Tuesday, March 31, 2009

I'm Super hungry!!!

What a busy day semalam.. (dah 5 minit hari baru, so hari selasa dah jadi semalam le..). Pagi blm sempat minum COO dah panggil. Then aku sibuk nak mengupdate KPI. Pukul 11 ada meeting with MD, COO, CFO & GMs .. almost 1.30 baru break. AKu tak lunch sbb 2.30 ada event kat PJ. Aku pegi dah lambat.. almst 4 baru sampai.. dah le tu pukul 5 kena balik opis balik sbb sambung meeting tengaharinya. Habis meeting pukul 8.30 pm.. itupun kena sambung n Thursday at 4.30. Penatnya aku. Mana nak risau dgn event hari Khamis lagi. BTW, masa event kat PJ.. sempat le aku jamah kuih2 kat atas. Org lain blm break, aku & szi dah mkn dulu. Lapar punya pasal, buat le mcm rumah sendiri!!

Monday, March 30, 2009

AKU LAPAQ!!!

Stranded at office la ni. Still blm balik.. sangat le sunyi walaupun baru 6.55pm. Bila bos tak de aku le kena attend semua office matter.. susah nak delegate kat org lain dah. Isu kecik2 tu boleh le..
xtually byk yg aku nak update pasal citer mkn, tp semua gambar ada dlm laptop kat rumah. Bila dah sampai rumah mmg susah nak ber'blog'.. letih nak mengemas lagi.. at last tertidur je.
Lunch tadi aku bawak team auditors makan kat Sup Subang.. ala sup yg famous kat masjid on the way nak ke airport tu.. sejak opis pindah subang kerap jugak aku kat sana. Selain sup (daging, ayam & puyuh), aku suka mkn ikan kembung bakar. Mmg best! Tadi utk 6 org baru RM43 or about RM7.50 sorang. Semua amik sup & ikan bakar sorang satu set.. kira murah le tu. Klu mkn ikan bakar belakang istana aku rasa lagi mahal, itu blm masuk sup tu!
Anyway, aku letih buat kerja sebenarnya. So, merayap le kat 'umah' org yg semua dok tunjuk menu2 yg mengecurkan air liur ku.. terus perut akupun berdendang dgn meriahnya! tolong!!!

Wednesday, March 11, 2009

Dhill's cooking & makan2 @ office

Makan2 utk hari ni...
Egg sandwich for breakfast.
Mmg best sbb pakai wholemeal slice dgn sayur yg byk.
Before lunch mkn pulak macaroni goreng.. beli kat receptionist kat opis aku sama dgn sandwich kat atas tu!
*
Lepas lunch hour aku jumpa doktor. Badan tak sihat.. asyik bersin & mata & hidung berair.. kat rumah aku buat pulak sandwich telur b4 mkn ubat. So hari ni dah 2 egg sandwich aku mkn.
*
For dinner aku masak ayam bercili & sayur kubis + kentang.
For ayam bercili:
Ayam ( 6 pieces- digoreng), segenggam cili api & 2 ulas bawang putih - dikisar. 1 bawang besar dihiris, 1 sudu besar sos cili & sos tiram, 1/2 cwn air.
Tumis bawang besar, bila layu masuk cili kisar.. biar garing sikit masuk air, garam, sos cili & sos tiram. Bila dah didih masuk ayam & gaul rata.

Dhill's cooking : Kuey Teow Goreng & Tauhu with kentang & shrimp filling

This is our dinner last night. Hubby nak mee goreng, tp mee kat kedai dah abis. Yg tinggal kuey teow je. So aku pun buat kuey teow goreng le..
Yg ni pulak aku buat on Monday.. tauhu yg diisi kentang & isi udang.
Simple je nak buat.. Rebus sebijik kentang sampai empuk. Lecek kentang tu dan gaul dgn isi udang cincang, bawang, garam & sos tiram. Sumbat dlm tauhu kering bulat yg selalu buat mee kari tu.. (in my case 4 segi) yg dah diterbalikkan. Goreng - bila dah garing angkat & hidang. Yummy!

