lepas dok tengok pokok2 k.zu tu!
Post a Comment