Tuesday, August 07, 2007

mee bandung muar n mee rebus johor

my dinner for tonight .. wholemeal gardenia slice, butterhead lettuce & cherry tomatoes. Sama mcm breakfast pagi tadi. Lunch aku mkn nasi kerabu kukus with hubby. Hubby pilih nasi kukus biasa.. ayam besar sgt, tak habispun mkn.


Ini pulak dinner kami last night. Restoran AJ (anak johor) kat jln lumut, near jln Ipoh. Tgk dlm cuti-cuti famili kat RTM1 the night b4. Kami mkn asam pedas daging n mee bandung. Tak best sgt.. best lagi kat kg baru tu.


Ini pulak masa mkn kat Plaza Damas on 6th August lepas. Pantang tahu kat mana ada jual Johor's food mesti hubby 'tergedik2' nak pi. Kira ok.. better than kat Restoran AJ tu!
Mee rebus n mee bandung muar.

Sunday, August 05, 2007

Citer mkn sebulan


mee bandung n nasi goreng kat small stall di jln solok, tangkak. simple, tapi kedai full house with malays, chinese & indian. harga rm2.50 sepinggan. pukul 3 dah sold out!!!

alip posing sambil tunjuk tahi lalat masa mkn kat famous doli char kuey teow kat teping.



lunch lauk terubuk masak tempoyak kat n9.. kat linggi, aku x ingat nama tempat tu. hubby mkn masak lemak cili api ayam.

*
Hubby's dinner masa aku outstation kat melaka july lepas. Nasi kat rasa ayamas!
*
Dinner kat Secret recipes masa sambut 9th anniversary!!!

black pepper chicken with herb rice, tom yam gung, hi-fibre carrot cheese cake

Friday, June 15, 2007

Mee Banjir Udang Mak Teh, Matang, Taiping, Perak

Biasanya aku klu nak mkn mee udang, mesti kat Sg. Dua, Penang je.. tempat tu je yg aku tau best. Rupa2nya ada satu kedai yg just about 15 minutes drive je dari kampung aku kat Teping tu... yg lebih murah, byk udang n rasapun memang setanding dgn kat Sg. Dua tu!!!

Nama kedai tu Mee Banjir Udang Mak Teh kat Matang. Dah pernah masuk tv n klu googlepun byk review/ post pasal kedai ni..

Klu dari Tol Changkat Jering kena ikut jln lama ke Penang. Sampai kat pekan Simpang ada junction besar ke Taiping (kanan), Penang (terus) & Port Weld aka Kuala Sepetang (kiri). Amik kiri n terus je ikut main road. Nanti akan jumpa tempat sejarah kalau tak silap aku Datuk Maharajalela or Sagor (x ingat), then jumpa masjid Matang sebelah kanan. Terus lagi, then after selekoh ke Port Weld nampak le signage kedai ni kat sebelah kiri. Tapi sebelum kedai Mak Teh ni ada juga sebuah kedai yg jual mee udang jugak.

Ni le gambar2 mee udang kat situ. Ada beberapa pilihan mengikut jumlah udang yg dah ditetapkan. Tak mcm kat Sg. Dua where we have to pick our own udang. Aku order 6 mangkuk mee + 1 dibungkus dgn air sekali baru kena RM50 lebih. Klu kat Sg. Dua mahu dah lebih 100.
Mee Banjir Udang - RM 6 sepinggan - about 15 ekor udang!
Aish & Ira excited tgk udang penuh pinggan. .. but remember "Ada mee di sebalik UDANG!!!"
First time aku n hubby ke sini. Padahal bukannya jauh dari rumah. Lagi pulak itu lah jalan klu nak ke rumah Tok aku dulu.

Aju nak tunjuk mee udang ke.. or nak tanyang lengan!!!
"Asal (apasal) udang Aish 14 je?" Siap kira second time.. tapi bukan lagi banyak, lagi kurang adalah.. mana taknya, sekor jatuh atas tanah.
Seronok le dpt udang ngam-ngam 15 ekor, tapi tak abih makanpun!!!
Depan kedai Mak Teh.
*
From the main road.
Signboard kat tepi jln. Aku mula2 nyaris tak pegi kedai lain sblm kedai Mak Teh ni.
Lagi gambar depan kedai.

Wednesday, May 23, 2007

Food hunting : Nando's

Kitaorang selalu jugak pegi mkn kat nando's. Dulu2 every 2-week. Tapi sekarang dah kurang sikit. Rasanya aku mula mkn kat sana tahun 1998/1999. masa tu kat china town. aku suka its grilled chicken with peri2 sauce (flaming hot of course) + tomato ketchup + garlic sauce. chips, rice n coleslaw pun best. Ok lah, tak mahal sgt.






Mine.. quarter chicken.. flaming hot.. chips and coleslaw.







Hubby tgh cari mood nak mkn (quarter chicken meal - peri2 lemon, rice and coleslaw).





Selection of peri2 sauce - garlic, hot, flaming hot and tomato ketchup.






Monday, May 14, 2007

Food hunting : Larut Matang, Taiping


Ini masa aku n hubby pi mkn kat bawah super Larut & Matang kat teping on Sunday, 29th April 2007. Lama tak makan kat situ. Kitaorang order rojak sotong, mee rebus n popiah. Dulu kat situ ada sorang pak cik india-muslim jual popiah basah n very-the-sedap one. Tapi dah lama tak de. Ada yg kata dia dah balik india.