Monday, March 09, 2009

Kenduri kahwin kat Bertam Ulu, Melaka

Ini hidangan masa kenduri kahwin cousin aku semalam. Ini kat sebelah pompuan kat Kg Bertam Ulu, Melaka. Kami dijamu dgn nasi right after mahlis nikah.
Kek & tapai pulut.Tapai pulut yg menggiurkan!!!

Nasi minyak, kurma daging, asam pedas daging, nanas dan ayam masak merah. Semua best.

Bahulu kemboja yg dihidang kat rumah singgah.


Ini pulak hidangan main table.. simple je.

This coming saturday cabaran utk aku pula nak masak main table utk sebelah lelaki! Aku tengah cari ilham ni nak masak apa..

Kuih Karas

This is kuih karas.. which is very famous at the northern region.
Ini mak ndak aku yg bagi masa pi rumah dia ahad last week.

Mmg best! Rangup.. tak berapa manis. Klu nak beli ni kena hati2 sikit. Bukannya apa, takut terbeli yg dah lama.. yg dah perat. Masti tak best.
I found the recipe here http://www.geocities.com/mystecurious/recipe3.htm
Aku copy-paste kat sini..
480g Rice Flour
400g Sugar
560g Hot Water
2 ladles Cooking Oil
Method
Dissolve sugar in hot water. Add hot syrup into Rice Flour gradually to get a smooth, thick batter. Leave at room temperature for 20 - 30 minutes.
Heat oil in frying pan. Pour some batter into a kuih karas mould and move it in a circular motion to form a thin, lacy pancake in the hot oil.
When the colour turns golden brown, fold it into half and let it cool in a plate.
This recipe can prepare 8 - 10 pieces of Kuih Karas (diameter 150mm).
Kat bawah ni ada tunjuk cara2 nak buat kuih ni..

Food Hunting: Mee rebus & yee mee

Last Friday, I was on-leave. Saja nak menggantikan cuti, lagipun my parents datang. Before emak & abah sampai, aku ikut hubby amik barang from his friend kat RSA Awan Besar (KESAS highway). So while waiting fro his friend sampai, aku order mee rebus to share with hubby. Sedap jugak..

Hari ni pulak for lunch, kami mkn kat Giant Kinrara. Nasi putih with rendang ayam & taugeh, and yee mee hot plate.

Sunday, March 01, 2009

Saturday cooks: Nasi beriyani, ayam beriani, potato salad & pan roti with sambal udang.

