Cara manis ni adik aku buat masa balik teping ogos hari tu (tp rasanya emak yg buat adunan ni).. dulu masa time still sekolah aku rajin gak buat ni. Dah lama btul tak buat.
Adunan kuih ni lebih kurang sama macam buat bingka.. cumanya bingka kena pekat lagi & dicampur dgn gula.
Biasanya tak de le sukat betul2 adunan dia.. main agak2 je. Bahan2:
Telur
Daun pandan yg dimesin dengan santan cair & tapis
Santan pekat
Tepung gandum
garam sikit
Gula utk ditabur atas kuih masa tengah masak dlm acuan.
Cara: Gaul semua bahan kecuali gula sampai sebati.. biasanya lepas tu kena tapis supaya boleh buang mana yg tak sebati/bergentel.
Aku malas bila time nak masak.. klu tak silap dlm setiap acuan ada 7 atau 9 je.. baru je angkat dah ramai yg menunggu.. tak sempat masak yg next punya, yg masak sebelum tu dah selesai kena ngap!