Sunday, May 17, 2009

Dhill's cooking: Ayam Halia & Nasi goreng daun kesum

Since pokok kesum aku yg emak bawak menjadi je.. aku pun mula la mereka masak guna daun kesum ni. Klu selalunya pakai utk laksa atau asam pedas, kali ni aku bubuh daun kesum dalam ayam halia aku.. hubby ckp sedap..
Simple je..
Kentang (wedges) & goreng..
Isi ayam dipotong nipis2.. letak garam, kunyit & sos tiram.. gaul & tos dgn tepung jagung.. goreng garing
Karot(dihiris panjang)
Daun kesum
Halia (2 inci - julienne)
Bawang besar dihiris
Bawang putih diketuk
Cili padi dihiris nipis
Garam & sos tiram
*
Tumis halia, bawang besar, cili padi & bawang putih.. masuk karot, daun kesum & air. Bila dah didih masuk ayam, kentang, garam & sos tiram (BTW sos tiram kegemaranku punya la mahal sekarang.. dulu boleh dpt RM3.79 sebotol sekarang dah jadi RM5.50!!)...
Gaul & angkat..
*
Ini pulak yg aku masak semalam, kali ni campur udang & ayam..
Utk dinner malam semalam aku masak nasi goreng.. taruk daun kesum gak..
RESEPI Nasi Goreng Daun Kesum Dhillo
Bahan2:
Nasi dlm 3 cawan (utk 3 org)
Daun kesum dlm 3 tangkai
1 sudu besar sos cili
1 1/2 sudu besar sos tiram
Garam
Utk menumis (semua ditumbuk kasar)
Cili padi dlm 10 biji
ikan bilis segenggam
bawang putih 2 ulas
bawang besar 1/2 biji
Cara2:
Tumis bahan tumis sampai garing, masuk sos cili, sos tiram, garam- gaul.
Masuk daun kesum & nasi.. goreng rata & hidangkan.. Memang terangkat!!!
Ini pulak pulut durian masak minggu lepas.. baru ni sempat upload.. buat atas permintaan hubby..

Mango jelly with selasih

Aku makan chi-kong mangga kat Ikan Bakar Fend minggu lepas (gambar belum sempat upload kat sini lagi). Ter'inspire' pulak nak cuba buat sendiri. Aku suka Chi-Kong kat kedai tu sbb sangat le refreshing.. simple dan segar.
Mula2 aku buat jeli dulu.. kisar sebiji mangga dgn sedikit air. Tapis dlm periuk dan tambah air lagi (semuanya lebih kurang 1 jag) .. tambah 1 sudu besar serbuk jeli, sedikit pewarna kuning/oren & gula dalam 1/4 cawan (klu suka manis bioleh tambah lagi). Masak sampai didih.. sejuk & bekukan.
Dlm bekas lain rendam biji selasih lebih kurang 2 sudu besar dlm air panas.
Potong mangga dan sejukkan (klu rajin boleh rebus dgn air gula sikit, then sejukkan)
Buat sirap + air dan sejukkan (step ni boleh skip klu dah rebus mangga tadi)
*cara hidang:
Ceduk jeli dlm bekas, letak hirisan mangga & curah air sirap.. then letak biji selasih yg dah rendam tu.. makan!!!
Note: boleh jugak tambah peach dlm tin, laici etc...lagi best!

My new gadgets

Last saturday (10th May 2009) we went to BJ warehouse sales at Subang Jaya. Aku plan nak beli sikit je barang.. end up sampai 6 barang ake terbeli..
Maxim Pratha pan for RM20 (normal price RM109.90), Maxim exclusive also for RM20 (x ingat normal price berapa), Oriental cuisine pot for RM45 (normal price RM 129.. yg ni holder dia dah rosak sikit).. pan with cover for RM89.70.
I got this chinese wok for RM179. Last unit.. yg lain semua dah abih.. yg mahal lagi ada la..

Friday, May 08, 2009

Food Hunting: Penang Part 2

More photos on our pasembor's hunting last week.
Our destination: Padang Kota Lama, Penang.
Kat sini ada dua stalls sellling Pasembor. Sebenarnya ada byk tempat kat penang yg jual Pasembor.. cumanya kami tak pandai nak cari. Teringin jugak nak pegi Persiaran Gurney, tapi tak tau nak cari food street kat mana. So we end up kat sini je..
We ordered from both stalls..
Gani Famous Pasembor.. tak byk pilihan. Maklumlah cuti Labour Day.. cepat le habis sbb org ramai.


Sotong Kangkung & kerang bakar.. kami order kerang bakar je..

Kimi nak try makan kerang bakar..
Suasana kat situ.. Haikal nak nasi goreng udang.. RM5 sepinggan.. for me terlalu mahal, udang 4 ekor kecik2.. cekik darah!

Tapau 2 bungkus pasembor utk bawak balik ke Taiping. Kali ni aku order geraiyg satu lagi , tak inga apa nama (apanama = nama kapal layar Tun Mahathir) gerai tu.

Pada aku harga jualan kat situ semuanya mahal.. walaupun letak tanda harga, tp bila kita tanya sure ntah apa2 harga dorang charge. Mentang2lah mostly yg pegi situ outsiders yg tatau nak pegi tempat lain (macam aku la!).. geram jugak aku dgn dorang ni..

Tuesday, May 05, 2009

Food Hunting: Penang Part 1

Masa kita plan nak pi Penang, dlm kepala cuma ingat nak makan Pasembor kat Padang Kota & kalau sempat nak pekena char kuey teow kat Seberang Jaya (near Sunway Hotel).. b4 bertolak emak cakap klu dpt belikan jeruk pala. Masa kluar rumah dah pukul 5. Aku takut tak sempat nak pi Pasar Chowrasta yang banyak jual pelbagai jeruk. Setahu aku pasar tu tutup pkl 7. Tempat tu je yang aku tau jual jeruk timbang.. xtually ada tempat lain lagi, tp aku tak pandai nak cari..
Mujur kitaorang sampai lagi 10 minit nak pukul 7, still byk gerai yg bukak. Memang kecur air liur dibuatnya tengok jeruk2 kat sini!