I made this pan roti again yesterday..last week aku dah buat. Tp masa tu tak sukat pun bahan2 yg aku pakai. Kali ni aku sukat, so bahan2 yg aku pakai for roti:
*2 1/2 cawan tepung gandum
*1 sudu teh bread improver
*1/2 sudu teh soda bicarbonat (bukan NIRMALA BONAT!!)
1 1/2 sudu teh yis segera (bancuh dgn 1/4 cawan air suam & 1 sudu teh gula)
1 1/4 cawan air + 1/2 sudu teh garam
1/4 cawan susu full cream (fresh cream pun boleh jugak).
Cara2:
Campur semua bahan *. Then masuk bancuhan yis, susu. Masuk air sikit2 sambil gaul, bila dah okay boleh le menguli. I just need about 10 minutes utk prepare adunan ni.. pakai tangan je. Tak yah bread machine..then bentuk bulat dlm 12 ketul. Rehatkan for about 15-20 minutes. Canaikan sebesar size roti canai tu then masak atas pan yg disapu sedikit minyak or butter. Mmg lembut.. BEST!
Klu sebelum ni aku mkn dgn sambal sardin + telur, this time aku mkn dengan sambal udang + telur. Saja campur telur nak kasi pekat sikit, baru best nak mencicah!
For lunch..(late lunch sbb still kenyang dgn pan roti tu!) aku masak nasi beriani ..
Simple je bahan2 dia..
5 cwn beras basmathi (guna cwn sukat nasi yg kecik tu).
1 1/2 labu bawang merah besar (hiris)
* 3 ulas bawang putih (hiris)
*1 1/2 inci halia (hiris)
*kulit kayu manis
*3 bunga lawang
*10 biji cengkih
2 helai daun pandan
3 sudu teh rempah beriani
1 sudu teh gula
2 sudu teh garam
1/4 cawan susu full cream + perahan dr 1/2 biji lemon
1 1/2 sudu besar minyak sapi
1 1/2 sudu besar Minyak masak
serbuk pewarna kuning (inchi)
Cara2:
Cuci beras & sukat air. Biar beras terendam dlm rice cooker about 30 minutes.
Dlm kuali, panaskan minyak sapi + minyak masak. Tumis bawang sampai kuning, then masuk bahan2 *. Bila dah kuning dan naik bau, masukkan dlm rice cooker. Masuk daun pandan, rempah beriani, susu, garam & gula. Gaul & masak nasi macam biasa. Bila nasi dah kering baru tabur serbuk pewarna kuning (inchi).. biar nasi dlm rice cooker about another 20 minutes. Then boleh mkn.
*
We had our nasi with..
Ayam beriani ..


& potato salad.. inspired by k.zu

Makan @ MyOffice & Food Hunting : Char Kuye Teow

My breakfast last Thursday.. beli kat receptionist yg berjualan kat Opis. Ok ler, simple & mengenyangkan. Nak pi kantin jauh sgt.. beli je kat dia ni!
Petang pulak aku ajak hubby tengok rumah, then terus pegi mkn kat TTDI, Shah Alam. Aku nak pi kedai ni yg aku lupa nak bayar kerepek masa mkn kat situ last week. Camner boleh lupa taktau le. Dah nak masuk hi-way baru ingat lupa bayar pulak.. dah le jauh, kena tunggu time pegi tengok rumah baru le boleh bayar.
We had char kuey teow (CKT) kat situ. Klu ikut kat situ tulis CKT ni origin dr Sg Dua penang. Mmg best la, walau aku tengok colour tak sama cam CKT lain.

Dhill's cooking: Kari ayam & Sayur goreng

K.zu, i'm using powdered santan for this kari ayam. It still turn out great.. tp jgan pakai byk sgt, nanti terover pekat.
I prepared thi chicken kari & sayur for our dinner on Tuesday (24th Feb 2009)
Sayur ni beli kat Tesco Ampang on Sunday.. selalu asyik masak carrot, kali ni tukar sikit.

Dhill's cooking: Mee goreng basah

Hubby requested his favourite mee goreng for dinner on Monday (23th Feb 2009).. but this time aku buat basah sikit..
For me, aku tabur hirisan cili api .. tp tak abih pun cili tu aku mkn.. pedas sgt!
Recipe biasa2 je.. just kasi lebih air sikit.

Sunday cooks: Nasi goreng & cucur udang

Last Sunday 22nd feb 2009..
we had nasi goreng for our late breakfast..
Petang pulak lepas balik dr Tesco Ampang, aku goreng cucur udang.. xtually aku suruh adik aku yg bancuhkan batter masa on the way balik. So, balik terus je goreng. Despite dah mkn toast & mihun kat Kluang Kopitiam, we're still hungry. Disebabkan hujan, we decided mkn kat rumah je..
My cucur cicah dgn sos cili + mayonis. Hubby requested teh tarik to go along with cucur...

Food Hunting: Kluang Kopitiam, Tesco, Ampang

Sunday 22 Feb 2009.
This is our second time here.. we ordered the same meal we had before. Kaya Toast & mihun siam... with kopi ais kurang manis.
Rasa macam kat train station lak!